KEMAMAN: Seorang remaja berusia 13 tahun nyaris maut selepas makan biskut yang dipercayai dicampur racun dalam kejadian di Kampung Dadong, Kemaman Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan pada 4 petang tadi.
Beliau berkata, dalam kejadian jam 1.45 tengah hari itu, remaja berkenaan telah dikejarkan ke sebuah klinik kesihatan di sini sebelum dirujuk ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman (HK) selepas pengsan.
"Sebelum kejadian, mangsa bersama seorang rakannya dikatakan ke sebuah kebun pisang dan kelapa terletak kira-kira tiga kilometer dari rumahnya untuk memancing.
"Mangsa dikatakan telah menemui dan memakan sekeping biskut yang telah dicampur racun oleh pemilik kebun bagi tujuan membunuh kera. Biskut itu diikat pada sebatang kayu di kebun itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, kes disiasat di bawah seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Sementara itu, bapa mangsa, Alias Saras, 57, ketika dihubungi berkata, dia mengetahui kejadian yang menimpa anaknya itu selepas dimaklumkan isteri, Roslina Ahmad, 52.
Menurut Alias, selepas memakan biskut yang diambil dari kebun itu, anaknya secara tiba-tiba pengsan dan mulutnya berbuih.
"Melihat kejadian itu, bapa kepada rakan anak saya membawa Mohd Daynail ke klinik kesihatan berdekatan untuk menerima rawatan.
"Saya bersyukur kerana anak saya sudah mulai pulih selepas menerima rawatan di hospital," katanya.
Sebelum ini, dua beradik berusia tiga dan dua tahun meninggal dunia selepas dipercayai makan keropok beracun di kawasan kebun berhampiran rumah mereka di Kampung Padang Ubi, Labu Besar di Kulim.
Muhammad Akil Syauqi Nur Sufyan dan adiknya Muhammad Luth Syauqi, termakan keropok itu pada Ahad sebelum dirawat di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).
Muhammad Akil Syauqi menghembuskan nafas terakhir pada pagi Rabu, disusuli Muhammad Luth Syauqi tengah hari semalam.
Astro Awani
Sun Jul 14 2024

Mangsa dikatakan telah menemui dan memakan sekeping biskut yang telah dicampur racun oleh pemilik kebun bagi tujuan membunuh kera. - Gambar/ PDRM
150 false killer whale ditemukan terdampar
Lebih 150 false killer whale ditemukan terdampar di barat laut Australia pada Rabu.

Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh terhadap atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah.
KPKT capai 93.9 peratus sasaran pembinaan rumah mampu milik
Sasaran Kerajaan MADANI membina 500,000 unit rumah mampu milik (RMM) dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) hampir tercapai, dengan 93.9 peratus atau 466,421 unit rumah telah siap, dalam pembinaan mahupun dalam proses memperoleh kebenaran perancangan setakat 31 Dis tahun lepas.
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
NASA naikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain hari ini.

Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun
Pembinaan Jajaran Rel Selangor akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan pelbagai fasa dan dijangka mengambil tempoh sehingga 10 tahun.

Sabah bakal perkenal program baharu bantu rakyat - Hajiji
Program itu dijangka dapat dilaksanakan tahun ini, sebagai tambahan kepada pelbagai program bantuan sedia ada.

Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?
Spekulasi bertiup kencang apabila hebahan mengenai jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang disandang Giorgio Pompili Rossi hanya bertahan selama lima bulan.

Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan
Kelantan menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.

Biskut beracun: 'Terasa masam, mujur dia sempat muntahkan' - Bapa
Remaja lelaki yang nyaris maut selepas termakan biskut dicampur racun di sebuah kebun, pada Jumaat lalu kini stabil dan di pantau selama 72 jam sebelum dibenarkan pulang.

Lagi kes termakan makanan beracun, remaja nyaris maut di Kemaman
Seorang remaja berusia 13 tahun nyaris maut selepas makan biskut yang dipercayai dicampur racun dalam kejadian di Kampung Dadong, Kemaman Jumaat lalu.