MADINAH: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan bahawa lawatan kerjanya ke Arab Saudi yang bermula Jumaat lepas, ditaja sepenuhnya Liga Dunia Islam (MWL).
Zulkifli turut menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau menyalahguna dana kerajaan ketika melakukan lawatan itu.
Beliau berkata demikian menerusi hantaran di Facebooknya, selepas tular video di laman media sosial berhubung delegasinya menaiki pesawat khas ketika lawatan itu.
"Saya menaiki penerbangan SAUDIA Airlines dari Kuala Lumpur ke Riyadh, sama seperti penumpang lain...penerbangan daripada Riyadh ke Madinah seperti dalam video itu diuruskan sepenuhnya oleh MWL," katanya.
Mengulas lanjut, Zulkifli berkata beliau dijemput untuk ke Madinah dengan menaiki pesawat khas sejurus selepas Gabenor Madinah Putera Faisal bin Salman bin Abdulaziz Al Saud mengetahui bahawa beliau seorang Menteri berkelulusan Universiti Islam Madinah.
"Ini berikutan jemputan Diraja oleh Gabenor Madinah, Yang Mulia Putera Faisal bin Salman bin Abdulaziz Al Saud kepada saya untuk bertemu baginda di Madinah," katanya.
"Baginda amat sukacita apabila mendapat tahu ada seorang Menteri daripada Malaysia, berkelulusan Universiti Islam Madinah, telah datang ke Arab Saudi atas urusan negara. Atas sebab itulah jemputan diraja dizahirkan berserta dengan pesawat berkenaan... begitulah sebagaimana yang saya dimaklumkan," katanya.
Dalam pada itu Zulkifli berpandangan bahawa tajaan lawatan itu merupakan tanda penghormatan kerajaan Arab Saudi dan pihak MWL kepada kerajaan Malaysia.
MWL yang ditubuhkan pada 1962 merupakan sebuah badan bukan kerajaan Islam yang berpangkalan di Makkah, dibiayai sepenuhnya kerajaan Arab Saudi.
Lawatan yang bermula Jumaat lepas hingga 18 April ini bertujuan memperkukuh kerjasama dalam hal ehwal Islam serta ibadah haji dan umrah sebagaimana yang dimeterai dalam memorandum persefahaman (MoU) hasil kunjungan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Mac lepas. - BERNAMA
Bernama
Tue Apr 13 2021

Zulkifli berpandangan bahawa tajaan lawatan itu merupakan tanda penghormatan kerajaan Arab Saudi dan pihak Liga Dunia Islam (MWL) kepada kerajaan Malaysia. - Gambar Twitter
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dr Zulkifli nasihat pasangan bercerai elak buka aib, jangan cederakan emosi anak
Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri menasihatkan agar pasangan suami isteri mengelak daripada mengungkit keaiban atau kekurangan masing-masing terutamanya selepas berlaku perpisahan.

Zulkifli Al-Bakri umum peletakan jawatan sebagai Pengerusi The Noor
Katanya, keputusan dibuat selepas pertimbangan mendalam dan mengambil kira pelbagai faktor relevan terhadap tanggungjawab dan masa hadapannya.

Al-Inarah himpun 7,000 artikel soal jawab hukum Islam dalam tempoh 3 tahun
Aplikasi Al-Inarah mempunyai sebanyak 7,000 artikel yang dimuat naik dan boleh diakses secara percuma.

Kes simbah asid: Tindakan melampau, tidak beradab jangan dibiarkan berulang
Tindakan melampau dan tidak beradab pihak yang terlibat menyimbah asid ke pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim sepatutnya jangan dibiarkan berulang lagi.

Viral resipi kurma campur mentega untuk berbuka puasa, ini penjelasan Zulkifli Al-Bakri tentang khasiatnya
Bila sebut sahaja tentang Ramadan, buah kurma semestinya sesuatu makanan yang sinonim dan paling banyak disajikan ketika sahur mahupun berbuka puasa.

Rolex kesayangan Dr Zul berpindah tangan, lelaki dari Pasir Gudang jadi pemilik baharu
Lelaki itu membida jam tangan mewah berkenaan pada harga RM135,000 tujuh minit sebelum tempoh bidaan ditutup.

Bidaan jam Rolex Zulkifli ditutup pada harga RM135,000
Harga permulaan bidaan jam tangan mewah pemberian Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud itu adalah sebanyak RM40,000.

Bidaan jam Rolex Zulkifli cecah RM130,000
Menerusi ruangan komen di Instagram, nilai bidaan tertinggi itu adalah jumlah yang dicatatkan setakat jam 9.31 malam Isnin.

Nikah tetap sah walaupun pengantin lelaki sebut 'Aku terima' atau 'Aku reda' - Zulkifli
Perbahasan mengenai perkara itu dihuraikan panjang lebar menerusi artikel terbaharu Zulkifli menerusi laman web Maktabah Albakri.

Tahi cicak tak batalkan wuduk - Dr Zulkifli
Wuduk seseorang yang terkena najis masih sah dan tidak terbatal serta dia tidak perlu mengulanginya.