BESUT: Enam ekor lembu dan seekor kambing dibawa menaiki bot kargo selama lebih dua jam untuk dihantar ke Kampung Pulau Perhentian, di sini bagi menyempurnakan ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha yang akan diraikan pada Isnin.
Pemilik bot, Mohd Ahazar Abd Rashid, 43, berkata, haiwan berkenaan akan melalui perjalanan sejauh kira-kira 34 kilometer dari jeti di Kampung Air Tawar, Kuala Besut.
Menurutnya, penghantaran lembu korban ke pulau itu adalah pertama kali dilakukan sejak menjalankan perniagaan bot kargo bermula tahun lalu dan proses itu perlu dilakukan dengan terperinci bagi mengelak berlaku risiko sepanjang perjalanan.
"Tempoh perjalanan dengan membawa lembu korban ini dari Kuala Besut ke Pulau Perhentian dijangka mengambil masa lebih dua jam berbanding tempoh kebiasaan satu jam setengah.
"Kita perlu lebih berhati-hati bagi memastikan lembu dalam keadaan baik untuk melancarkan perjalanan dan selamat tiba di pulau berkenaan mengikut waktu ditetapkan," katanya ketika ketika ditemui pemberita di Kampung Air Tawar di sini pada Sabtu.
Mohd Ahazar berkata, sebelum ini dia hanya menyediakan perkhidmatan mengangkut barang serta peralatan membuat bangunan seperti pasir, besi dan barangan berkaitan ke pulau tersebut.
"Ini kali pertama saya menghantar haiwan yang masih hidup ke pulau itu. Sebenarnya untuk bawa muatan lembu menggunakan bot agak berisiko kerana kita risau berlaku perkara tidak diingini.
"Selain itu, keadaan cuaca juga boleh menjejaskan bot sepanjang perjalanan," katanya.
Sementara itu, pengurus ibadah korban, Mohd Kamal Ismail, 50, berkata, terdapat peningkatan permintaan untuk ibadah korban di pulau berkenaan pada tahun ini, namun hanya perlu dihadkan kepada enam ekor lembu akibat kekangan kos pengangkutan.
"Permintaan terhadap haiwan korban di Pulau Perhentian semakin meningkat setiap tahun disebabkan tahap kesedaran dalam kalangan penduduk di sana juga semakin meluas mengenai kepentingan ibadah korban.
"Jadi sebanyak enam ekor lembu dan seekor kambing dari daratan akan dibawa ke Masjid Ar-Rahman di sana untuk kita lakukan ibadah korban," katanya.
Mohd Kamal memberitahu, sebelum ini pihak masjid di Pulau Perhentian ada meminta beliau untuk menguruskan proses mencari lembu bagi ibadah korban pada tahun ini.
Katanya, proses pembelian lembu dijalankan secara berperingkat sejak dua bulan lalu.
"Lembu-lembu ini kita peroleh daripada pembekal sekitar Tumpat, Rantau Panjang, Pasir Mas, Peringat serta Wakaf Bharu di Kelantan.
"Lembu-lembu ini dibeli bersama 14 ekor lagi lembu lain pada harga antara RM4,500 hingga RM6,000," katanya yang telah empat tahun berpengalaman mengendalikan urusan pembelian haiwan korban. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jun 16 2024

Haiwan berkenaan akan melalui perjalanan sejauh kira-kira 34 kilometer dari jeti di Kampung Air Tawar, Kuala Besut. -Foto Sinar Harian

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Lelaki langgar isteri, anak berang raya seorang diri
Siasatan polis mendapati EY berada di bawah pengaruh alkohol ketika bertindak di luar kawalan seperti itu.

JPJ Selangor keluar 14,417 notis dalam Op HRAA 2024
Operasi bertujuan memastikan penguatkuasaan dilaksana dengan impak tinggi bagi meminimumkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya.

Pengusaha durian perlu mula tanam dalam skala besar untuk pasaran China - Mohamad
Semua pengusaha durian tempatan khususnya golongan bumiputera perlu memulakan penanaman buah berkenaan dalam skala besar bagi membolehkan dipasarkan ke China antara lima hingga enam tahun lagi.

Israel lancar serangan intensif ke atas Gaza, hari ketiga Aidiladha
Israel melancarkan serangan besar-besaran di kebanyakan tempat di Gaza pada hari ketiga Aidiladha, menyebabkan ramai penduduk Palestin terbunuh dan cedera.

Lelaki maut rempuh lembu terlepas di lebuh raya
Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandu melanggar seekor lembu dipercayai terlepas dari sebuah lori di Kilometer 24.9 Lebuhraya Utara-Selatan.

Bursa Malaysia dibuka meningkat dipacu aktiviti buru saham harga rendah
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.26 mata kepada 1,611.58 berbanding 1,607.32 pada akhir dagangan Jumaat lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama malam ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan menuju ke Lembah Klang susulan pergerakan pulang orang ramai selepas sambutan Aidiladha.

Malaysia, Pakistan sepakat terus zahir solidariti kepada penduduk Gaza - PM
Malaysia dan Pakistan sepakat untuk terus menyatakan solidariti kepada penduduk Gaza yang terkesan dengan tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis Israel.

Lembu dari kawasan surau berhampiran terlepas masuk LDP
Berlaku satu kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi ekoran kejadian lembu yang terlepas itu.