KUALA KRAI: Keadaan air keruh di Lata Y adalah berpunca daripada keadaan iklim semasa iaitu hujan lebat yang kerap terjadi pada waktu petang sekali gus telah menghakis tebing sungai, menurut Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) Abdul Khalim Abu Samah.
Abdul Khalim berkata hasil semakan dan siasatan JPNK keadaan air di Lata Y menjadi keruh secara amnya disebabkan berlakunya hujan lebat di bahagian atas kawasan berkenaan yang telah menghakis tebing sungai di bahagian atas kawasan itu di samping terdapat juga aktiviti perhutanan.
"Hasil semakan jabatan mendapati terdapat dua lesen aktif berhampiran Lata Y iaitu kelulusan projek pembangunan ladang hutan yang dianggarkan lebih kurang 1 kilometer (km) dan 1.2 km, malah semakan juga mendapati bahawa kedua-dua kawasan lesen ini telah mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA) daripada Jabatan Alam Sekitar," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau mengulas mengenai keadaan air keruh di Lata Y yang tular selepas dimuat naik di laman Facebook 'Kuala Krai Kini' pada 1 Jun lalu, menyatakan Air Terjun Lata Y Kuala Krai telah rosak akibat pembalakan di Hutan Simpan Sungai Rek, Kuala Krai Kelantan dan mendatangkan kemarahan ramai memandangkan kejernihan air di Lata Y yang kebiru-biruan telah bertukar menjadi seakan-akan 'teh beng' (teh ais).
Beliau berkata setelah semakan dilakukan pada Khamis lalu (3 Jun) pihaknya turut mendapati keadaan air di kawasan Lata Y telah semakin pulih daripada kekeruhan yang ditularkan sebelum ini dan pihak pelesen mematuhi syarat-syarat EIA.
"Semakan di kawasan lesen Syarikat Alyaras Resources Sdn Bhd mendapati pihak pelesen tidak melakukan sebarang tebangan pokok berhampiran kawasan zon penimbal (buffer zone) sungai seluas 50 meter malah mereka turut menambah seluas 10 meter lagi bagi menjaga kawasan buffer zone dengan tidak melakukan sebarang tebangan di kawasan tersebut," katanya.
Bagaimanapun, Abdul Khalim berkata JPNK telah mengambil tindakan berikutan perkara ini dengan mengarahkan pihak pelesen supaya memberhentikan kerja-kerja pengusahasilan bagi lesen-lesen aktif tersebut.
Katanya pelesen telah diarahkan supaya menanam pokok kekacang penutup bumi di bahagian tebing jalan yang terhakis bagi mengelakkan keadaan hakisan menjadi lebih teruk di masa akan datang.
"Jabatan juga telah mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri bagi mengkaji semula untuk mewartakan kawasan itu sebagai kawasan tadahan air.
"JPNK juga bercadang mewartakan mana-mana kawasan sensitif di kawasan Hutan Simpanan Kekal Sungai Rek iaitu lokasi yang mudah tercemar disebabkan aktiviti perhutanan dijadikan sebagai kawasan tadahan air selain kawasan yang dijangka melibatkan kerosakan atau pencemaran diwarta sebagai Hutan Perlindungan atau sebagai Hutan Tadahan air," katanya.
Sementara itu, tinjauan Bernama di lokasi berkenaan mendapati keadaan air di Lata Y telah menjadi semakin jernih berbanding keadaan awal seperti gambar yang ditularkan di media sosial.
Penghulu Mukim Mengkebang, Abdullah Mustafa, 47, ketika ditemui berkata selain hujan lebat di lokasi berkenaan beliau turut mengakui kejadian air keruh di Lata Y itu juga sedikit sebanyak disebabkan aktiviti perhutanan.
"Apabila hujan, air dari tebing sungai di sekitar lokasi aktiviti perhutanan yang dijalankan ituakan turun ke bawah sekali gus menyebabkan air Lata Y itu menjadi keruh. Namun, pada kebiasaannya ia akan kembali pulih seperti sedia kala selepas cuaca baik.
"Saya berharap keindahan Lata Y ini dapat terus dijaga dengan baik oleh semua pihak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 05 2021

Tinjauan mendapati keadaan air di Lata Y telah menjadi semakin jernih. - Foto BERNAMA
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

LRA Bukit Pinang, LRA Pelubang berisiko hadapi gangguan operasi - SADA
SADA memaklumkan kekeruhan itu disebabkan oleh hujan lebat berterusan.

Banjir Baling: Dua LRA dihenti tugas akibat air keruh
Ia melibatkan Loji Rawatan Air (LRA) Kulim Hi Tech dan Loji Rawatan Air (LRA) Pinang Tunggal.

Kerja penebangan pokok getah punca air keruh - JPNK
Kerja-kerja penebangan dilakukan terhadap pokok-pokok getah tua di mana pihak FELCRA akan menjalankan projek tanaman semula.

Air penduduk keruh, didakwa berpunca daripada aktiviti pembalakan
Masalah air keruh atau kemerahan setiap kali musim hujan lebat bukan satu perkara baharu buat penduduk di Kampung Baru, Mukim Tualak.

Tiada pembalakan di kawasan Taman Eco Rimba Puncak Janing - Jabatan Perhutanan
Kekeruhan sumber air itu adalah disebabkan oleh aktiviti penyelenggaraan dan pembersihan jalan balak lama yang sedang dilaksanakan.

Lata Y keruh disebabkan hujan lebat - Pengarah JPNK
Keadaan air keruh di Lata Y adalah berpunca daripada keadaan iklim semasa iaitu hujan lebat yang kerap terjadi pada waktu petang.

ADUN lapor polis nafi terlibat aktiviti pembalakan
Ia susulan dakwaan kononnya beliau meluluskan projek pembalakan di kawasan Batu Kurau hingga menjejaskan sumber air penduduk di kawasan tersebut.

Air keruh: Projek EKVE masih dalam arahan berhenti kerja
Pengarah Jabatan Alam Sekitar Selangor berkata arahan itu susulan pelanggaran syarat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA).

Air kotor dan berselut, pembalakan di Gunung Inas didakwa punca
Dakwa penduduk, sebelum ini air keruh apabila hari hujan sahaja. Tetapi kini warna air keruh ini satu fenomena biasa biarpun ketika cuaca baik.