KUALA LUMPUR: Cadangan pengusaha bas sekolah agar kerajaan melanjutkan had usia penggunaan bas sekolah kepada 35 tahun perlu diperhalusi berdasarkan faktor keselamatan secara menyeluruh terutamanya melibatkan pelajar, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.
Beliau berkata laporan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mengenai kajian sama ada perkara itu boleh dilaksanakan akan mengambil kira faktor itu.
"Saya minta Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bawa kertas kajian oleh MIROS kerana ia melibatkan faktor keselamatan penggunaan kenderaan dan yang paling penting saya tak boleh berkompromi keselamatan pelajar kerana mereka yang menaiki bas sekolah.
"Kalau dibenarkan, saya perlu melihat apakah syarat perlu ditetapkan dan apakah rasional kepada syarat itu. APAD akan akur dengan keputusan dasar yang akan dibuat Kementerian Pengangkutan berhubung perkara ini berdasarkan laporan kajian yang dikeluarkan MIROS kelak," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan ke-29 Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Bumiputera Kuala Lumpur dan Selangor di sini hari ini.
Wee berkata buat masa ini, kerajaan hanya memberi kelulusan melanjutkan had usia penggunaan bas sekolah kepada 32 tahun selain membenarkan pembaharuan lesen bas sekolah yang melebihi had usia 30 tahun susulan terkesan akibat pandemik COVID-19.
"Pembaharuan lesen bas sekolah dibenarkan selari dengan kelulusan melanjutkan tempoh had usia kenderaan," katanya.
Terdahulu, Presiden Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Bumiputera Kuala Lumpur dan Selangor Amali Munif Rahmat menyuarakan perkara berkenaan memandangkan pengusaha bas sekolah turut terkesan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Mengenai cadangan Amali bagi dana pinjaman mudah kerajaan serta pinjaman tanpa faedah sepenuhnya melalui agensi kerajaan seperti Majlis Amanah Rakyat dan TEKUN bagi Skim Penggantian Bas Sekolah berusia lebih 20 tahun, Wee berkata pihaknya akan memperhalusi perkara itu serta berbincang dengan Kementerian Kewangan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 18 2022

Buat masa ini, kerajaan hanya memberi kelulusan melanjutkan had usia penggunaan bas sekolah kepada 32 tahun. - Bernama

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Duterte mungkin hadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup - Malacanang
Sabitan boleh dirayu, dan mahkamah juga boleh mengarahkan pampasan untuk mangsa.
Indonesia benar pegawai sandang jawatan agensi negeri
15 agensi negeri di Indonesia dikenal pasti untuk anggota tentera menyandang peranan kepimpinan.

GT Jepun akhirnya kembali ke bumi Malaysia selepas 12 tahun
Selepas 12 tahun, Siri perlumbaan Super GT akhirnya akan bakal kembali menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang, Jun ini.
Indonesia gesa bonus pemandu e-hailing dan kurier
Kerajaan Indonesia menggesa syarikat pengangkutan dan perkhidmatan penghantaran memberikan bonus Aidilfitri.
Malaysia perkukuh rantaian bekalan dengan negara ASEAN
Malaysia berusaha mengukuhkan rantaian bekalan sektor semikonduktor dengan negara anggota ASEAN.
Pantau Agenda Reformasi: TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri
Bersama Prof Madya Dr Nor Lisa Sulaiman, Ketua Pusat Advance Centre for Technical and Vocational Education (ACTiVE), Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia membincangkan tentang TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri.
Indonesia lancar program sekolah rakyat bantu murid miskin
Program sekolah rakyat bakal menyediakan pendidikan percuma kepada murid daripada keluarga miskin.
Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
Vietnam mencatatkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 7.2 peratus dalam indeks pengeluaran perindustrian atau IIP untuk dua bulan pertama 2025.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia perkukuh hubungan perdagangan
Bagi perniagaan Jerman yang ingin menembusi pasaran Asia Tenggara, Malaysia menyediakan pintu masuk utama untuk berinteraksi dengan pasaran ASEAN.

MOT tiada kuasa kawal kenaikan tambang bas sekolah - Loke
Kementerian Pengangkutan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menghalang kenaikan harga tambang bas sekolah yang dijangka berlaku pada Februari ini.

Kenaikan tambang bas sekolah tidak boleh dielak - BSM
Kenaikan tambang bas sekolah tidak dapat dielakkan demi kelangsungan industri tersebut.

Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand
Pemandu itu menyerah diri pada lewat petang Selasa dan sedang disoal siasat di balai polis Khu Khot.

Lelaki tersepit, 15 pelajar sekolah terselamat nahas lori dan bas sekolah
Seramai 15 pelajar terselamat dalam kemalangan membabitkan bas sekolah dinaiki mereka dengan sebuah lori di Kampung Nasib, Jalan Sungai Siput- Kuala Kangsar, dekat sini hari ini.

Pengusaha bas sekolah boleh rayu bantuan subsidi diesel - PM
Pengusaha bas sekolah dan syarikat yang tidak menerima subsidi susulan penyasaran subsidi diesel masih boleh merayu dan sekiranya layak, permohonan mereka akan dipertimbang.

Kenaikan tambang bas sekolah, MOT terima maklum balas daripada pelbagai pihak
MOT menerima maklum balas daripada pelbagai pihak berhubung cadangan kenaikan kadar tambang bas sekolah bagi sesi persekolahan penggal baharu pada Mac.

Van sekolah kemalangan, 5 murid luka terkena serpihan kaca
Seramai lima daripada 10 murid mengalami luka apabila van sekolah dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah motosikal di simpang tiga Jalan Nusari Bayu 1, di sini pada Selasa.

Bas sekolah, pengangkutan awam dikecualikan subsidi bersasar diesel - Ahmad Maslan
Subsidi bersasar bagi diesel yang akan dilaksanakan kelak, tidak akan dikenakan kepada bas sekolah dan pengangkutan awam untuk mengelak berlaku kenaikan tambang.

Pengusaha bas sekolah mohon pemeriksaan Puspakom setahun sekali
Sistem tempahan dalam talian yang sedia ada memerlukan janji temu dan agak merumitkan.

Lanjutan had usia bas sekolah perlu utamakan faktor keselamatan menyeluruh
Laporan MIROS mengenai kajian sama ada perkara itu boleh dilaksanakan akan mengambil kira faktor itu.