KUALA LUMPUR: Usahawan dan selebriti tanah air Noor Neelofa Mohd Noor serta keluarganya hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfileds selepas didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa Aidilfitri lepas.
Keluarga itu dikatakan menyambut hari raya pertama bersama di sebuah rumah di Pinggir Zaaba, Taman Tun Dr Ismail di sini dan videonya tular di media sosial.
Kenderaan jenis Alphard yang membawa bapa selebriti itu tiba di IPD Brickfields pada 2.51 petang tadi sebelum sebuah lagi kenderaan dipercayai turut membawa ahli keluarganya yang lain tiba di lokasi sama.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Anuar Omar ketika dihubungi berkata pihaknya selesai mengambil keterangan daripada selebriti itu serta keluarganya dan siasatan selanjutnya akan dijalankan.
Beliau berkata setakat ini, 10 ahli keluarga Neelofa telah diambil keterangan.
BACA: Polis siasat Neelofa, keluarga berkumpul sambut raya
BACA: Polis panggil Neelofa, PU Riz isu tular rentas negeri beli karpet di Nilai 3
BACA: Ingkar SOP: Kronologi kes Neelofa dari hari nikah hingga dikompaun RM60,000
Tinjauan Bernama mendapati kenderaan yang membawa selebriti itu dan keluarganya meninggalkan IPD Brickfields pada kira-kira 5.40 petang.
Terdahulu, Anuar berkata siasatan dijalankan selepas pihaknya mengesan kejadian itu menerusi video tular berdurasi 26 saat dipercayai dimuat naik melalui akaun Instagram kakak selebriti tersebut dan satu laporan polis telah dibuat.
"Video juga didapati telah dikongsikan netizen melalui laman sosial dan kakak kepada selebriti itu dipercayai memadamkan video itu daripada laman sosial setelah ia tular," menurutnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata orang awam dinasihat untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video tular melibatkan keluarga selebriti itu dan hendaklah mematuhi semua peraturan yang ditetapkan kerajaan.
Katanya sebarang aktiviti yang bertentangan dengan SOP termasuk penyalahgunaan permit merentas negeri boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Kes itu disiasat mengikut Peraturan 17 P.U (A) 225/2021 kerana melanggar SOP PKP.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 18 2021
Orang awam dinasihat untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video tular melibatkan keluarga selebriti itu dan hendaklah mematuhi semua peraturan yang ditetapkan kerajaan. - Gambar/ Instagram @neelofa
Singapura longgarkan dasar monetari selepas hampir lima tahun
MAS mengumumkan bahawa ia akan mengurangkan sedikit kecerunan jalur dasar kadar pertukaran nominal efektif dolar Singapura (S$NEER) tanpa mengubah lebar jalur dasar atau tahap pusatnya.
Tahun Baharu Cina: Keluarga dibenarkan lawat penghuni penjara pada 1, 2 Feb
Keluarga semua penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan perjumpaan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina pada 1 dan 2 Feb ini.
Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres
Sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.
Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Pejabat Peguam Negara.
Kerajaan setuju diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina - Nanta
Kerajaan MADANI dalam Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2025.
Anwar tiada masalah dengan "Himpunan Rakyat Benci Rasuah", tapi gesa bersifat adil
Perdana Menteri secara peribadi tidak mempunyai masalah tentang penganjuran "Himpunan Rakyat Benci Rasuah" yang bakal berlangsung pada Sabtu.
[TERKINI] Kerajaan setuju diskaun 50% bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina
Kerajaan dalam Mesyuarat Kabinet telah bersetuju untuk memberikan potongan tol 50% dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Sarawak bermula 27 Jan (Isnin) sehingga 30 Jan (Khamis).
'Isterix' mohon maaf, TheNoor nafi Neelofa terlibat hasilkan iklan berunsur lucah
"Kami dengan tegas mengecam penggunaan gambar yang tidak sesuai atau menyinggung norma masyarakat untuk tujuan pemasaran."
Neelofa terkejut Bilal mampu hafal ayat pertama surah Yasin
Neelofa melahirkan rasa syukur apabila anak sulungnya iaitu Muhammad Bilal dilihat gemar menghafal surah-surah lazim dalam Al-Quran.
“Saya bukanlah ustazah yang layak bercakap tetapi..” - Neelofa
Neelofa langsung tidak melatah dengan kecaman yang diterimanya malah mengakui kekurangan diri ketika berkongsi pandangannya dengan seorang pemanggil semasa segmen tersebut.
'Terima kasih lahirkan anak-anak kita' - PU Riz titip ucapan sempena ulang tahun ke-35 Neelofa
Bersempena ulang tahun Neelofa yang ke-35 semalam, PU Riz memberikan kata-kata penuh romantis buat isterinya itu.
Izin suami dengan siapa saya berkawan wajib diberi keutamaan - Fazura
Fazura kongsi rakaman video sebenar sewaktu wawancara di majlis pelancaran produk terbaharunya untuk dinilai sendiri peminat.
Engku Emran, Noor Nabila bakal bercerai
Kakak pengacara dan usahawan terkenal Neelofa, iaitu Noor Nabila memaklumkan dia dan suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin, bakal bercerai dalam waktu terdekat.
Alasan Neelofa mahu akses CCTV sekolah Bilal
Bukan sebab banyak duit Neelofa mahu akses CCTV sekolah anak, sebaliknya, hanya mahu pastikan keselamatan Bilal.
"Tiada dalam keturunan kami yang pergi tempat judi" - Noor Kartini
Ibu Ameera Khan iaitu Datin Noor Kartini memberitahu dia tampil bersuara mengenai tuduhan anaknya berjudi di luar negara kerana ia sudah keterlaluan.
Neelofa belanja sipi-sipi wajah anak kedua, netizen teruja, 'comel macam Muhammad Bilal'
Neelofa menerusi akaun Instagram miliknya telah memuat naik beberapa foto anak lelaki keduanya itu.
"Perasaan hiba dan sayang buat Abdullah Abbas" - Neelofa umum nama anak kedua
Seperti yang dijanjikan, pelakon Noor Neelofa akhirnya mengumumkan nama anak keduanya.