KAJANG: Bayangkan laluan kawasan perumahan yang sepatutnya tenang bertukar menjadi dilema kepada penduduk apabila terus dihantui dengan kebimbangan nyawa melayang.
Itu situasi yang berlaku melibatkan penduduk di Taman Saujana Impian, Kajang yang terpaksa berdepan risiko kemalangan di laluan lebuh raya Cheras –Kajang atau lebih dikenali sebagai ‘Kajang Bypass’.
Laluan ini menghubungkan tiga lebuh raya utama yang dikatakan bertembung dengan laluan kawasan perumahan itu.
Apa yang pasti, laluan yang boleh dikategorikan sebagai berbahaya ini hanya menantikan siapa mangsa seterusnya yang berkemungkinan berdepan peristiwa berdarah.
Pengerusi Badan Bertindak Kajang Bypass, Manaf Ramli berkata, situasi ketika ini seolah-olah kenderaan yang dalam had kelajuan yang tinggi daripada lebuh raya akan terus memasuki laluan kawasan taman.
Lebih membimbangkan, risikonya ditambah lagi dengan keadaan selekoh maut atau dikenali sebagai ‘selekoh king’ yang dikatakan menjadi punca kemalangan.
Rata-rata penduduk yang ditemui menggesa pihak berkuasa yang terlibat agar ‘membuka mata’ terhadap isu laluan Kajang Bypass.
Malah, penduduk mendakwa masalah laluan berkenaan telah berlarutan selama puluhan tahun dan sehingga kini status pemilikannya seakan tergantung.
Astro AWANI cuba mendapatkan reaksi pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) untuk mengulas lanjut isu berkenaan namun sebaliknya pertanyaan kami hanya dijawab menerusi kenyataan media.
Menurut MPKJ, pihaknya telah menempatkan beberapa papan tanda serta penghadang sementara yang menimbulkan persoalan sampai bila ia hanya bersifat sementara sedangkan penduduk menantikan tindakan yang lebih proaktif termasuk status jalan berkenaan.
Sebut sahaja Kajang Bypass, pasti kes kemalangan yang meragut nyawa bukanlah menjadi perkara yang asing dalam kalangan penduduk sekitar.
Ini termasuk insiden meragut nyawa pada awal Mac yang mengorbankan nyawa sepasang suami isteri.
Timbul persoalan apa yang menyebabkan pihak berkuasa ibarat ‘melepaskan batuk di tangga’ dan hanya sekadar melihat kadar pertambahan mangsa.
Setakat ini, hampir 7,000 petisyen telah ditandatangani penduduk menuntut pihak berkuasa bertindak.
Adakah usaha mereka ini membuahkan hasil atau ia sekadar satu langkah yang sia-sia?
Saksikan Laporan Khas ‘Kajang Bypass: Lebuh Raya atau Pusara? dalam Buletin AWANI 7:45 malam ini.
Hilmi Malik
Wed Apr 07 2021

Laluan Kajang Bypass sinonim dengan kawasan yang sering meragut nyawa disebabkan struktur jalan serta keadaan yang menghubungkan tiga lebuh raya yang bertembung dengan kawasan perumahan. - Foto Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Imigresen serbu kilang jahit pakaian, tahan 50 warga asing
Jabatan Imigresen (JIM) menahan 50 warga asing termasuk seorang 'pengurus syarikat' dalam serbuan di sebuah kilang jahitan pakaian di Cheras, Rabu lepas.

Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.

JIM Kuala Lumpur tahan 15 tukang urut dalam serbuan di Cheras
Seramai 15 wanita warga asing dipercayai bekerja sebagai tukang urut, ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur.

Calon SPM antara 2 lagi ditahan terlibat samun bersenjata warga asing
Dua lagi pelajar sekolah menengah ditahan pada Sabtu, selepas disyaki terlibat dengan kes samun berkumpulan menggunakan senjata di Cheras.

Tiada kes tibi berstatus wabak di Cheras
Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Persekutuan (JKWPKL&P) menegaskan tiada kes Tuberkulosis (tibi) berstatus wabak di Cheras.

Kes tuberkulosis dalam negara terkawal - Dr Zaliha
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan berlaku beberapa kes tuberkulosis atau tibi di Cheras, Kuala Lumpur, namun secara keseluruhan kes jangkitannya dalam negara adalah terkawal.

12 lelaki didenda RM3,000 setiap seorang kerana merusuh guna senjata
Kesemua tertuduh yang bekerja sebagai penarik kereta, pemandu lori, jurujual dan mekanik membayar denda tersebut.

Jerebu: Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat
Empat kawasan di Semenanjung Malaysia mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang ini dengan Cheras di sini merekodkan bacaan tertinggi iaitu 160.

Jerebu: Lapan kawasan catat IPU tidak sihat, Cheras tertinggi
Sebanyak lapan kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat dengan Cheras merekodkan 157, yang tertinggi setakat 10 pagi ini.

Banjir landa beberapa kawasan di Cheras
Kebanyakan kawasan sekitar ibu negara mula dinaiki air ekoran hujan lebat berterusan sejak petang tadi.