GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang telah menyerahkan kompaun kepada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, kerana dipercayai melanggar prosedur operasi standard (SOP) total lockdown dengan memandu uji sebuah kenderaan di Auto City Juru, bulan lepas.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata kompaun berkenaan telah diserahkan kepada Muhammad Sanusi pada Ahad, namun beliau enggan mendedahkan nilainya.
"(Kompaun) dah diserahkan kepada Menteri Besar.. Saya rasa nilai yang dikompaun harus ditanyakan kepada orang yang dikompaun.. Kami hanya menyerahkan daripada pihak DPP (Timbalan Pendakwa Raya) kepada orang yang disaman," katanya.
BACA: Saya akan bayar kompaun selepas terima notis - MB Kedah
BACA: Polis akan serah kompaun MB Kedah dalam tempoh terdekat
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan tindakan ke atas Menteri Besar Kedah pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis di sini, pada Isnin.
Pada 5 Jun lepas, tular gambar dan video memaparkan individu dipercayai Muhammad Sanusi memandu uji sebuah kereta ketika negara berada di bawah sekatan pergerakan penuh yang mana pusat jualan dan pameran kenderaan tidak dibenarkan beroperasi.
Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Afnan Hamimi Taib Azamudden kemudian menafikan Muhammad Sanusi melanggar SOP.
Polis kemudian telah mengambil keterangan Muhammad Sanusi dan beberapa saksi berhubung kes tersebut.
Kertas siasatan kes tersebut telah dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) Pulau Pinang dan kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Jul 19 2021

Polis Pulau Pinang telah menyerahkan kompaun kepada Muhammad Sanusi pada Ahad. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Cadangan bina Pelabuhan Sanglang telah dikemuka kepada Kementerian Pengangkutan - Sanusi
Syarikat yang dilantik untuk membangunkan Pelabuhan Sanglang di Kubang Pasu telah mengemukakan cadangan pembangunan prasarana berkenaan kepada Kementerian Pengangkutan.

Polis siasat Pegawai Khas Menteri Besar Kedah bergaduh
Polis buka kertas siasatan berkaitan isu pergaduhan melibatkan Pegawai Pejabat Menteri Besar Kedah dengan orang awam di sebuah lokasi di bandaraya Alor Setar.

The Greater Kedah berbeza dibandingkan negeri lain - Sanusi
The Greater Kedah adalah berbeza jika dibandingkan dengan The Greater Lembah Klang atau The Greater Penang yang telah lama dilaksanakan.

Pelepasan air Empangan Beris akan dilakukan secara berkala - MB Kedah
Pelepasan air dari Empangan Beris di Sik akan dilakukan secara berkala bagi menstabilkan semula paras air di Sungai Muda.

Projek ladang hutan diluluskan perlu diganti sekiranya timbul risiko - MB Kedah
Projek-projek terbabit tidak boleh dibatalkan sewenang-wenangnya kerana kerajaan negeri boleh berhadapan dengan tindakan undang-undang.

'Sanusi bukan pengganas' - Peguam
Menurut peguam, Awang Armadajaya Awang Mahmud, Datuk Seri Sanusi merupakan seorang Menteri Besar Kedah, bukannya pengganas.

'Saya ikhlas mohon maaf' - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan beliau ikhlas ketika memohon maaf di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sanusi perjelas isu beli kereta rasmi baharu, bukan untuk bermewah
Pembelian kenderaan rasmi kerajaan negeri dibuat mengikut keperluan termasuk kereta rasmi untuk kegunaan Menteri Besar Kedah.

Kes hasutan: Keputusan permohonan Sanusi gantung perbicaraan diketahui 2 Feb
Hakim Nor Rajiah dalam keputusannya mengecualikan tertuduh daripada hadir pada tarikh berkenaan dan memaklumkan perbicaraan pada hari ini, esok dan 12 Februari digantikan dengan tiga tarikh baharu.

Sanusi dakwa empat negeri pembangkang dihalang sertai program kerajaan Persekutuan
Muhammad Sanusi mendakwa Exco dari empat negeri ditadbir Perikatan Nasional (PN) dihalang untuk sertai program anjuran kerajaan Persekutuan.