IPOH: Pengunjung yang lahir pada 1964 akan diberi kemasukan percuma ke Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) sebagai signifikan kepada pembukaannya pada 1961 iaitu bersamaan 64 tahun operasinya tahun ini.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping Khairul Amir Mohamad Zubir berkata promosi istimewa itu juga sempena Sambutan Ulang tahun ke-150 bandar Taiping.
"Ia antara promosi khas yang diberikan kepada pengunjung selain promosi kemasukan percuma untuk setiap pengunjung ke-150 setiap hari bermula 21 Jan lepas, semua promosi ini adalah hingga 31 Dis 2024," katanya dalam satu kenyataan.
Khairul Amir berkata Zoo Taiping ialah zoo awam tertua di Malaysia dan satu daripada zoo di negara ini dikendalikan oleh pihak berkuasa tempatan sejak awal penubuhannya pada 1961, yang pada masa itu dikenali sebagai Taman Mergastua Sultan Idris Shah.
Beliau berkata bermula dengan keluasan 9.7 hektar, kini ZTNS memiliki keluasan 13.75 hektar mempamerkan 1,500 haiwan daripada 130 spesies sebelum ia memulakan matlamat pemuliharaan hidupan liar, pendidikan, rekreasi dan pelancongan pada pertengahan 1990-an.
Beliau berkata pada akhir 1990-an, Zoo Taiping telah diubah suai untuk menggabungkan ciri pameran terbuka dengan penekanan terhadap kebajikan haiwan, kondisi kerja yang lebih baik dan kemudahan pelawat sebelum dijenamakan semula sebagai ZTNS pada 15 Jun 2003.
"ZTNS juga merupakan zoo pertama di Malaysia dan yang kedua di Asia Tenggara yang menampilkan night safari, ZTNS secara beransur-ansur menimba kepakaran dalam pembiakan dalam kurungan spesies hidupan liar yang terancam.
"Pemuliharaan dan pembiakan dalam kurungan Harimau Malaya, seladang, anjing hutan (serigala), kambing gurun, dan orang utan telah dijalankan dengan gigih untuk memulihkan jumlahnya yang semakin berkurangan di habitat asalnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 23 2024

Zoo Taiping ialah zoo awam tertua di Malaysia dan satu daripada zoo di negara ini yang dikendalikan oleh pihak berkuasa tempatan sejak awal penubuhannya pada 1961. - Gambar fail/Astro AWANI
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Lahir 1964 boleh masuk percuma ke Zoo Taiping & Night Safari
Ia antara promosi khas yang diberi selain promosi kemasukan percuma untuk setiap pengunjung ke-150 setiap hari bermula 21 Jan lepas.