SANDAKAN: Lebih 17 juta pokok pelbagai spesis telah ditanam di seluruh Sabah setakat ini menerusi Kempen Penghijauan Malaysia yang menyasarkan penanaman 100 juta pokok di seluruh negara dalam tempoh lima tahun sejak pelancaran kempen itu pada 2021.
Ketua Konservator Hutan Sabah, Datuk Frederick Kugan berkata, sebagai menyahut kempen itu, Jabatan Perhutanan Sabah menyasarkan 40 juta pokok ditanam di negeri itu, dengan lapan juta pokok disasarkan ditanam dalam setahun.
Beliau berkata, di Sabah sebanyak 5.25 juta pokok ditanam pada 2021, diikuti 5.53 juta pokok (2022) dan 5.13 juta pokok (2023) manakala setakat 24 Jun tahun ini sebanyak 1.2 juta pokok telah ditanam.
"Kita mencapai 60 peratus penanaman pokok daripada sasaran dalam setahun. Ketika ini Sabah menjadi negeri kedua tertinggi menanam pokok dengan Sarawak teratas. Difahamkan juga kempen ini mendapat sambutan dengan lebih 80 juta pokok telah ditanam di seluruh negara.
"Kempen penanaman ini mendapat sambutan memberangsangkan daripada pelbagai pihak termasuk sektor awam, swasta, badan bukan kerajaan, sekolah dan orang awam," katanya kepada Bernama.
Menurutnya, antara spesis pokok ditanam ialah Dipterocarp, Merbau, Belian, Seraya, Gaharu, Selangan Batu, Gagil, Jelutong, Eucalyptus, Ketapang, Bayur, Pulai, Medang, Ramin, Laran, Durian, Terap dan Bambangan.
Frederick berkata, sambutan positif terhadap kempen ini menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai komitmen untuk memastikan litupan hutan sentiasa berada sekurang-kurangnya 50 peratus daripada kawasan hutan.
"Meskipun litupan hutan Sabah melebihi 50 peratus tetapi usaha penanaman pokok itu akan diteruskan dari semasa ke semasa kerana kesan positif kepada ekosistem serta biodiversiti negara.
"Dalam hutan simpan sendiri juga (Sabah) kita punya kawasan hutan yang terosot akibat bencana, kebakaran dan penanaman semula pokok dapat mengembalikan semula fungsinya sebagai platform ekosistem alam semula jadi negeri ini. Jadi segala usaha penanaman pokok ini membantu mengurangkan kesan perubahan iklim," katanya.
Beliau berkata, Jabatan Perhutanan Sabah menerima peruntukan RM4.6 juta sejak 2021 daripada kerajaan Persekutuan dan bantuan itu digunakan bagi tujuan kempen serta penanaman pokok bersama masyarakat setempat.
Di samping itu, Frederick berkata, Jabatan Perhutanan Sabah giat melakukan kolaborasi serta mengaktifkan aktiviti menanam pokok bagi mencapai sasaran 40 juta pokok pada 2025.
"Kita juga akan melipatgandakan program kesedaran awam mengenai aktiviti penanaman pokok. Kita ada program bersama pihak sekolah serta agensi berkaitan dan aktiviti menanam ini bukan setakat tanam secara suka-suka kerana selepas ditanam itu perlu dipastikan pokok itu kekal untuk manfaat bersama.
"Jabatan Perhutanan juga akan berkolaborasi dengan pihak lesen jangka panjang yang mempunyai kawasan di konsesi masing-masing, untuk digunakan bagi menanam pokok," katanya.
Selain itu, Frederick turut menggalakkan penduduk Sabah untuk menanam pokok dan merekodkan aktiviti itu melalui daftar masuk aplikasi mudah alih Penghijauan Malaysia atau laman web www.100jutapokok.gov.my yang dibangunkan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.
Menurutnya, aplikasi mudah alih itu boleh dimuat naik melalui platform GooglePlay, AppStore dan AppGallery. - BERNAMA
Bernama
Sat Jun 29 2024

Frederick (dua dari kiri) berkata, di Sabah sebanyak 5.25 juta pokok ditanam pada 2021, diikuti 5.53 juta pokok (2022) dan 5.13 juta pokok (2023) manakala setakat 24 Jun tahun ini sebanyak 1.2 juta pokok telah ditanam. - Gambar fail Bernama

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Lebih RM260 juta untuk projek tebatan banjir Sibu - TPM Fadillah
Sebanyak RM268 juta telah dibelanjakan oleh kerajaan Persekutuan di bawah Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sibu.

Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.

Kerjasama bersepadu Persekutuan, Negeri selesai isu prasarana sekolah daif Sabah
Kerajaan Sabah akan terus menjalin kerjasama erat dengan kerajaan Persekutuan dalam usaha memberi suasana dan nafas baharu kepada prasarana sekolah di negeri itu.

Melaka mohon kelulusan pengisian penjawat awam
Kerajaan negeri berharap kerajaan Persekutuan mempertimbangkan agar pengisian perjawatan tetap sehingga mencapai siling yang ditetapkan iaitu 92 peratus diluluskan.

Ahli Parlimen Labuan akan bangkitkan isu bebas cukai
Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman akan membangkitkan isu status bebas cukai pulau itu yang semakin terhakis kepada kerajaan Persekutuan.

Kelantan bincang dengan kerajaan Persekutuan atasi banjir termenung - MB
Kerajaan Negeri Kelantan akan mengadakan perbincangan lanjut dengan kerajaan Persekutuan bagi mengatasi masalah banjir termenung.

Tuntutan China dalam peta tidak jejaskan Sarawak - Abang Jo
Tuntutan China di Laut China Selatan seperti digariskan dalam 'Peta Standard China Edisi 2023', tidak mempunyai kesan terhadap Sarawak.

Kerjasama kerajaan Persekutuan, Johor penting untuk beri dampak menyeluruh - PM
PM dan MB Johor bincang pelbagai perkara berhubung kait tatakelola dan peruntukan bagi pembangunan dan ekonomi Negeri Johor.

Segerakan pelaksanaan baki pakej Lebuhraya Pan Borneo - Hajiji
Kerajaan Sabah menggesa kerajaan Persekutuan mempercepatkan pelaksanaan baki pakej projek Lebuhraya Pan Borneo di negeri itu.

Johor zahir terima kasih kepada kerajaan Persekutuan luluskan peruntukan banjir
Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan segera sebanyak RM10 juta.