KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengambil tindakan serius kepada pemantauan sebarang projek kerajaan bagi mengelakkan pembaziran berlaku.
Penganalisis politik, Profesor Dr Ahmad Marthada Mohamad mengulas demikian berhubung kenyataan Ketua Audit Negara, Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 siri 2 pada Khamis.
"Sesuatu tindakan konkrit perlu diambil bagi memastikan tidak ada lagi pembaziran sehingga mencecah ratusan juta ringgit, kerana ia mengakibatkan ketirisan wang.
"Sebab itu bagi saya perkara ini perlu diteliti dengan lebih serius dan perlu ditangani agar ia tidak berulang," jelasnya yang menegaskan bahawa pemantauan teliti perlu dilaksanakan meskipun sesuatu projek itu telah selesai.
Pemantauan teliti itu adalah demi memastikan projek berkenaan memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya.
"Kadangkala, walaupun perancangan sesuatu perkara dibuat dengan teliti dan sesuatu projek itu sudah dilaksanakan, ia tidak mencukupi.
"Perlu ada pemantauan teliti. Apa yang dilaporkan ini adalah disebabkan pemantauan tidak dilakukan secara berkala.
"Ia menyebabkan banyak projek yang dilaksanakan tidak dapat digunakan. Ini kita lihat, apabila ada (contoh) Terminal Monorel Putrajaya... terowong (dibuat) tetapi tidak digunakan, kerana tidak ada pemantauan... walaupun projek telah berjaya dilaksanakan mengikut yang dirancang," katanya lagi.
Terdahulu, Ketua Audit Negara, Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid dalam kenyataan memaklumkan, terdapat pembaziran berlaku selepas semakan audit dijalankan.
Antaranya, RM799 juta bagi pembinaan terowong, jambatan dan Terminal Monorel di Putrajaya yang masih belum digunakan untuk manfaat umum.
Pengurusan Pembangunan Putrajaya secara keseluruhannya dikaitkan dengan pembaziran sejumlah RM812.91 juta.
Selain projek monorel, jumlah itu turut melibatkan kos pengurusan wabak COVID-19 termasuk peralatan ventilator tidak dapat digunakan bernilai RM13.07 juta, serta satu kes pembayaran tidak teratur iaitu program pengurusan perkhidmatan ambulans dan perkhidmatan udara, bernilai RM100,000.
Fareez Azman
Thu Feb 16 2023

Penganalisis Politik, Profesor Dr Ahmad Marthada Mohamad berkata kerajaan perlu mengambil tindakan serius dengan membuat pemantauan teliti terhadap mana-mana projek bagi mengelakkan pembaziran berlaku. - Gambar fail

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

Baki RM312.22 juta tunggakan pinjaman pembangunan tanah peserta telah ditukar status - Felcra
Penukaran baki pinjaman kerajaan kepada ekuiti dalam Felcra, termasuk jumlah RM312.22 juta itu, diluluskan Dewan Rakyat pada 4 Ogos 2022.

Laporan Audit Negara: Kerajaan perlu pantau setiap projek, elak pembaziran - Penganalisis
Kerajaan perlu mengambil tindakan serius kepada pemantauan sebarang projek kerajaan bagi mengelakkan pembaziran berlaku.

LKAN: Tadbir urus TH Hotel & Residence, TalentCorp kurang memuaskan
Nik Azman berkata, sebuah syarikat lagi dalam senarai sama ialah Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp).

Laporan Audit Negara berhubung 1MDB dipinda
Perkara berkenaan didedahkan oleh Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur), yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen, semasa membahaskan usul Kajian Separuh Penggal RMK11.

PAC sangkal dakwaan ia tiada 'taring'
PAC menyangkal dakwaan bahawa ia tidak mempunyai 'taring' dalam memastikan kerajaan mengambil tindakan terhadap sesuatu isu.

175 pegawai kerajaan disiasat, 85 bersalah
85 daripada 175 pegawai kerajaan didapati bersalah atas kecuaian mematuhi prosedur, salah guna kuasa dan penipuan.

Laporan Ketua Audit Negara: Pendirian PAC langkah proaktif, kata Razali
Pendirian PAC mahu memanggil kementerian berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2013 satu langkah proaktif tangani isu berbangkit.

MB Negeri Sembilan puas hati Laporan Ketua Audit Negara
Datuk Seri Mohamad Hasan berpendapat laporan itu pada keseluruhannya memuaskan dengan hanya terdapat beberapa kelemahan yang perlu dibaiki.

Penjawat awam mesti ubah sikap elak ketirisan
Jika setiap penjawat awam mengamalkan sikap integriti dan amanah dalam menjalankan tugas, ketirisan mungkin dapat dikurangkan.

"Beberapa kes" dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 disyor untuk pendakwaan
Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengesyorkan beberapa kes yang telah didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2012 kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk pendakwaan di mahkamah