SEREMBAN: Lapan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyimpan hidupan liar dilindungi tanpa lesen, berupa lapan bahagian badan pelanduk pada 2021.
Rusli Che Omar, Jafri Md Taib, Mohamed Khalid Ibrahim, Azaruddin Yahaya, Mohd Izammudin Zainol, Mohd Yusof Mohamed Yunos, Mahadzir Osman dan Jasius Joseph, yang masing-masing berusia antara 36 hingga 50 tahun, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan.
Kesemua anggota keselamatan itu, didakwa secara bersama-sama menyimpan tanpa lesen lapan bahagian pelanduk (Tragulus javanicus) iaitu hidupan liar dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716), di dalam sebuah tong coleman yang diletakkan di bahagian belakang sebuah kenderaan.
Kesalahan itu dilakukan di Jalan Besar Kampung Talang, Empangan Talang, Kuala Pilah, pada 17 Jan 2021, kira-kira 1 tengah hari dan didakwa mengikut Seksyen 60(1)(b), Akta 716 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum di bawah seksyen 60(1) akta sama.
Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM50,000, dipenjara tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Amanina Mohamad Anuar, manakala Jafri diwakili peguam Datuk Hanif Hassan, sementara tertuduh lain tidak diwakili peguam.
Amanina memohon mahkamah mengenakan jaminan RM20,000 bagi setiap seorang, namun kesemua mereka merayu wang jaminan dikurangkan kepada RM2,000 atas alasan berstatus anggota berpangkat rendah, mempunyai kekangan kewangan terhad serta perlu menanggung isi rumah termasuk keluarga di kampung.
Kesemua tertuduh juga memberi jaminan akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan perbicaraan kes tersebut berjalan lancar.
Hakim Mazni Nawi kemudiannya menetapkan wang jaminan RM2,000 setiap seorang dan sebutan semula kes pada 12 Jun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 18 2024

Lapan anggota polis FRU didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menyimpan hidupan liar yang dilindungi iaitu lapan bahagian pelanduk tiga tahun lalu. -Foto Sinar Harian

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.

Lapan anggota FRU didakwa simpan lapan bahagian badan pelanduk tanpa lesen
Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM50,000, dipenjara tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.