SHAH ALAM: Seorang penjual pisang goreng yang dipercayai melarikan kanak-kanak perempuan warga tempatan pada 19 Julai lepas akan dituduh di Mahkamah Majistret Sungai Besar, Sabak Bernam pada 9 pagi esok.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya telah mendapat arahan bagi menuduh lelaki 32 tahun itu dengan dua kesalahan di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melarikan kanak-kanak daripada jagaan yang sah.
"Jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, Hussein mengesahkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor telah menerima satu aduan berhubung kehilangan seorang kanak-kanak perempuan lapan tahun di Taman Ikan Emas di Jeram, Kuala Selangor pada 6.30 petang, 19 Julai.
"Susulan itu, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 369 Kanun Keseksaan/Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.
Bagaimanapun, Hussein berkata kanak-kanak lapan tahun itu bersama seorang lagi kanak-kanak lain telah dihantar semula oleh suspek di Taman Kelisa, Jeram pada hari yang sama.
"Hasil siasatan, mangsa telah dibawa oleh seorang suspek dipercayai warga tempatan menaiki sebuah kereta jenis Perodua Bezza hitam dengan nombor pendaftaran yang tidak dipastikan," katanya.
Hussein memaklumkan bertindak atas maklumat pada 2.40 pagi, 21 Julai lepas, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuala Selangor telah mengesan dan menangkap suspek lelaki warga tempatan di Jalan Pawang Jalil di Jeram.
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki disyaki melarikan dua kanak-kanak perempuan berusia enam dan lapan tahun dengan menaiki Perodua Bezza di Kuala Selangor, dicekup polis di sebuah rumah di Jeram pada 2.40 pagi, 21 Julai.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 24 2024

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya telah mendapat arahan bagi menuduh suspek dengan dua kesalahan di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan. - Gambar fail/Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Larikan kanak-kanak perempuan di Jeram, penjual pisang goreng didakwa esok
Seorang penjual pisang goreng yang dipercayai melarikan kanak-kanak perempuan warga tempatan pada 19 Julai lepas akan dituduh di Mahkamah Majistret Sungai Besar, Sabak Bernam pada 9 pagi esok.

Dua lelaki Myanmar ditahan larikan budak perempuan 10 tahun
Dua lelaki warga Myanmar ditahan selepas didakwa melarikan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun pada Rabu.

Lelaki larikan kanak-kanak perempuan di depan rumah berjaya diberkas
Seorang lelaki yang melarikan seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di hadapan rumah di kawasan Taman Teratai, pada Selasa berjaya ditahan polis, semalam.