KUALA LUMPUR: Semua pihak khususnya pemimpin, penyokong dan pemain politik diminta mengambil pendekatan untuk melakukan 'gencatan politik' sepanjang Ramadan ini.
Pengerusi Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas Al-Habshee berkata, langkah itu penting bagi mengelak berlakunya perbuatan dan tutur kata yang boleh menjejaskan kesucian ibadat berpuasa menerusi hemburan kata fitnah, maki-hamun, mengumpat, berburuk sangka dan adu domba.
"Sebaliknya, marilah kita mendekatkan diri kepada Allah dengan memperbanyakkan amalan termasuk amalan sunat dan bersedekah sepanjang Ramadan, bulan milik Allah yang dijanjikan dengan seribu rahmat dan ganjaran pahala.
"Saya juga ingin menyeru kepada seluruh umat Islam terutama yang bermaustautin di Wilayah Persekutuan dan pembayar zakat supaya berterusan membayar zakat sepertimana yang dituntut oleh syarak, menerusi kaunter-kaunter PPZ-MAIWP atau saluran yang telah ditetapkan.
"Saya mengharapkan kita semua akan menjalani ibadat puasa dengan penuh kesyukuran, keinsafan dan tawaduk agar amalan kita di sepajang bulan Ramadan ini akan meningkatkan lagi ketakwaan kita kepada Allah," katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya pada Isnin.
BACA: Perlu berzakat untuk bantu golongan terjejas COVID-19 - PPZ MAIWP
BACA: PPZ-MAIWP sasar kutipan RM800 juta, 500,000 pembayar tahun ini
Terdahulu, PPZ-MAIWP meletakkan sasaran kutipan lebih tinggi berbanding tahun sebelum iaitu daripada RM768 juta pada 2020 kepada lebih RM800 juta tahun ini.
Sasaran itu dibuat selaras prestasi memberangsangkan ditunjukkan pada tahun lalu yang menyaksikan kutipan zakat agensi itu mencatat peningkatan kira-kira 12 peratus berbanding RM682 juta pada 2019.
Syed Ali sebelum ini meminta individu yang telah cukup syarat berzakat supaya perlu segera melaksanakan bayaran bagi membantu golongan yang terjejas akibat COVID-19.
Ujarnya, pandemik telah memberi kesan yang mendalam kepada masyarakat kerana ramai yang terjejas dari segi pendapatan apabila dibuang kerja, dipotong gaji dan sebagainya.
Astro Awani
Mon Apr 12 2021

Syed Ali berkata, 'gencatan politik' penting bagi mengelak berlakunya perbuatan dan tutur kata yang boleh mencederakan kesucian ibadat berpuasa menerusi hemburan kata fitnah. - Facebook
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

TikTok LIVE Malaysia lancar kempen #BersamaDiRamadanRaya sempena musim perayaan
Inisiatif musim perayaan itu berlangsung selama lapan minggu dengan merubah platform tersebut menjadi hab yang meriah dengan reka bentuk baharu.

Ramadan: Penjawat awam wanita Negeri Sembilan dibenar pulang jam 2 petang setiap Jumaat
Kerajaan Negeri Sembilan membenarkan penjawat awam wanita yang bekerja di bawah pentadbiran kerajaan negeri pulang seawal jam 2 petang pada setiap Jumaat, Ramadan ini.

Tarawih 20 rakaat di masjid, surau Pahang
Pahang akan melaksanakan 20 rakaat solat sunat tarawih dengan tiga rakaat witir dua salam di seluruh masjid dan surau di negeri ini sepanjang Ramadan tahun ini.

Jadual solat tarawih, tahajjud bagi Ramadan kali ini diluluskan, tampil nama imam tersohor
Presiden Hal Ehwal Agama di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Dr Abdul Rahman Al-Sudais telah meluluskan jadual solat Tarawih dan Tahajud bagi kedua-dua masjid suci sepanjang bulan Ramadan 1446

Waktu sekolah seperti biasa sepanjang Ramadan - KPM
Sekolah sesi petang di Semenanjung akan tamat pada pukul 5.30 petang, manakala 5 petang di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sepanjang Ramadan ini.

Hantar anak tuisyen pilihan peribadi- Fadhlina
Keputusan menghantar anak ke pusat tuisyen untuk mengikuti pembelajaran tambahan adalah pilihan peribadi.

FAMA jamin bekalan kelapa menjelang Ramadan mencukupi
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memberi jaminan bekalan kelapa mencukupi menjelang Ramadan ini, susulan langkah intervensi yang telah diambil bagi mengatasi isu berkenaan.

Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 eratkan silaturahim - Zizan Razak
Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 adalah platform terbaik untuk mengeratkan silaturahim antara selebriti dan masyarakat.

Ramadan lebih indah apabila dirai bersama - Keanu Azman
Bagi Keanu Azman, keindahan Ramadan kali ini lebih bermakna dengan semangat kebersamaan yang dibawakan oleh Astro.

Amalan Ramadan ada kaitan dengan negara MADANI - PM
Amalan di bulan Ramadan memberikan satu penegasan tentang disiplin, kekuatan rohani, keyakinan dan sifat yang lebih sederhana.