Pelaksanaan moratorium jika dilanjutkan akan memberikan ruang kepada golongan B40 dan M40 untuk kembali “bernafas”.
Penganalisis ekonomi, Dr Madeline Berma berkata keputusan lanjutan pemberian moratorium itu mampu membantu mengurangkan beban isi rumah yang kehilangan pendapatan akibat penularan wabak COVID-19.
Selain itu, Dr Madeline juga berkata lanjutan tersebut juga akan meningkatkan 'survival rate' (kelangsungan) perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
“Bagi perniagaan, khususnya, PKS, ia akan meningkatkan “survival rate” atau kadar berterusan.
“Ekonomi atau perniagaan perniagaan PKS dapat diteruskan dalam waktu yang dibenarkan untuk dibayar balik. Skor kreditnya tidak akan terjejas.
“Oleh itu, mereka dapat memulakan perniagaan mereka. B40 dan M40 akan dapat meneruskan kelangsungan kehidupan dan kelangsungan ekonomi,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Isnin.
Bagaimanapun, beliau berkata bank terpaksa “berkorban” dalam tempoh moratorium dilanjutkan kerana mereka terpaksa menanggung bebanan untuk menguruskan pinjaman tersebut.
“Kita juga perlu melihat, bank memainkan peranan yang penting kerana saiz PKS di negara ini adalah 80 peratus daripada sektor perniagaan.
“Jika ekonomi tidak dapat berkembang, maka bank akan mengalami kerugian.
“Bank terpaksa “berkorban” dalam tiga bulan ini atau tempoh (moratorium) dilanjutkan. Ia bukannya kerugian tetapi ia meninggalkan bebanan kepada bank untuk menguruskan pinjaman itu,” ujarnya.
Pada Ahad, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan hanya golongan sasar yang terjejas akan menerima moratorium sekiranya ia dilanjutkan dan bukan lagi automatik kepada semua seperti sebelum ini.
Katanya, kerajaan ketika ini sedang berbincang dengan bank mengenai lanjutan moratorium dan terpulang kepada mereka sama ada boleh melanjutkannya atau tidak.
Isabelle Leong
Mon Jun 29 2020

Pada Ahad, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan hanya golongan sasar yang terjejas akan menerima moratorium sekirangnya ia dilanjutkan dan bukan lagi automatik kepada semua seperti sebelum ini. - REUTERS/Edgar Su

Mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 4,122 orang pagi ini
Sekretariat JPBN Sabah dalam kenyataan memaklumkan, lapan PPS di Tenom menempatkan 743 orang daripada 276 keluarga.

EPL: Chelsea tendang Manchester City ke tangga kelima
Gol tunggal Marc Cucurella jadi pemisah buat kedua-dua pasukan, namun persembahan The Blues secara keseluruhan jauh daripada meyakinkan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [10 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Farhan Hakimi
- Simbah anjing dengan air panas, pekerja kedai serbaneka dibuang kerja
- Individu keluar komen berbaur perkauman di media sosial juga boleh diambil tindakan tegas - KPN
- KPM larang gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
- Simbah anjing dengan air panas, pekerja kedai serbaneka dibuang kerja
- Individu keluar komen berbaur perkauman di media sosial juga boleh diambil tindakan tegas - KPN
- KPM larang gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina

Kurang komunikasi punca Pemuda PH, BN dilihat sering berbalah - Mohd Hasbie
Menurut Mohd Hasbie, kali terakhir sayap pemuda parti gabungan Kerajaan Perpaduan termasuk BN dan PH bermesyuarat adalah pada pertengahan tahun lalu.

Pelancong warga China lemas ketika aktiviti menyelam di Semporna
Mangsa berusia 34 tahun ditemui terapung oleh jurulatih selam di permukaan air, sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Semporna.

LaLiga: Atletico Madrid terima padah persembahan buruk
Getafe memanfaatkan kad merah Angel Correa yang mengangkat tinggi kakinya selepas Alexander Sorloth melakukan sepakan penalti.

EPL: Arsenal sedia kibar bendera putih
The Gunners kini ketinggalan 15 mata di belakang Liverpool, dengan kelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Lapor serangan seksual: Mangsa OKU perlu lebih sokongan, bantuan - CPS KL
Bagi mangsa, perasaan malu mungkin menebal kerana merasakan apa yang terjadi itu mengaibkan dan ada juga yang menyalahkan diri sendiri.
Mogok pekerja: hampir 300 penerbangan terjejas di Hamburg
Hampir 300 penerbangan terpaksa dibatalkan di Lapangan Terbang Hamburg pada Ahad selepas pekerja perkhidmatan darat melancarkan mogok tanpa notis awal.
Pasca perang : pemimpin Syria ikrar tumpaskan pemberontak Pro-Assad
Pemimpin baharu Syria, Ahmed Sharaa, berikrar untuk memburu pihak yang terlibat dalam pertempuran ganas antara penyokong setia bekas Presiden Bashar al-Assad dan kerajaan baharu negara itu.

Lanjutan moratorium: Golongan B40, M40 dapat bernafas semula tetapi... - Penganalisis
Penganalisis ekonomi, Dr Madeline Berma berkata keputusan lanjutan pemberian moratorium itu mampu membantu mengurangkan beban isi rumah yang kehilangan pendapatan akibat penularan wabak COVID-19.