Laporan penuh Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKD) yang siap hujung April lepas akan dibentangkan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad minggu depan.
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata beliau sendiri akan membentangkan laporan itu bagi mendapat pandangan Perdana Menteri sebelum perincian lanjut dilakukan melalui pendekatan tertentu selepas itu.
"Jawatankuasa mengkaji keseluruhan sistem pendidikan negara yang diwujudkan melalui cadangan mesyuarat Jemaah Menteri telah menyerahkan laporan lengkap itu kepada saya awal bulan lepas.
"Selepas dibentangkan kepada Perdana Menteri, kita akan adakan beberapa siri makmal dan bengkel bagi memperhalusi laporan tersebut sebelum dibentangkan semula kepada kabinet pada masa yang akan ditentukan kemudian," katanya kepada pemberita pada majlis Silaturahim Aidilfitri Menteri Pendidikan di sini, hari ini.
Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching, warga kementerian serta jemputan khas.
Dipengerusikan oleh Prof Emiratus Datuk Dr Ibrahim Ahmad Bajunid, JKD yang ditubuhkan pada Oktober tahun lepas telah mengadakan siri pertemuan melibatkan 3,141 pihak berkepentingan bagi mendapatkan maklum balas dan cadangan sebelum mengemukakan laporan lengkap cadangan menambah baik sistem pendidikan negara kepada kementerian pendidikan.
Maszlee berkata kajian semula dasar pendidikan negara itu termasuk menambah baik kurikulum dan sistem pendidikan dari peringkat prasekolah sehingga universiti.
Beliau berkata antara lain, laporan yang menyentuh mengenai usaha memperlengkapkan pelajar berdepan masa depan yang mencabar, mengarusperdanakan TVET serta menempuh alam pekerjaan dalam Revolusi Industri 4.0. -- Bernama
Bernama
Sat Jun 22 2019

Maszlee dan isterinya, Dr Hamidah Mat bersama golongan anak-anak yatim dari Rumah Amal Cahaya Kasih Bestari, Subang pada majlis Silaturahim Aidilfitri di kediamannya hari ini. - BERNAMA

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.
Duterte mungkin dipenjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte mungkin menghadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup jika disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berhubung perang dadah.

Remaja perempuan hilang selepas ditegur leka bermain telefon ditemukan selamat
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Seksyen 20 di sini, Ahad lepas ditemukan selamat di rumah rakannya di Kuala Terengganu.
Tuduhan kompaun berat sebelah disifatkan fitnah, berniat jahat - Fahmi
Tuduhan kononnya kompaun yang dikenakan ke atas syarikat pemegang lesen membabitkan kes tiga penyampai radio sebagai berat sebelah sehingga menyebabkan Islam ditindas disifatkan sebagai fitnah yang berniat jahat.
70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan – PM
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.
Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencadangkan agar kemasukan pelajar baharu SBP dan MRS ke bidang berkenaan ditingkatkan kepada 70 peratus.
Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencadangkan agar kemasukan pelajar baharu SBP dan MRS ke bidang berkenaan ditingkatkan kepada 70 peratus.

PM tidak pernah nyata kerajaan akan iktiraf UEC - PMO
UEC perlu mengikut Dasar Pendidikan Kebangsaan sekiranya mahu dipertimbangkan penyelesaiannya oleh kerajaan pada masa hadapan.

Mesyuarat EAC bincang usaha giatkan semula perniagaan, rancakkan pelaburan
Mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu turut membincangkan cadangan usaha untuk meningkatkan perbelanjaan isi rumah.

Laporan JKD dibentang kepada Perdana Menteri minggu depan - Maszlee
Laporan penuh Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara yang siap hujung April lepas akan dibentangkan kepada Perdana Menteri minggu depan.