KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan akan mengemukakan cadangan kepada institusi perbankan mengenai pelanjutan tempoh moratorium yang dijadual berakhir hujung bulan ini.
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bagaimanapun penangguhan atau pengurangan bayaran balik bagi mangsa banjir masih berkuatkuasa sehingga tempoh enam bulan, seperti diumumkan sebelum ini.
"Ini topik yang selalu Yang Berhormat Bagan bangkitkan. Sebenarnya akhir Januari ini habis yang biasa, tetapi untuk banjir ada enam bulan lagi dan tak payah moratorium untuk enam bulan.
"Cuma cadangan Yang Berhormat adalah untuk kita lanjutkan program yang kita umumkan sebelum ini, yang akan berakhir pada Januari. Di sini saya akan bangkitkan kepada bank-bank dan saya akan maklum balik terutama bagi mereka terkesan kerana banjir," katanya pada sesi menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini.
Terdahulu, Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng bertanya sama ada kerajaan boleh melanjutkan pengecualian faedah dan moratorium sekurang-kurangnya enam bulan selepas kemudahan itu tamat pada Januari ini.
Pada 17 Disember lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan peminjam bagi kategori B50 di bawah Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) dapat menikmati lanjutan bantuan bayaran balik sehingga dua tahun lagi
Beliau berkata, mereka yang berminat mendapatkan manfaat ini, permohonan URUS masih dibuka sehingga 31 Januari 2022.
Kerajaan sebelum ini turut mengumumkan pakej bantuan moratorium automatik pinjaman selama enam bulan kepada semua peminjam individu tanpa syarat di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
Kemudahan itu juga ditawarkan kepada pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas tertakluk kepada semakan dan kelulusan bank.
Moratorium automatik di bawah Program PEMULIH menyaksikan tiada lagi syarat dikenakan seperti pengurangan pendapatan.
Hasimi Muhamad
Thu Jan 20 2022

Kementerian Kewangan akan mengemukakan cadangan kepada institusi perbankan mengenai pelanjutan tempoh moratorium yang dijadual berakhir hujung bulan ini, kata Tengku Zafrul. - Gambar BERNAMA
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.

Usaha transformasi MAHB akan buahkan hasil - MOF
Usaha penstrukturan semula MAHB dengan penubuhan konsortium diterajui Gateway Development Alliance dijangka membuahkan hasil.

Tawaran sukarela konsortium dianggotai KWSP adalah pelaburan baharu jangka panjang - MOF
Tuduhan bahawa KWSP mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) adalah tidak berasas.

MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
Peruntukan itu, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan menyediakan kemudahan diperlukan.

KDNK Malaysia bagi 2024 diunjur cecah 5.1 peratus, kekal positif - HLIB
Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal positif pada paras 5.1 peratus bagi tahun ke tahun pada 2024, kata Hong Leong Investment Bank.

ASEAN tangani peralihan tenaga menerusi kerjasama serantau - Amir Hamzah
Peralihan tenaga merupakan cabaran global, dan ASEAN mempunyai keupayaan dan sumber untuk menanganinya secara kolektif, menurut Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 7 Februari 2025.

Senarai muktamad peluasan skop, semakan kadar SST diwarta suku pertama 2025 - MOF
Kerajaan sedang giat mengadakan sesi libat urus dengan kementerian dan pihak industri bagi memuktamadkan skop dan kadar cukai yang terlibat.

SSM lancar akses kepada maklumat pemunya benefisial, perkukuh ketelusan korporat
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melancarkan kemudahan akses kepada maklumat mengenai pemunya benefisial syarikat bagi memperkukuhkan ketelusan dalam urusan korporat.

STR Fasa 1 RM2.3 bilion disalur mulai esok - MOF
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 akan disalurkan mulai esok melibatkan peruntukan RM2.3 bilion.

Dagangan Malaysia berkembang seiring prospek WTO - MITI
Perdagangan Malaysia dijangka berkembang seiring dengan prospek yang diterbitkan oleh WTO, yang mengunjurkan jumlah dagangan barangan global tumbuh sebanyak tiga peratus.