KUALA LUMPUR : Laporan kumpulan reformasi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) mendedahkan wujudnya kelemahan dalam proses pelantikan hakim di bawah Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC).
Antara kelemahan utama yang diketengahkan oleh laporan tersebut adalah mengenai kuasa budi bicara Perdana Menteri untuk melantik lima daripada sembilan anggota JAC.
Peguam Serena Lim berkata, anggota JAC tidak mempunyai jaminan tempoh tugas kerana PM diberi kuasa untuk membatalkan pelantikan mana-mana daripada empat orang terkemuka tanpa perlu memberikan sebarang alasan.
"Dalam senario ini, perdana menteri secara tidak langsung mengawal perjalanan JAC di mana beliau diberi kuasa untuk melantik lima daripada sembilan anggota JAC tanpa ada ruang untuk mengelakkan isu penyalahgunaan kuasa," katanya ketika membentangkan laporan kajian BERSIH 2.0 bertajuk Memelihara Kebebasan Kehakiman: Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Pemecatan Hakim di Malaysia di sini, pada Isnin.
Justeru Serena Lim menggesa, proses pelantikan hakim perlu ditambah baik bagi meningkatkan kebebasan badan kehakiman.
Katanya, proses pelantikan hakim di kedua-dua mahkamah tinggi dan mahkamah rendah perlu dilihat kembali bagi memastikan para hakim dilantik berdasarkan merit, tidak mendiskriminasi dan bebas.
Malah katanya, Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi memberikan status Perlembagaan kepada JAC dalam pemilihan hakim.
"Kita (BERSIH) turut mencadangkan agar dua daripada sembilan anggota itu dipilih dalam kalangan ahli akdemik berstatus orang awam.
"Di mana mereka dilantik oleh tujuh anggota lain," jelasnya.
Sementara itu, pakar Perlembagaan, Prof Datuk Dr Shad Saleem Faruqi berkata, sistem perundangan Malaysia tidak memberi penekanan atau peluang kepada ahli akademik untuk mengambil bahagian secara aktif.
"Dalam pengalaman saya hampir 10 tahun dalam perkhidmatan perundangan negara, saya tidak faham mengapa penglibatan ahli akademik tidak diberi keutamaan.
"Saya bukan bercakap bagi pihak saya, saya sudah tua. Saya melihat kepada ahli akademik secara keseluruhan. Kenapa perlu ditinggalkan? Di Amerika Syarikat, pensyarah fakulti undang-undang dibenarkan tampil di mahkamah," jelasnya.
Astro Awani
Mon Mar 22 2021
Laporan BERSIH 2.0 ) mendedahkan wujudnya kelemahan dalam proses pelantikan hakim di bawah JAC. - Gambar hiasan
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Bunuh pelajar: Keputusan 13 remaja bebas atau perlu bela diri 28 Februari
Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Datuk Duncan Sikodol selepas prosiding semakan status hujahan semua pihak diadakan pada Isnin.
Hannah Yeoh mohon batal keterangan saksi dalam kes saman fitnah Kamarul Zaman
Hannah Yeoh memohon Mahkamah Tinggi untuk membatalkan keterangan empat saksi yang dikemukakan bagi menyokong pembelaan pensyarah UUM, Kamarul Zaman Yusoff, dalam kes saman fitnah yang difailkannya.
Syarikat pelancongan keluarkan cek lebih RM600,000 atas nama Azlan Man - Saksi
Tiga cek tersebut merupakan bayaran balik bagi perjalanan Azlan dan keluarganya ke London pada 2013, 2014 dan 2015 yang dibatalkan.
Lelaki ugut pelawak popular dan keluarganya didakwa di mahkamah esok
Seorang lelaki yang disyaki mengugut pelawak popular dan keluarganya baru-baru ini akan didakwa di mahkamah, esok.
Along Cham sujud syukur lepas tanpa bebas satu kes dadah
Bagaimanapun, Along Cham dituduh semula di Mahkamah Majistret di Sepang atas dua pertuduhan lain iaitu memiliki dan memasukkan dadah.
Mahkamah Korea Selatan sekali lagi tolak permohonan lanjutkan tahanan Yoon
Mahkamah Daerah Pusat Seoul kekalkan keputusannya sebelum ini untuk menolak permintaan itu, memetik "alasan yang sama".
Polis tahan pengedar, rampas hampir 20 kg dadah di Ipoh
Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki mengedar dadah serta merampas hampir 20 kilogram (kg) dadah di Meru, di sini, pada Selasa lepas.
Mahkamah tertinggi Colorado putuskan gajah-gajah di zoo AS bukan manusia
Habeas corpus tidak terpakai kepada haiwan, "tidak kira betapa canggih kognitif, psikologi atau sosial haiwan itu".
Warga emas didenda RM7,000 cabul kanak-kanak lelaki
Lelaki berusia 63 tahun itu didakwa mencabul kehormatan kanak-kanak di sebuah kedai makan di Setapak pada 5 petang, 17 April 2024.
Perbicaraan Ebit Lew: Mesej WhatsApp dipadam, gagal diperoleh semula
Saksi ke-15 mengakui telah melakukan analisis terhadap dua kad SIM milik pengadu dan satu milik Lew menggunakan perisian khas.