ALOR GAJAH: Laporan penuh siasatan dalaman insiden kematian anggota tentera Koperal Mohammad Nasri Mohd Nasib yang ditemukan maut di Hutan Simpan Belum, Perak, pada 12 April lepas dijangka siap dalam tempoh dua minggu.
Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, setakat ini, laporan siasatan berkenaan telah lebih 50 peratus siap dan perkembangan terkini siasatan itu akan dibentangkan dalam Mesyuarat Pasca Kabinet pada Rabu ini.
"Siasatan masih berjalan dan selalulunya laporan daripada siasatan ini akan dibawa dalam Mesyuarat Pasca Kabinet...biasanya kita akan ada mesyuarat berkenaan setiap hari Rabu petang.
"Jadi pada hari Rabu ini kita akan dapat sedikit laporan tetapi dalam tempoh dua minggu ini, selepas hari raya kita yakin laporan penuh akan dapat diperoleh," katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Ahli Parlimen Alor Gajah, di sini malam tadi.
Beliau berkata, Kementerian Pertahanan juga akan memastikan kebajikan ahli keluarga Allahyarham Mohammad Nasri terutama isteri, Nurhayatul Husna, 30, serta sepasang anaknya Muhammad Aakif Rizqi, 4, dan Nur Afifah Raisha, 2, sentiasa terbela dan mendapat pendidikan yang sempurna.
Media sebelum ini melaporkan Mohammad Nasri yang merupakan anggota daripada Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Seri Bentong, Pahang, dilaporkan hilang ketika menjalankan operasi di kawasan pedalaman Hutan Simpan Belum pada 7 April lepas.
Jenazah Allahyarham Mohammad Nasri dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Pulau Mertajam, Penaga di Pulau Pinang pada 13 April lepas.
Hasil bedah siasat mendapati kematian anggota tentera itu berpunca daripada kecederaan kepala dipercayai akibat terjatuh.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 17 2023

Laporan penuh siasatan dalaman insiden kematian anggota tentera Koperal Mohammad Nasri Mohd Nasib yang ditemukan maut di Hutan Simpan Belum, Perak, pada 12 April lepas dijangka siap dalam tempoh dua minggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Laporan penuh siasatan dalaman kematian anggota tentera siap dalam dua minggu
Laporan siasatan telah lebih 50 peratus siap dan perkembangan terkini siasatan itu akan dibentangkan dalam Mesyuarat Pasca Kabinet pada Rabu ini.