TAIPING: Lebih 30 kawasan di sekitar Kamunting di sini, akan mengalami gangguan bekalan air pada Ahad kerana kerja-kerja penyelenggaraan di Loji Rawatan Air (LRA) Gunung Semanggol, Kerian.
Menurut notis yang dikeluarkan Lembaga Air Perak (LAP) Wilayah Barat, gangguan dijangka berlaku selama 12 jam, mulai jam 9 pagi hingga 9 malam.
Antara kawasan yang terlibat ialah seluruh Taman Taiping, Assam Kumbang, Aulong, Tekah, TF Mart, Kamunting Raya Industri dan kawasan sekitar.
Kawasan lain yang terlibat ialah keseluruhan Kamunting, Masjid Kamunting, Bukit Jana, Batu 4, Kamunting, Taman Desa Jaya, SSL Hotel, Kem Tentera Jalan Kamunting Lama, Balai Polis Kamunting dan sekitarnya.
Menurut notis itu lagi, bekalan air turut terjejas di Taman Mewah, Taman Yayasan, Kamunting Industri, Evonsave, Latexx, Kg Rahmat, Kg Kurnia Jaya dan sekitarnya.
Lain-lain kawasan yang terjejas ialah Bomba Kamunting, Jalan Air Puteh, Taman Kamunting Aman, Tol Kamunting, Jeti Kelip-Kelip Kg Dew, Kg Setia, Taman Jebong, Taman Berkat, Kg Simpang Halt dan sekitarnya.
Pengguna yang terlibat dinasihatkan membuat persiapan awal dengan menyimpan air yang mencukupi.
Mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol LAP 1-800-88-7788 atau LAP Careline 15353.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Oct 01 2021

Antara kawasan yang terlibat ialah seluruh Taman Taiping, Assam Kumbang, Aulong, Tekah, TF Mart, Kamunting Raya Industri dan kawasan sekitar. - Gambar hiasan

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.

1 maut, 3 cedera, lori sawit rempuh belakang bas persiaran
Seorang wanita maut manakala dua lagi cedera setelah lori muatan kelapa sawit yang dinaiki merempuh bahagian belakang sebuah bas persiaran di Kilometer 200.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Tanah gereja: 'Jangan manipulasi isu tanah rizab PDRM' - Bukit Aman
Semua pihak diminta supaya tidak memanipulasikan isu pemilikan tanah rizab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kamunting, Perak, sehingga boleh mengelirukan masyarakat.

Kuarters, rumah ketua balai polis atas tanah gereja di Kamunting akan diroboh
Tanah rizab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di lot 784 di Kamunting, Taiping telah dimiliki The Titular Roman Catholic Bishop of Melaka sejak tahun 1883, kata Ketua Polis Perak.

Pekerja syarikat telekomunikasi maut ketika pasang kabel atas bumbung
Seorang pekerja syarikat telekomunikasi meninggal dunia ketika melakukan kerja pemasangan kabel internet di atas bumbung di Taman Lela 1 Kamunting.

24 jam padam kebakaran stor simpanan kapas di Kamunting
Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting, Taiping dan Batu Kurau terlibat dalam operasi pemadaman itu.

Lebih 30 kawasan terlibat gangguan bekalan air di Kamunting Ahad ini
Menurut notis yang dikeluarkan Lembaga Air Perak (LAP) Wilayah Barat, gangguan dijangka berlaku selama 12 jam, mulai jam 9 pagi hingga 9 malam.

PKRC kedua terbesar dibuka di Taiping hari ini - Exco
PKRC berkenaan mempunyai kemudahan 630 katil sebagai permulaan walaupun kapasitinya boleh memuatkan sebanyak 780 katil.

Kerajaan Perak kesal segelintir peniaga diskriminasi petugas barisan hadapan
Kerajaan negeri kesal dengan tindakan segelintir pihak yang memandang serong kakitangan barisan hadapan termasuk kakitangan penjara dan kem tahanan yang terpaksa berhadapan dengan kes COVID-19.

Kanak-kanak, bapa tiri maut digilis treler simen
Seorang kanak-kanak lapan tahun bersama bapa tirinya yang menunggang motosikal maut selepas digilis sebuah treler simen.