HUJAN lebat berterusan telah mencetuskan banjir di seluruh wilayah di Thailand dan menyebabkan lebih 15,000 isi rumah terjejas.
Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana (DDPM) dalam satu kenyataan menyiarkan lapan wilayah itu ialah Nakhon Si Thammarat, Phatthalung, Yala, Songkhla, Narathiwat, dan Pattani di Selatan Thailand serta Amnat Charoen (timur laut) dan Chanthaburi (timur).
"Sehingga 4 petang (waktu tempatan) hari ini, 15, 696 isi rumah daripada 305 buah kampung di 33 daerah terjejas akibat banjir. Pihak berkuasa akan menyegerakan urusan membaiki kerosakan yang dialami akibat banjir," menurut DDPM.
Sementara itu, Komander Renjer Regimen Ke-45 Kolonel Thawirat Benjatikul berkata tiga maut manakala dua terselamat apabila kenderaan yang dinaiki mereka dihanyutkan arus deras yang melanda Narathiwat.
Beliau berkata mangsa sekeluarga termasuk seorang wanita berusia 68 tahun bersama anak lelakinya, 40, menantu, 38, serta dua cucunya- 14 dan 2 tahun.
"Apabila tiba di tempat kejadian, kenderaan yang dibawa lelaki 40 tahun itu dihanyutkan arus deras.
"Pasukan keselamatan bergegas ke tempat kejadian dan berjaya menyelamatkan dua mangsa - lelaki dan anak lelaki berusia 14 tahun.
"Tiga lagi - wanita 60 tahun dan menantunya,38, dan cucu, 2, terperangkap dalam kenderaan.
"Apabila pasukan menyelamat tiba di tempat kejadian, ketiga-tiga mangsa didapati tidak sedarkan diri. Mereka digegaskan ke hospital dan disahkan meninggal dunia," katanya.
Sementara itu, gabenor Surat Thani, Wichawut Jinto mengarahkan semua bot untuk tidak turun ke laut susulan ombak tinggi.
Perkhidmatan feri turut dihentikan buat sementara waktu, katanya.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran hujan berterusan dan hujan lebat di beberapa kawasan terpencil di Selatan.
"Orang ramai diingatkan untuk berhati-hati dengan beberapa keadaan yang mungkin menyebabkan banjir kilat dan limpahan air, terutama di sepanjang kaki bukit berhampiran sungai dan tanah rendah," katanya.
Jabatan Meteorologi turut mengeluarkan amaran berhubung ombak setinggi satu hingga dua meter di Teluk Thailand.
"Semua kapal harus mengambil langkah berjaga-jaga, dan bot-bot kecil diarah tidak turun ke laut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 18 2022

Lapan wilayah itu ialah Nakhon Si Thammarat, Phatthalung, Yala, Songkhla, Narathiwat, dan Pattani di Selatan Thailand serta Amnat Charoen (timur laut) dan Chanthaburi (timur). - Gambar fail/ FB Cherdchai Ongsakul
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Lapangan Terbang Betong pintu pembangunan di selatan Thailand
Lapangan Terbang Betong akan membentuk hab yang menghubungkan tiga wilayah iaitu Pattani, Narathiwat dan Yala di bawah rancangan pembangunan wilayah kerajaan.

Dakwaan DAP cuba hidupkan semula ideologi komunis, Musa Hassan akan dipanggil - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang mendakwa parti DAP mempunyai agenda untuk menghidupkan semula ideologi komunis.

Narathiwat isytihar semua daerahnya sebagai zon bencana terjejas akibat banjir
Banjir di selatan Narathiwat melanda kesemua 13 daerah dalam wilayah itu dengan situasi di tiga daripadanya adalah kritikal, termasuk Ra-ngae yang menyaksikan sejumlah 2,700 rumah ditenggelami air.

Malaysia dan Thailand bekerjasama lanjut ETS ke Hat Yai
Kementerian Pengangkutan sedang bekerjasama dengan kerajaan Thailand bagi melanjutkan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dari Padang Besar hingga ke bandar Hat Yai.

Mohd Nizam dibunuh kerana cara tunggangan motosikalnya - Polis Hatyai
Motif suspek menembak mangsa adalah kerana motosikal mangsa secara tiba-tiba memotong motosikal yang dinaiki suspek bersama rakannya.