TANAH MERAH: Kerajaan menyediakan peruntukan RM500 juta bagi fasa kedua program pembangunan ladang hutan untuk tempoh 2021 hingga 2025 kepada pengusaha yang berminat menceburi industri tersebut.
Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) Mahpar Atan berkata bagi fasa pertama program tersebut iaitu dari 2017 hingga 2021, sebanyak RM940 juta diperuntukkan kepada 87 pengusaha yang membangunkan 129,000 hektar tanah ladang hutan.
"Untuk fasa kedua ini kami telah menerima permohonan daripada pengusaha dan sedang dalam proses kelulusan.
"Peruntukan ini merupakan pinjaman mudah kepada pengusaha, mereka tidak perlu membayar balik pinjaman dalam tempoh 15 tahun selagi hasil perladangan belum dituai," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Projek Perladangan Paulownia oleh Huu Haq Resources Sdn Bhd di Hutan Simpan Sokor Taku di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Huu Haq Resources Sdn Bhd Datuk Wan Rahmat Marzuki Wan Isa.
Mengulas lanjut, Mahpar berkata 13 spesies pokok yang cepat membesar seperti paulownia, buluh, getah dan jati diluluskan dalam program pembangunan ladang hutan.
"Tujuan program ini adalah bagi mengurangkan kebergantungan industri perkayuan negara kepada hutan asli, sekali gus memastikan pembangunan industri menjadi mampan dengan sumber perkayuan pada masa akan datang berasal daripada perladangan hutan ini," katanya.
Sementara itu, Wan Rahmat berkata pihaknya telah mengusahakan ladang hutan paulownia sejak 2019 melibatkan kawasan seluas 202 hektar.
"Di China dan Jepun, paulownia mendapat pemintaan tinggi bagi kegunaan membuat perabot dan barangan hiasan, selain untuk industri pembinaan bot dan marin di beberapa negara lain.
"Kami harap dengan adanya sokongan daripada kerajaan, industri kayu paulownia ini mampu menyumbang kepada ekonomi negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 13 2022

Sebanyak RM940 juta diperuntukkan kepada 87 pengusaha yang membangunkan 129,000 hektar tanah ladang hutan bagi fasa pertama program tersebut. - Gambar hiasan/ WWF

Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?
Spekulasi bertiup kencang apabila hebahan mengenai jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang disandang Giorgio Pompili Rossi hanya bertahan selama lima bulan.

Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan
Kelantan menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.
AWANI Ringkas: Larangan kenderaan berat jadikan aliran trafik makin lancar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.

Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas
Menurut Trump, adalah menjadi dasar cabang eksekutif untuk memastikan pengawasan dan kawalan presiden ke atas keseluruhan cabang eksekutif.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews

ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews

Sarawak perkasa industri hiliran untuk hasilkan produk kayu bernilai tinggi
Kerajaan Sarawak akan terus memperkasakan industri hiliran seperti penghasilan biojisim bagi meningkatkan lagi pengeluaran produk kayu nilai tambah tinggi.

Projek ladang hutan di Hutan Simpan Sabal dilaksana di bawah RMK-13 - Fadillah
Cadangan bagi memperluaskan projek Model Ladang Hutan di Hutan Simpan Sabal, di sini akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

Ladang hutan: RM500 juta pinjaman mudah disedia, tidak perlu bayar 15 tahun
Kerajaan menyediakan peruntukan RM500 juta bagi fasa kedua program pembangunan ladang hutan untuk tempoh 2021 hingga 2025 kepada pengusaha yang berminat menceburi industri tersebut.