KUALA LUMPUR: Langkah segera kerajaan melalui lapan pakej bantuan dan rangsangan ekonomi berjumlah RM530 bilion bersama inisiatif-inisiatif lain telah mencerminkan keberkesanan dalam pemulihan ekonomi negara.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bagi memastikan momentum pemulihan ini berterusan, inisiatif- inisiatif Bajet 2022 telah dirangka khusus untuk memperkukuh pemulihan dan membina daya tahan serta memacu pembaharuan.
Jelas Tengku Zafrul, kejayaan tersebut antaranya dapat dilihat apabila kadar pengangguran terus memulih kepada 4.2 peratus pada bulan Disember 2021.
“Sepanjang tahun 2021 juga, aktiviti perniagaan mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan, dengan jumlah perdagangan luar yang melebihi RM2 trilion, serta jualan borong dan runcit yang mencecah RM1.3 trilion.
“Baru-baru ini, kita dapat lihat momentum ini kekal berterusan melalui jumlah perdagangan yang meningkat hampir 25 peratus dari tahun ke tahun kepada lebih RM200 bilion pada bulan Januari 2022, dengan lebihan dagangan berjumlah RM18.4 bilion.
“Keyakinan pelabur asing terhadap prospek pemulihan ekonomi negara juga jelas kelihatan, dengan jumlah pelaburan langsung asing, atau FDI bagi tahun 2021 yang melebihi RM50 bilion ringgit, dan aliran masuk bersih pelabur asing bagi pasaran bon tempatan yang melebihi RM30 bilion ringgit.
“Kedua-dua ini merupakan nilai yang tertinggi berbanding tahun-tahun pra-pandemik,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia (JaminKerja) 2022, di sini pada Sabtu.
Ia dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dan turut hadir ialah Menteri Sumberi Manusia, Datuk Seri M.Saravanan.
Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata melalui inisiatif JaminKerja, kerajaan telah mengambil semangat konsep ‘jobs guarantee’.
Beliau pada masa yang sama menzahirkan keyakinan bahawa kerajaan akan mencapai sasaran pekerjaan yang ditetapkan berdasarkan kepada kejayaan tahun lalu.
“Pada tahun 2021, berbanding sasaran 50,000, kita berjaya menempatkan lebih 63 ribu (63,221) graduan, di mana 66 peratus ditempatkan di pelbagai kementerian dan agensi kerajaan, manakala 34 peratus di Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan- rakan strategiknya.
“Tahun ini, MoF memperuntukkan RM1.7 bilion untuk program MySTEP ini, dan kita menyasarkan penciptaan 80,000 pekerjaan,” ujar beliau.
Tegas Tengku Zafrul lagi, menurut laporan terkini yang diterbitkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) kadar pengangguran global dijangka kekal di tahap 207 juta orang pada tahun ini, berbanding 186 juta orang pada tahun 2019.
Justeru, beliau berkata sekiranya perkara itu tidak ditangani, ia akan memperdalamkan jurang pendapatan di seluruh dunia termasuk Malaysia, dan akan melemahkan struktur ekonomi, kewangan dan sosial negara.
"Sehubungan itu, dasar-dasar kerajaan bertujuan mengelak kesan jangka panjang terhadap pasaran buruh, pendapatan isi rumah, dan perpaduan sosial.
"Ke arah ini, kerajaan telah mengambil langkah proaktif melalui penubuhan Majlis Pekerjaan Negara (NEC) pada tahun yang lalu.
"Majlis yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan dalam memastikan pemulihan dan rangsangan sektor ekonomi di Malaysia berdasarkan pendekatan menyeluruh, berpandukan data, dan sepadan dengan permintaan industri semasa," ujar beliau.
Tengku Zafrul turut berharap pencari kerja akan memanfaatkan segala peluang yang ada melalui MOF dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) sama ada melalui karnival kerjaya atau secara dalam talian melalui portal-portal MyFutureJobs; MySTEP dan UpSkillMalaysia.
Inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia terdiri daripada tiga komponen utama iaitu Insentif Penggajian JaminKerja, MySTEP serta Program Latihan dan Peningkatan Kemahiran dengan peruntukan RM4.8 bilion.
Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia yang dilancarkan hari ini menawarkan lebih 12,000 peluang pekerjaan daripada 50 majikan, merentasi pelbagai industri.
Hasimi Muhamad
Sat Feb 19 2022

Jelas Tengku Zafrul, kejayaan tersebut antaranya dapat dilihat apabila kadar pengangguran terus memulih kepada 4.2 peratus pada bulan Disember 2021. - Foto BERNAMA
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Shereen terima pakej bantuan RM400,000 sambung latihan di Amerika Syarikat
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini bersetuju memberi pakej bantuan menyeluruh kira-kira RM400,000 kepada ratu 400 meter (m) Asia Tenggara, Shereen Samson Vallabouy.

Itali umum pakej bantuan 9.1 bilion Euro untuk tangani harga tenaga yang melonjak tinggi
Giorgia Meloni berkata pakej itu akan menyediakan tindak balas segera terhadap keperluan ekoran bil tenaga yang lebih tinggi.

Singapura umum pakej bantuan SG$1.5 bilion bagi tangani tekanan inflasi
Singapura mengumumkan pakej bantuan bernilai S$1.5 bilion (S$1=RM3.174) bagi menyalurkan kemudahan bersasar dan segera untuk kumpulan berpendapatan rendah.

Langkah segera kerajaan mencerminkan keberkesanan
Bajet 2022 telah dirangka khusus untuk memperkukuh pemulihan dan membina daya tahan serta memacu pembaharuan.

Kerajaan disaran baik pulih ekonomi - Ahli ekonomi
Situasi kewangan negara ketika ini membolehkan Malaysia untuk menyalurkan bantuan lebih banyak kepada rakyat.

PM dijadual sampai perutusan khas Bantuan PKP 3.0 malam ini
Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual akan menyampaikan perutusan khas mengenai Bantuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pada jam 9 malam.

'Total lockdown' seluruh negara bermula 1 Jun - Perdana Menteri
Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan COVID-19 di Malaysia.

Pakej Bantuan PEMERKASA beri kelegaan buat kontraktor - PKBM
PKBM memuji keputusan kerajaan menambah jumlah peruntukan bagi projek tersebut tahun ini, daripada RM2.5 bilion kepada RM5 bilion.

Pakej bantuan COVID-19 lulus, Biden ucap terima kasih kepada Senat
Ini sekali gus membolehkan janji utamanya dikotakan dalam tempoh 45 hari pertama pentadbirannya.

Pakej bantuan PERMAI boleh rangsang pertumbuhan KDNK, kekalkan PKS - Ahli ekonomi
Pakej bantuan PERMAI bernilai RM15 bilion yang diumumkan hari ini akan membantu mengurangkan kesan lonjakan semula kes COVID-19 dan pelaksanaan PKP 2.0 ke atas KDNK suku pertama.