PUTRAJAYA: Landskap kesuburan Malaysia telah mengalami perubahan ketara dengan penurunan daripada 4.9 anak pada 1970 kepada 1.6 anak pada 2022, menurut Jabatan Perangkaan (DOSM).
Menurut DOSM dalam kenyataan media hari ini, peralihan itu berkait rapat dengan kelewatan perkahwinan iaitu golongan perempuan memilih untuk merancang keluarga pada usia lebih berumur kerana mengejar pendidikan dan kerjaya.
Selain itu, DOSM mendapati purata umur perkahwinan juga telah meningkat dengan ketara daripada 24.7 tahun (1990) kepada 28.9 pada 2022, memberi kesan kepada tahap kesuburan.
"Sekiranya trend penurunan kesuburan berterusan, saiz isi rumah Malaysia juga mengecil pada masa akan datang dan berdasarkan dapatan Banci Malaysia 2020, purata saiz isi rumah persendirian di Malaysia menurun daripada 5.5 pada 1970 kepada 3.9 orang pada 2020, yang akan mengakibatkan bilangan penduduk Malaysia berkurang," menurut kenyataan itu.
Laporan berkenaan diterbitkan bersempena dengan Hari Penduduk Sedunia disambut setiap pada 11 Julai 1989, bertujuan meningkatkan kesedaran kepada kepentingan isu kependudukan di dunia.
Tema sambutan Hari Penduduk Sedunia pada tahun ini ialah 'Kuasa Data Yang Inklusif Ke Arah Masa Depan Yang Berdaya Tahan Dan Saksama Untuk Semua', yang bertujuan memberi kesedaran akan kepentingan penggunaan data dan maklumat sebagai sumber utama bagi pelaksanaan sebarang inisiatif untuk pelbagai lapisan masyarakat.
Mengenai demografi global, DOSM memaklumkan penduduk dunia telah bertambah daripada 1 bilion pada 1800 kepada 8.1 bilion pada 2024.
"Walaupun penduduk dunia terus berkembang, pertumbuhannya semakin perlahan sejak 1950 disebabkan penurunan kadar kesuburan.
"Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) di peringkat dunia merekodkan 2.3 anak manakala TFR Malaysia 1.6 anak pada 2022," menurut kenyataan itu.
Malaysia juga telah mengalami fasa penurunan Kadar Kelahiran Kasar (CBR) mulai 1958 iaitu 43.3 kelahiran kepada 12.9 kelahiran pada 2022 bagi setiap 1,000 penduduk.
Pada 2022, Terengganu merekodkan CBR tertinggi dengan 21.3 kelahiran manakala Kuala Lumpur merekodkan CBR terendah iaitu 10.1 kelahiran.
Di peringkat daerah, CBR tertinggi direkodkan di Song, Sarawak dan Kuala Terengganu, Terengganu dengan 24.3 kelahiran manakala daerah Kinabatangan, Sabah merekodkan kadar terendah iaitu 4.6 kelahiran.
Mengenai aspek peningkatan jangkaan hayat, DOSM memaklumkan seorang bayi yang lahir pada 2023 secara purata dijangka hidup sehingga 74.8 tahun dengan bayi lelaki dan perempuan yang lahir pada tahun itu masing-masing dijangka hidup sehingga purata umur 72.5 dan 77.4 tahun berbanding 61.6 dan 65.6 tahun pada 1970.
Jangkaan hayat ketika lahir tertinggi bagi lelaki dan perempuan mengikut negeri bagi 2023 dicatatkan di Selangor (78.1 tahun) manakala Terengganu mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir terendah iaitu 71.2 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 12 2024

Menurut DOSM peralihan itu berkait rapat dengan kelewatan perkahwinan iaitu golongan perempuan memilih untuk merancang keluarga pada usia lebih berumur kerana mengejar pendidikan dan kerjaya. - Gambar hiasan/Unsplash

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Landskap kesuburan Malaysia alami perubahan ketara - DOSM
Landskap kesuburan Malaysia telah mengalami perubahan ketara dengan penurunan daripada 4.9 anak pada 1970 kepada 1.6 anak pada 2022.