KUALA LUMPUR:Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini gagal dalam satu lagi cubaannya untuk menggugurkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes meminda laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan bekas perdana menteri itu.
Ini merupakan cubaan kali ketiga Najib untuk menggugurkan Sri Ram sebagai pendakwa dalam kes jenayah berkaitan 1MDB itu. Sebelum ini, satu permohonan difailkan dalam satu lagi kes 1MDB di hadapan hakim berbeza dan cubaan kedua menerusi prosiding sivil.
Ketika menolak permohonan Ahli Parlimen Pekan itu, Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan berkata dakwaan Najib bahawa Sri Ram terlibat dalam siasatan terhadapnya sebagai tidak ada merit.
“Tidak ada bukti kukuh untuk menyokong dakwaan pemohon dan kekal sebagai hipotesis semata-mata. Isu ini telah disiasat oleh pihak pendakwaan selaku responden semasa permohonan pemohon (Najib) yang terdahulu.
“Isu ini sudah dibincangkan dan diputuskan. Keputusan oleh mahkamah lain sebelum ini kekal dan tidak boleh diterbalikkan,” kata hakim.
Mohamed Zaini ketika memberi alasan penolakan berkata pemohon, antara lain, menjadikan komunikasi di antara bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Sri Ram sebagai bukti berat sebelah Sri Ram terhadap pemohon dan kebimbangan pemohon berhubung perkara itu adalah tidak berasas.
“Seperti juga individu lain, Sri Ram berhak mempunyai pandangan peribadi. Itu sahaja. Namun, pertimbangan berbeza akan dibuat jika beliau menunjukkan sikap berat sebelah semasa melaksanakan tugas sebagai pendakwa raya kanan. Pandangan peribadi beliau tidak boleh dianggap akan menghalang tanggungjawab beliau sebagai pendakwa raya kanan.
“Tambahan pula, kejadian itu, seperti yang dikemukakan oleh responden, berlaku ketika sebelum pelantikan Sri Ram sebagai pendakwa raya kanan. Turut penting ialah pemohon tidak membuat sebarang aduan mengenai tindak-tanduk Sri Ram ketika menjalankan perbicaraan melibatkan pemohon. Ini mengukuhkan hujah responden bahawa Sri Ram bersikap terbuka semasa menjalankan tugas sebagai pendakwa raya kanan,” kata hakim.
Mohamed Zaini seterusnya berkata pada akhirnya, mahkamah bertanggungjawab memastikan sesebuah perbicaraan dilaksanakan secara adil demi mendapatkan keadilan.
“Mahkamah akan membantu mana-mana pihak yang dilayan secara tidak adil, jika perkara tersebut berlaku. Sehubunggan itu, permohonan pemohon ditolak,” katanya.
Perbicaraan kes laporan audit 1MDB itu akan bersambung pada 22 Feb ini.
Pada prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib bertindak bagi pihak pendakwaan, manakala Najib diwakili peguam Nur Syahirah Hanapiah.
Najib, 67, dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy, 45, dibicarakan atas tuduhan meminda laporan audit 1MDB.
Ahli Parlimen Pekan itu dituduh menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan ke atas laporan audit akhir 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara bagi mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya, sementara Arul Kanda didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan ke atas laporan tersebut bagi melindungi Najib daripada dikenakan tindakan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 15 2021

Datuk Seri Gopal Sri Ram, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan. - Gambar fail BERNAMA
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Rombakan Kabinet: DAP hargai sikap dan kenyataan Sivakumar
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, menjelaskan Sivakumar tidak mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

16 kes berprofil tinggi digugurkan Peguam Negara - Azalina
Sebanyak 16 kes berprofil tinggi telah digugurkan Peguam Negara sejak 2018 sehingga 2023 di bawah Fasal (3) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

PRU15: Calon PKR dirombak seperti main 'terup'; parti rugi, penyokong kecewa - Tian Chua
Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua menganggap pemilihan calon yang tidak mengambil kira sentimen penyokong akan merugikan parti yang bertanding.

Jawatan Zuraida sebagai MPT Bersatu tergugur serta-merta - Hamzah
Jawatan Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu tergugur dengan serta-merta selepas beliau mengumumkan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) hari ini.

PRN Sarawak: Keanggotaan tiga ahli Bersatu tanding atas tiket bebas gugur secara automatik
Mereka ialah Siki Balarik di kerusi DUN Belaga, Ricky Enteri (DUN Bawang Assan) dan Ismawi Muhammad (DUN Muara Tuang).

PRN Sarawak: Nanta beri bayangan satu ADUN digugur di bawah Parlimen Kapit
Dua lagi penyandang di bawah Parlimen sama mungkin akan dikekalkan berdasarkan prestasi dan kemampuan menggalas tanggungjawab.

Rayuan Najib berhubung penolakan untuk gugur Sri Ram didengar 8 Sept
Najib, 67, dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy, 45, sedang dibicarakan atas pertuduhan meminda laporan audit 1MDB.

Laporan audit 1MDB: Najib gagal gugurkan Sri Ram daripada pasukan pendakwaan
Ini merupakan cubaan kali ketiga Najib untuk menggugurkan Sri Ram sebagai pendakwa dalam kes jenayah berkaitan 1MDB itu.

Wanita hamil disaran lakukan imbasan ultrabunyi tiga bulan pertama kehamilan
Menurut Pakar Obstetrik & Sakit Puan UiTM Private Specialist Centre, Dr Nadzratulaiman Wan Nordin, imbasan awal ini dapat menentukan jangka masa bersalin dan keadaan sebenar kandungan itu.

Annuar Musa diganti kerana beliau beban kepada parti - Nazri Aziz
Pengguguran itu bukan dilakukan sewenang-wenangnya, sebaliknya kerana Annuar telah menjadi beban kepada parti khususnya UMNO dengan tindak tanduknya.