KOTA KINABALU: Lebih 960 spesies kupu-kupu ditemukan di Borneo dan 81 daripada spesies berkenaan ialah endemik, kata Timbalan Ketua Konservator (Penyelidikan dan Pembangunan) Dr Arthur YC Chung.
Beliau berkata alam semula jadi di Borneo, dengan 15 jenis hutan yang berbeza terutamanya hutan gunung, menyediakan habitat semula jadi bagi kupu-kupu tropika untuk berkembang dengan baik.
"Kita mempunyai hutan gunung seperti (Gunung) Kinabalu, Banjaran Crocker, (Gunung) Trusmadi ... kita juga ada hutan dipterokarpa campuran, dipterokarpa bukit dan tanah rendah yang sangat kaya dengan biodiversiti," katanya ketika berucap semasa pelancaran buku bertajuk A Guide to Butterflies of Borneo di sini semalam.
Buku itu dilancarkan oleh Presiden The Singapore Gardening Society Tan Jiew Hoe yang turut dihadiri Ketua Konservator Hutan Sabah Datuk Frederick Kugan dan Pengarah Natural History Publication (Borneo) Chan Hin Ching.
Chung yang juga penulis utama buku berkenaan berkata beliau gembira kerana selepas lima tahun menunggu, buku terbabit berjaya dihasilkan, memaparkan gambaran kepelbagaian dan keindahan kupu-kupu di Borneo.
Beliau turut berkongsi mengenai kupu-kupu bersayap burung Rajah Brooke dengan nama saintifik Trogonoptera brookiana, yang merupakan kupu-kupu kebangsaan Malaysia, dan kupu-kupu sayap burung Kinabalu atau dikenali sebagai Troides andromache, kupu-kupu jarang jumpa yang diisytiharkan sebagai kupu-kupu negeri Sabah.
Kupu-kupu Rajah Brooke ditemui oleh Sir Alfred Russel Wallace dan dinamakan bersempena dengan James Brooke, Raja Putih Sarawak dari 1841 hingga 1868, manakala kupu-kupu Kinabalu pula diisytiharkan sebagai kupu-kupu negeri Sabah oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri pada Oktober tahun lepas.
Sementara itu, Tan berkata karya komprehensif buku itu menandakan peristiwa penting dalam kajian kupu-kupu, menawarkan rujukan muktamad untuk meneroka dunia kupu-kupu Borneo yang mempesonakan, sambil menjadi mercu tanda pengetahuan, menerangi keindahan dan kepelbagaian keajaiban serangga bersayap itu di Borneo.
"Buku ini bukan sahaja membongkar misteri kupu-kupu, tetapi juga menghargai peranan penting serangga itu dalam ekosistem," kata Tan.
Buku berharga antara RM180 hingga RM200 itu setebal 436 halaman dengan gambar berwarna 158 spesies kupu-kupu yang memukau dengan tiga subspesies, bertujuan meningkatkan kesedaran dan meraikan kepelbagaian kupu-kupu tropika daripada spesimen eksotik dan besar kepada yang biasa dijumpai di Borneo.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 20 2024

Majlis pelancaran buku 'A Guide to Butterflies of Borneo' oleh Presiden The Singapore Gardening Society Tan Jiew Hoe berlangsung di Kota Kinabalu pada Rabu. - Facebook Arthur Chung

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Pewartaan Kalimbambang Emas, usaha Sabah pulihara spesies kupu-kupu endemik
Pewartaan kupu-kupu Kalibambang Emas merupakan inisiatif negeri Sabah dalam usaha meningkatkan lagi pemuliharaan spesies kupu-kupu berkenaan termasuk spesies yang lain.

Taman Kupu-Kupu Poring pelindung kupu-kupu kebangsaan
Kupu-kupu Rajah Brooke's Birdwing dipelihara di Taman Kupu-Kupu Poring di Ranau sejak 1989.

Lebih 960 spesies kupu-kupu ditemukan di Borneo
Alam semula jadi di Borneo menyediakan habitat semula jadi bagi kupu-kupu tropika untuk berkembang dengan baik.

Spesies kupu-kupu dinamakan sempena watak Lord of the Rings Sauron
Nama Saurona diberikan kerana gegelang hitam pada sayap serangga itu dikatakan mirip 'the all-seeing eye'.

Bukan 'pasrah' pada angin: Saintis guna alat penjejak, fahami sifat dan pergerakan kupu-kupu
Saintis di Jerman mengambil langkah meletakkan penjejak yang helus di belakang kupu-kupu seterusnya mengikuti serangga itu dengan pesawat.

Doktor keluarkan kupu-kupu yang tersekat dalam telinga lelaki
Seorang doktor di Bac Kan, Vietnam berjaya mengeluarkan seekor kupu-kupu yang tersekat di dalam salur telinga seorang lelaki.