Skip to main content

Malaysia

Ladang 29 hektar terbakar di Kota Tinggi

[TB]_Ladang terbakar Kota Tinggi_SINAR
Seramai 12 anggota bomba dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan operasi pemadaman kebakaran. -Foto Sinar Harian
Advertisement

KOTA TINGGI: Sebuah ladang seluas 29 hektar di Jalan Bypass Punggai-Sebana Cove, di sini, terbakar pada Isnin.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan 1, Noor Ikhson Shukor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.25 pagi.

Menurutnya, seramai 12 anggota bomba dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan operasi pemadaman kebakaran.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak memadamkan kebakaran menggunakan satu aliran sepanjang 300 kaki dengan dua pancutan daripada pam jentera.

“Operasi turut dibantu anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Punggai menggunakan satu aliran sepanjang 300 kaki dengan dua pancutan daripada pam jentera,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, operasi pemadaman masih dijalankan ketika ini. -Sinar Harian

Must Watch Video

Advertisement