SANDAKAN: Sekurang-kurangnya 100 ekor babi liar di hutan simpan Sabah, ditemukan mati sehingga hari ini disyaki akibat Demam Babi Afrika (ASF), kata Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah Augustine Tuuga.
Katanya, sejak penemuan 14 bangkai haiwan itu di Kinabatangan antara Disember dan Januari lepas, hampir setiap hari pihaknya menemukan sekurang-kurangnya satu bangkai babi liar daripada spesies Babi Berjanggut Borneo itu.
"Pada awal siasatan, pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Sabah tidak menemukan tanda virus ASF pada bangkai babi liar yang ditemukan (di Kinabatangan).
"Kini, telah disahkan haiwan tersebut mati akibat ASF susulan penemuan virus itu pada bangkai babi domestik di Pitas, (yang diisytihar kawasan penularan ASF pada 23 Feb lepas) dan virus itu telahpun merebak ke kawasan lain di Sabah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Tuuga berkata punca penularan virus itu terhadap haiwan berkenaan masih dalam siasatan.
Menurutnya, meskipun ASF tidak menjangkiti manusia, namun impak penularan virus itu berupaya memberi kesan buruk kepada ekonomi Sabah, termasuk usaha kerajaan negeri memelihara hutan dan hidupan liar di negeri ini.
Beliau berkata, Jabatan Hidupan Liar Sabah telah membekukan pengeluaran permit memburu sementara waktu sejak setahun lalu, sehingga diberitahu kelak.
Susulan penularan ASF di negeri ini, Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah memberitahu, kerajaan negeri mengisytihar daerah yang terkesan sebagai kawasan penularan ASF mengikut Enakmen Haiwan 2015.
Daerah berkenaan ialah Pitas dan Kota Marudu, membabitkan babi domestik, serta Lahad Datu, Kinabatangan, Beluran, Telupid dan Sandakan, membabitkan babi liar.
Pengisytiharan itu akan membolehkan DVS menjalankan langkah kawalan penularan virus itu melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, termasuk melupuskan babi sama ada domestik mahupun liar.
Bagaimanapun, ladang ternakan babi secara komersil di Tawau, Sandakan, Tenom, Papar, Tuaran dan Penampang, masih bebas daripada virus ASF itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 17 2021

Sebanyak 14 bangkai Babi Berjanggut Borneo ditemui mati di Kinabatangan antara Disember dan Januari lepas. - Gambar/ twitter@NatureIn_Focus

Senarai hitam peniaga sewa, jual tapak bazar Ramadan pada warga asing - Exco
Kerajaan Perak akan bertindak tegas termasuk membatalkan lesen dan menyenaraihitamkan mana-mana peniaga tempatan yang didapati menyewa atau menjual tapak jualan bazar Ramadan kepada warga asing.

Pangkalan data pemantauan salah laku polis AS ditutup atas perintah Trump
Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.

Reformasi pendidikan fokus utama KPM tahun ini - Azman
Lapan keutamaan termasuk isu keciciran murid, peningkatan profesionalisme guru, pengukuhan kepimpinan pendidikan MADANI, dan penguasaan literasi serta numerasi murid.

Mahkamah Rayuan tetapkan 19 Mei untuk dengar rayuan Siti Bainun
Mahkamah Rayuan menetapkan 19 Mei ini untuk mendengar rayuan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang dijatuhi hukuman penjara 12 tahun.
Dua wanita Singapura ditahan padam rakaman CCTV
Dua wanita didakwa di mahkamah Singapura pada Jumaat kerana memadamkan klip video dan memformat semula sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan rakaman seorang lelaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah pra sekolah.

Proses pemetaan sempadan Selangor, Kuala Lumpur selesai
Kerja-kerja pengukuran dan pemetaan sempadan bagi Selangor dan Kuala Lumpur telah selesai dilaksanakan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pada 31 Okt tahun lepas.

Dua lelaki didakwa tipu urusan penjualan jam tangan mewah lebih RM2 juta
Kedua-dua lelaki tempatan itu turut didakwa menipu seorang wanita membabitkan urusan pembelian 41 utas jam tangan berjenama Rolex.

Gabenor Bank of Greece beri amaran tarif AS boleh lambatkan pertumbuhan zon euro
Amaran itu dibuat susulan laporan bahasa Presiden AS Donald Trump mencadangkan tarif timbal balik ke atas rakan dagang utama, termasuk EU.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam.
[TERKINI] KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid.

'Babi makan babi' antara punca penyebaran ASF di Sarawak
Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom menggesa amalan pemberian makanan menggunakan sisa dapur dihentikan kerana produk makanan yang tercemar (termasuk daging babi) jadi punca jangkitan ASF.

DVS hapus 16,000 babi dijangkiti Demam Babi Afrika di Melaka
Virus ASF mula dikesan di Paya Mengkuang pada akhir bulan lepas.

MCMC gesa Seniman tampil buat laporan berhubung filem 'Babi'
MCMC berkata proses penelitian terhadap kandungan boleh dibuat berdasarkan kepada peruntukan-peruntukan di bawah Akta AKM 1998.

Terbongkar! Virus ini punca lebih 1,000 babi mati secara misteri di Bali
Pihak berkuasa Bali mengesahkan pulau tersebut terjejas akibat demam babi Afrika (ASF) susulan kematian kira-kira 1,000 ekor haiwan tersebut, sejak beberapa bulan lalu.

Polis tahan lelaki lempar bungkusan berisi daging babi ke perkarangan masjid
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian melempar bungkusan dipercayai mengandungi daging babi ke dalam perkarangan Masjid Telaga Air, di sini awal hari ini.

Tiada laporan ternak babi secara haram di N. Sembilan - Pengarah Veterinar
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan tidak ada menerima laporan mengenai kegiatan penternakan babi secara haram di Negeri Sembilan.

Hanya blogger jamah Cadbury, pegawai JAKIM enggan
Pengguna harus mempercayai sepenuhnya keputusan status halal yang dikeluarkan JAKIM selaku pihak yang bertanggungjawab mengeluarkannya.

Pengguna Islam makan coklat Cadbury esok
Lebih kurang 100 pengguna Islam termasuk blogger akan makan coklat Cadbury pada petang Ahad untuk mempertahankan bahawa produk jenama itu sah halal.

Apa yang anda perlu tahu tentang pensijilan halal Jakim?
Apa yang anda perlu tahu tentang pensijilan halal Jakim menurut sumber dari www.halal.gov.my

Bila ustaz hendak makan coklat Cadbury?
Apakah caranya untuk mengembalikan keyakinan umat Islam kepada logo halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia?