Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) merupakan antara hanya tujuh lapangan terbang di dunia yang diiktiraf oleh Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI) atas prestasinya yang terus cemerlang dalam memberikan perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik kepada pelanggan.
Maklum balas daripada penumpang mengenai LGK diperoleh melalui Kaji Selidik Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) suku tahun yang dijalankan setiap tahun oleh ACI sebagai penanda aras global untuk lapangan terbang dunia.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata pengiktirafan daripada penumpang akan memberi motivasi kepada komuniti lapangan terbang dan rakan kongsi untuk terus memberikan yang terbaik walaupun menghadapi tempoh mencabar.
"Kami mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka yang berterusan dan berada di barisan hadapan.
"Kami berharap orang ramai akan mendapat semula keyakinan mereka terhadap perjalanan udara berikutan kami terus melaksanakan langkah-langkah keselamatan pada tahap tertinggi di lapangan terbang dan memastikan pengalaman penumpang tidak terjejas," katanya dalam kenyataan hari ini.
LGK akan menyertai ACI Director-General's Roll of Excellence yang diwujudkan pada 2011 untuk memberikan pengiktirafan tambahan kepada lapangan terbang yang memberikan perkhidmatan terbaik kepada penumpang.
LGK telah disenaraikan dalam ACI Director-General's Roll of Excellence berdasarkan pencapaiannya yang memenangi pelbagai anugerah ASQ dalam tempoh lima tahun sejak 10 tahun lepas.
Lapangan terbang itu sentiasa mendapat markah yang tinggi untuk perkhidmatan pelanggan dan memenangi anugerah ACI seperti Lapangan Terbang Terbaik Mengikut Wilayah dan Lapangan Terbang Terbaik bagi saiz (dua - lima juta penumpang setahun).
"Pengiktirafan ini juga menjadi bukti kepada komitmen dan usaha kami untuk terus meningkatkan kualiti dan tahap perkhidmatan.
"Pasukan dipacu oleh janji kami untuk mewujudkan hubungan yang ceria, justeru, kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan dan kemudahan kami," kata Mohd Shukrie.
Sebagai pintu masuk ke salah satu destinasi percutian paling popular di negara ini, LGK dinaik taraf dan diperluaskan pada 2018 untuk menampung 4.0 juta penumpang setahun.
Lapangan terbang itu mencatatkan sebanyak 2.9 juta pergerakan penumpang pada 2019, meningkat lapan peratus daripada 2018.
Lapangan terbang itu juga telah melalui penambahbaikan yang berjaya dari segi komersial pada tahun lepas yang meningkatkan pengalaman runcit dan sajian makanan supaya penumpang dapat menikmati pengalaman unik di lapangan terbang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 24 2020
![Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi antara tujuh lapangan terbang terbaik dunia Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi antara tujuh lapangan terbang terbaik dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-09/71600954646_LapanganTerbangAnt.jpg)
Maklum balas daripada penumpang mengenai LGK diperoleh melalui Kaji Selidik Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) suku tahun yang dijalankan setiap tahun oleh ACI sebagai penanda aras global untuk lapangan terbang dunia. - Bernama
Nissan, Honda batal perjanjian penggabungan jenama
Syarikat automotif terkemuka Jepun, Nissan Motor dan Honda Motor mengumumkan untuk tidak meneruskan perbincangan mengenai penggabungan antara kedua-dua syarikat. Dalam sidang media persidangan yang dianjurkan Nissan Motor di Yokohama pada Khamis, Ketua Pegawai Eksekutif Nissan berkata, syarikat berkenaan sebulat suara bersetuju bersama Honda untuk menamatkan potensi penggabungan jenama berkenaan termasuk, rundingan-rundingan yang telah dibincangkan.
Jenayah: Warga emas 86 tahun mengaku salah tembak remaja 16 tahun
Yarl, yang terselamat walaupun ditembak sebanyak dua kali, memaklumkan dia menekan loceng pintu rumah Lester kerana menyangkakan rumah itu adalah rumah pengasuh adiknya.
PM Thailand pengerusikan mesyuarat keselamatan tergempar krisis Myawaddy
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra pada Jumaat mempengerusikan mesyuarat tergempar dengan ketua-ketua agensi keselamatan untuk menilai keadaan di perbandaran Myawaddy, hab utama yang dikenal pasti untuk rangkaian pemerdagangan manusia di Myanmar.
14 Negeri Amerika Syarikat saman Trump dan Elon Musk
Empat belas negeri di Amerika Syarikat telah memfailkan saman persekutuan terhadap Presiden Donald Trump dan Elon Musk, jutawan ketua Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE), atas dakwaan memiliki kuasa tanpa had dan tidak terkawal yang melanggar perlembagaan
Hamas umum nama tiga tebusan Israel yang akan dibebas Sabtu
Kumpulan pejuang Palestin, Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan Israel yang akan dibebaskan pada Sabtu.
Duta Malaysia ke Amerika Syarikat perlu teguh mendepani cabaran
Duta Malaysia yang bakal dilantik ke Amerika Syarikat (AS) perlu memiliki kecekapan dan sentiasa bersedia berdepan sebarang cabaran.
Reformasi industri padi, beras agenda kerajaan tahun ini
Fokus utama kementerian pertanian dan keterjaminan makanan (KPKM) pada tahun ini adalah reformasi industri padi dan beras negara dengan mengutamakan pendekatan yang lebih lestari, berdaya saing dan mesra alam.
