KOTA BHARU: Sebanyak 137 kes penebangan hutan secara haram di Kelantan dikenal pasti dari 2020 hingga 2023, kata Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Beliau berkata daripada jumlah itu, 98 sudah selesai didakwa di mahkamah manakala 39 kes lagi masih dalam proses siasatan lanjut atau penyelesaian.
Menurutnya, trend kesalahan melibatkan kes ini juga dilihat semakin menurun setelah penguatkuasaan dipertingkatkan secara berterusan setiap tahun dengan 47 kes pada 2020, 35 kes (2021), 33 kes (2022) dan 22 kes (2023).
"Sepanjang tempoh sama, kompaun sebanyak RM1.38 juta dikutip dan denda berjumlah RM101,000 dikenakan," katanya ketika menjawab soalan dikemukakan Nik Bahrum Nik Abdullah (PAS-Chempaka) berhubung jumlah kes pencerobohan tanah yang dikesan Jabatan Perhutanan dari 2020 hingga 2023.
Sementara itu, menjawab soalan Datuk Shaari Mat Hussain (PAS-Paloh) mengenai jumlah hak milik tanah yang dikeluarkan kepada pemohon di jajahan Gua Musang dari 2023 sehingga kini, Mohd Nassuruddin berkata sebanyak 1,905 hak milik tanah telah dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang.
"Antara langkah yang diambil bagi menyelesaikan masalah tunggakan pemberian milik tanah ialah membuat penyelesaian dan memproses geran secara berkelompok dari 2019 hingga 2024 melibatkan 5,328 hak milik tanah didaftarkan dan dikeluarkan hak milik.
"Selain itu, kita turut melaksanakan pemutihan semula fail permohonan yang lama bagi mengesan status dan alamat terkini pemohon pentadbiran dengan membuat semakan di pejabat Pendaftaran Negara, sehingga kini 878 fail permohonan telah dibuat proses pemutihan semula," katanya.
Mohd Nassuruddin berkata pihaknya juga turut mengemas kini dan membuat semakan semula pengeluaran Notis 5A (Notis Bahawa Hasil Tanah Harus Dibayar) kepada permohonan yang telah mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 05 2024

Mohd Nassuruddin berkata daripada jumlah itu, 98 sudah selesai didakwa di mahkamah manakala 39 kes lagi masih dalam proses siasatan lanjut atau penyelesaian. - Gambar fail/Bernama

Israel tidak mahu gencatan senjata, takut hilang kelebihan dalam rundingan dengan Hamas - Penganalisis
Israel dilihat tidak mempunyai sebarang hasrat untuk memastikan keamanan yang kekal di Palestin.
Agenda AWANI: Kumpulan MBI Selangor | Pemacu pertumbuhan ekonomi & kemakmuran negeri
Sejauh mana potensi dan strategi Kumpulan MBI Selangor memacu perkembangan ekonomi, pembangunan kapasiti dan tadbir urus lestari? Bagaimana adaptasi inovasi dan teknologi mencipta peluang dan manfaat kepada rakyat Selangor? Diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI 9.00 malam ini.
Pope Francis kini stabil dan bebas demam
Menurut kemas kini oleh Vatican pada Isnin, Pope Francis kini tidak lagi memerlukan alat bantuan pernafasan dan sudah bebas daripada demam
Hanya sebab tutup suis televisyen suspek mengamuk bunuh ibu
Lelaki OKU mental berkemungkinan mengamuk selepas ibunya yang berusia 68 tahun dikatakan menutup suis televisyen dan memintanya makan ubat penenang.
JPM lokasi pertama Program Ihya’ Ramadan dihadiri PM
Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira sejam mengikuti tazkirah yang disampaikan mufti wilayah persekutuan prof madya dr luqman abdullah bertajuk puasa dan hikmah madani: keseimbangan material dan spiritual, bersama kira-kira 400 warga JPM.

MITI sedang siasat dakwaan cip AI Nvidia dipindahkan ke Malaysia dari Singapura
Pelayan yang dikaitkan dengan kes penipuan di Singapura yang mungkin mengandungi cip AI Nvidia, disyaki dipindahkan ke Malaysia.

Kerajaan komited kurangkan defisit fiskal 3.8 peratus tahun ini - Amir Hamzah
Ia sejajar dengan komitmen utama kerajaan MADANI untuk mengurangkan kadar defisit secara berperingkat dan konsisten.
Agenda AWANI: Dihimpit sekatan, ini Ramadan di Gaza
Rundingan bagi fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel menemui jalan buntu dengan terbaharu sekatan terhadap bantuan kemanusiaan menambahkan lagi cabaran buat usaha membina semula Gaza apatah lagi umat Islam ketika ini menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan? Diskusi 8.30 malam
Lindung kilang haram, SPRM beku 61 akaun bank
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan 61 akaun bank yang dikaitkan dengan operasi sisa elektronik haram dalam Op Hazard, baru-baru ini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, berkata pembekuan itu membabitkan kira-kira RM15 juta.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, berkata pembekuan itu membabitkan kira-kira RM15 juta.
Wang tunai RM170 juta, jongkong emas ditemui dalam peti besi
Wang tunai berjumlah RM170 juta dengan pelbagai mata wang asing dan 16 kilogram jongkong emas bernilai kira-kira RM7 juta ditemui di sebuah kondominium yang dijadikan 'safe house' oleh pembantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata, kesemua barang rampasan itu ditemui dalam tiga peti besi di kediaman yang disewa.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata, kesemua barang rampasan itu ditemui dalam tiga peti besi di kediaman yang disewa.

Lebih 100 kes penebangan hutan secara haram direkodkan di Kelantan - MB
Sebanyak 137 kes penebangan hutan secara haram di Kelantan dikenal pasti dari 2020 hingga 2023, kata Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

KPDN Sabah terima 67 serahan kes dengan nilai rampasan lebih RM2 juta
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah menerima 67 serahan kes daripada agensi penguat kuasa lain dengan nilai rampasan RM2.01 juta sejak Januari lalu hingga hari ini.

Pembunuhan Zayn Rayyan: Operasi sedut air sungai ditangguh sebab hujan
Operasi menyedut keluar air di anak sungai berdekatan lokasi penemuan mayat kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin terpaksa ditangguhkan hari ini susulan hujan lebat di lokasi kejadian.

Isu 3R: Polis sahkan siasat Guan Eng
PDRM mengesahkan telah menerima beberapa laporan polis dan sedang menjalankan siasatan terhadap Pengerusi DAP Lim Guan Eng, berhubung kenyataan yang dipercayai menyentuh isu 3R.

HTJ tubuh jawatankuasa siasatan dakwaan arah pesakit tidak stabil discaj
Datuk Dr Zaleha Md Noor berkata jawatankuasa itu terdiri daripada pakar dan pegawai perubatan yang akan meneliti dakwaan berkenaan.

Prosiding Jong Nam: Prosiding ditangguh, saksi lupa bawa diari
Prosiding perbicaraan kes pembunuhan warga Korea Utara, Kim Jong Nam terpaksa ditangguh ke sesi petang selepas saksi tidak membawa diari yang mengandungi butiran penting dalam siasatan kes tersebut.