KOTA KINABALU: Lapan daerah iaitu Pitas, Beluran, Kinabatangan, Lahad Datu, Kota Marudu, Sandakan, Telupid dan Tongod disytiharkan sebagai kawasan penularan Demam Babi Afrika (ASF) di Sabah, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Jeffrey Kitingan.
Kitingan, yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah berkata jangkitan virus ASF yang menyerang ternakan babi dan babi hutan itu turut dikesan di Tawau dan Nabawan, namun kedua-dua daerah ini belum diisytiharkan sebagai kawasan wabak.
Beliau berkata setakat 18 April lepas, sejumlah 398 babi telah dilupuskan sementara 535 ekor lagi mati disebabkan ASF.
"Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (JPVS) telah menjalankan 234 kempen kesedaran di 14 daerah, yang bukan sahaja untuk mendidik masyarakat tentang penyakit ini, tetapi juga menunjukkan usaha kerajaan dalam memastikan wabak ini tidak menular ke daerah lain.
"Walaupun Sandakan telah diisytiharkan sebagai kawasan wabak ASF, namun wabak ini belum lagi merebak ke ladang pengeluaran babi utama di daerah itu. Virus ASF ini hanya membawa maut kepada babi, namun ia tidak berbahaya kepada manusia," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kitingan berkata, JPVS telah melaksanakan peraturan baharu untuk melindungi babi komersial, termasuk mendapatkan permit khas daripada jabatan itu untuk membolehkan babi hidup dan produk babi dipindahkan dari satu kawasan ke kawasan lain.
"Gerai menjual daging babi yang dijangkiti virus ASF akan ditutup sehari untuk melaksanakan kerja-kerja kontaminasi dan pembersihan, manakala produk daging babi hanya akan dijual setelah disaring dan didapati bebas daripada virus ASF.
"Penternakan babi yang disyaki menjadi punca babi dijangkiti ASF pula akan dikuarantin sehingga tujuh hari untuk membantu siasatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 24 2021

KITINGAN: Gerai menjual daging babi yang dijangkiti virus ASF akan ditutup sehari untuk melaksanakan kerja-kerja kontaminasi dan pembersihan. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Tiga ladang babi di Selangor disita, sah dijangkiti demam babi Afrika - Exco
Tiga ladang ternakan babi di Selangor disita selepas disahkan dijangkiti penyakit African Swine Fever (ASF) atau demam babi Afrika.

Pampasan kepada penternak babi dijangkiti ASF akan dimuktamadkan
Pampasan kepada penternak terjejas akibat penularan African Swine Fever (ASF) atau demam babi Afrika akan dimuktamadkan pada peringkat Kementerian kewangan dalam masa terdekat

30 ladang babi di Pulau Pinang dijangkiti ASF
Sebanyak 30 ladang babi komersial di Pulau Pinang dijangkiti penyakit African Swine Fever (ASF) sejak awal Januari lepas.

Demam Babi Afrika merebak ke daerah Barat Daya Pulau Pinang, 62,197 babi dijangkiti
Penyakit African Swine Fever (ASF) atau demam babi Afrika kini telah merebak ke daerah Barat Daya Pulau Pinang, menyebabkan tiga lagi ladang ternakan babi ditutup.

23 ladang ternak babi dijangkiti ASF
Ia membabitkan 53,275 ekor babi yang terdapat di ladang tersebut.

ASF: Lapor segera jika jumpa babi mati - JPVNS
Seekor babi hutan jantan dewasa yang mati dan positif ASF ditemukan di Ladang Sengkang, Pasir Panjang, Port Dickson, pada 3 Januari lalu.

ASF: 5 ladang ternakan babi di Perak ditutup
Sebanyak lima ladang ternakan babi yang dijangkiti Demam Babi Afrika (ASF) di Perak ditutup bagi kerja-kerja memusnahkan ternakan untuk mengurangkan risiko penyebaran wabak berkenaan.

Empat kes demam babi Afrika di Perak sejak Disember
Perak melaporkan empat kes penyakit demam babi Afrika (ASF) melibatkan dua daerah dari Disember hingga awal tahun ini.

1,500 ekor babi dimusnahkan bendung penularan ASF
Semua babi yang dimusnahkan itu membabitkan ladang pertama yang dikesan terdapat kes jangkitan ASF.

Kes baharu ASF di sebuah lagi ladang ternakan babi di Valdor
Ia menjadikan dua kes terkumpul positif ASF membabitkan dua ladang ternakan babi di negeri itu, setakat ini.