KDNK: Peningkatan pelaburan antara faktor penyumbang - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, MITI akan meneruskan usahanya untuk menarik lebih banyak pelaburan, meningkatkan perdagangan, dan membangunkan industri tempatan.
Kabinet berpendapat ada keperluan pinda Akta Pemberi Maklumat
Kabinet berpendapat ada keperluan untuk meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 bagi mengatasi beberapa isu percanggahan dengan akta lain selain memperkukuh perlindungan kepada pemberi maklumat.
Dua individu termasuk CEO syarikat ditahan SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan dua lagi individu disyaki terbabit rasuah serta mengemukakan tuntutan palsu membabitkan pengeluaran wang syarikat kira-kira RM2.6 juta.
![Masih banyak jalan raya di Johor perlu dinaik taraf - Onn Hafiz Masih banyak jalan raya di Johor perlu dinaik taraf - Onn Hafiz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739070501_tbOnnHafizGhazi.jpg)
Masih banyak jalan raya di Johor perlu dinaik taraf - Onn Hafiz
Masih banyak jalan raya di Johor perlu diperbaik dan dinaik taraf dengan segera kerana keadaan itu sangat membahayakan keselamatan.
![Setia City Mall beroperasi semula selepas insiden tembakan Setia City Mall beroperasi semula selepas insiden tembakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739071123_tbsetiacitymall.jpg)
Setia City Mall beroperasi semula selepas insiden tembakan
Keselamatan dan kesejahteraan pengunjung, penyewa dan pekerja mereka adalah keutamaan pihaknya.
![Korea Selatan keluar nasihat agar berhati-hati dengan penggunaan DeepSeek atas faktor keselamatan Korea Selatan keluar nasihat agar berhati-hati dengan penggunaan DeepSeek atas faktor keselamatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738927936_deepseek.jpg)
Korea Selatan keluar nasihat agar berhati-hati dengan penggunaan DeepSeek atas faktor keselamatan
Beberapa kementerian Korea Selatan menyekat akses dalaman kepada perkhidmatan AI itu berikutan kebimbangan terhadap amalan pengurusan data oleh Deepseek.
![Pengurusan taman tema akan dipanggil, jawab beberapa persoalan - Amirudin Pengurusan taman tema akan dipanggil, jawab beberapa persoalan - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738426126_AmirudinShari.jpg)
Pengurusan taman tema akan dipanggil, jawab beberapa persoalan - Amirudin
Amirudin berkata, pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit, antara lain membabitkan isu keselamatan.
![Polis P. Pinang yakin urus keselamatan, aliran trafik sepanjang persidangan ASEAN Polis P. Pinang yakin urus keselamatan, aliran trafik sepanjang persidangan ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51738313831_HamzahAhmad.jpg)
Polis P. Pinang yakin urus keselamatan, aliran trafik sepanjang persidangan ASEAN
Polis P. Pinang melakukan persiapan rapi untuk memastikan kelancaran semua program, termasuk persidangan yang dijangka berlangsung bulan depan.
![P. Pinang tambah CCTV di Seberang Perai pastikan terus jadi bandar selamat P. Pinang tambah CCTV di Seberang Perai pastikan terus jadi bandar selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41738236037_CCTV.jpg)
P. Pinang tambah CCTV di Seberang Perai pastikan terus jadi bandar selamat
Ketika ini terdapat lebih 200 CCTV di kawasan itu dan pihaknya merancang untuk menambah sehingga 1,000 CCTV bagi meningkatkan pemantauan.
![PDRM ketatkan prosedur keselamatan sempena lawatan Presiden Indonesia esok PDRM ketatkan prosedur keselamatan sempena lawatan Presiden Indonesia esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732269577_KetuaPolisNegara.jpg)
PDRM ketatkan prosedur keselamatan sempena lawatan Presiden Indonesia esok
Prosedur keselamatan tersebut diambil susulan terdapat pertindihan tarikh dan waktu dengan kunjungan 1,000 pesawah ke Putrajaya esok.
![PBB pindah kakitangan dari Goma berikutan peningkatan pertempuran di timur Congo PBB pindah kakitangan dari Goma berikutan peningkatan pertempuran di timur Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737888000_tbpbbcongo.jpg)
PBB pindah kakitangan dari Goma berikutan peningkatan pertempuran di timur Congo
Menurut PBB, langkah berjaga-jaga itu diambil bagi melindungi kakitangannya sambil memastikan operasi penting di rantau itu tidak terganggu.
![APMM tingkat kekerapan rondaan kekang pencerobohan APMM tingkat kekerapan rondaan kekang pencerobohan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736331974_SaifuddinNasution.jpg)
APMM tingkat kekerapan rondaan kekang pencerobohan
Pemantauan petugas di SWASLA dan aset udara juga dipertingkatkan untuk mengawasi dan mengesan pergerakan bot atau kapal yang mencurigakan.
![Kepengerusian ASEAN: Kuala Lumpur, Putrajaya sudah sedia jadi tuan rumah mesyuarat utama Kepengerusian ASEAN: Kuala Lumpur, Putrajaya sudah sedia jadi tuan rumah mesyuarat utama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51698908285_MajlisAmanat.jpg)
Kepengerusian ASEAN: Kuala Lumpur, Putrajaya sudah sedia jadi tuan rumah mesyuarat utama
Persediaan merangkumi pelbagai aspek kritikal seperti keselamatan, kesihatan awam, pengurusan komuniti dan kesiapsiagaan menghadapi bencana.