Lapan doktor China tiba di Malaysia bantu negara perangi COVID-19 - KP Kesihatan

Menurut Dr Noor Hisham, dalam kalangan pakar-pakar berkenaan, ada wakil dari Suruhanjaya Kesihatan China di Guangdong. - Gambar Bernama
Seramai lapan doktor pakar dari China telah tiba di negara ini, bagi membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha memerangi COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Menurut beliau, pihaknya telahpun mengadakan 'teleconferencing' dengan doktor-doktor dari China itu dan akan memperhalusi pelbagai isu bersama mereka.
Menurutnya, dalam kalangan pakar-pakar berkenaan, ada wakil dari Suruhanjaya Kesihatan China di Guangdong.
"Antara kepakaran mereka ialah 'intensivist' dan pakar penyakit berjangkit, dan 'data analytic' dan juga pelbagai kepakaran dari situ.
"Jadi mungkin dengan kepakaran mereka di Hubei (China) hari itu, kita boleh kongsi dan juga dapat melihat kepada kajian-kajian kita contohnya dan juga perkhidmatan kita di hospital, bagaimana kita boleh pertingkatkan lagi perkhidmatan kita," katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini pada Sabtu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

