SUBANG JAYA: Tindakan memecut kenderaan untuk melarikan diri daripada pihak polis membawa padah apabila kereta dinaiki sekumpulan individu termasuk kanak-kanak terbabas dalam kejadian di susur keluar Putra Heights, Lebuhraya Elite di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.05 pagi itu, kenderaan polis terserempak dengan kereta dinaiki suspek dalam keadaan mencurigakan.
"Anggota polis kemudian mengekori kenderaan suspek sambil membunyikan siren serta menyalakan lampu biru untuk mengarahkan suspek supaya berhenti bagi tujuan pemeriksaan.
"Bagaimanapun, suspek enggan berhenti dan cuba melarikan diri dengan memecut laju kenderaan yang dinaiki sehingga melanggar palang Plaza Tol Seafield menuju ke Lebuhraya Elite," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.
Katanya, kenderaan suspek kemudiannya terbabas ketika melalui susur keluar Putra Heights.
"Pemeriksaan mendapati kenderaan tersebut dinaiki dua lelaki dan seorang wanita berumur di antara 20 hingga 30-an dan seorang kanak-kanak lelaki berumur empat tahun.
"Tiga suspek mengalami kecederaan parah kemudiannya dikejarkan ke hospital berdekatan untuk rawatan selanjutnya," katanya.
Menurutnya, semakan dijalankan mendapati kesemua suspek terlibat mempunyai rekod jenayah lampau.
"Salah seorang suspek masih dikehendaki dalam kes dadah di daerah Hulu Selangor.
"Buat masa ini kesemua suspek masih belum ditangkap kerana masih dalam keadaan tidak sedarkan diri dan menerima rawatan di hospital," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 186 / 279 Kanun Keseksaan. -Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Apr 27 2023

Anggota polis memeriksa keadaan kereta yang terbabas dalam kejadian di susur keluar Putra Heights, Lebuhraya Elite di sini pada Khamis. -Foto Sinar Harian

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Lima lelaki maut ditembak polis penjenayah kejam
Lima individu yang ditembak mati di kawasan Putra Heights awal pagi Sabtu dikenal pasti sebagai kumpulan penjenayah kejam.

Perkhidmatan LRT terus ke Masjid Jamek bermula esok
Operasi transit aliran ringan (LRT) dari arah Ampang/Sri Petaling dan Putra Heights akan meneruskan perkhidmatan sehingga Stesen Masjid Jamek bermula esok hingga 16 Feb ini.

Penemuan rangka manusia: Tiada unsur jenayah - Polis
Polis mengesahkan penemuan rangka manusia di kawasan belukar di bawah jambatan Jalan Persiaran Putra, Putra Heights, dekat Subang, pada Jumaat lepas, tidak mempunyai sebarang unsur jenayah.

Rangka manusia ditemukan di bawah jambatan di Putra Heights
Satu rangka manusia yang lengkap berkemeja-T biru, bersinglet putih dan berseluar jeans biru ditemukan di kawasan belukar di bawah jambatan Jalan Persiaran Putra, Putra Heights, Subang Jaya, semalam.

Lari daripada polis, tiga parah kereta terbabas
Kenderaan suspek terbabas ketika melalui susur keluar Putra Heights.

Crest Builder raih kontrak pembinaan bernilai RM250.5 juta
Kontrak berasaskan 'reka dan bina' itu membabitkan pembinaan tiga blok kondominium beserta tempat letak kenderaan di Putra Heights.

PM turun lawat mangsa banjir
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa untuk melawat beberapa mangsa yang terkesan akibat kejadian banjir.

Tiga lelaki ditahan disyaki seludup lebih 52,000 tin arak bernilai RM1.3 juta
Ketiga-tiga suspek ditahan di sebuah rumah ibadat dalam operasi kontraban (op kontraban) oleh sepasukan polis dari Cawangan Risik Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA).

Hanya RM10 ke KLIA, klia2 dari Putra Heights
Serendah RM10, orang ramai kini boleh menggunakan pengangkutan awam ke KLIA dan klia2 melalui stesen LRT Putra Heights.

Kes kekecohan kuil kini dikendali Jabatan Peguam Negara
Fail berkaitan isu kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights akan dikendalikan di bawah selian Ketua Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara di Putrajaya.