KUALA TERENGGANU: Lebih dua suspek dipercayai terlibat dalam kes pukul dan samun membabitkan seorang pemain pasukan Terengganu FC (TFC) Akhyar Rashid pada Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor berkata ia berdasarkan keterangan mangsa.
Pihaknya juga telah melakukan pemeriksaan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan yang dilalui suspek namun tiada sebarang petunjuk baru ditemui.
Katanya susulan itu satu pasukan khas juga telah ditubuhkan bagi mengesan kesemua suspek yang terlibat.
Menurut Azli lagi, setakat ini seramai dua saksi juga dipanggil termasuk kakak mangsa dan seorang penghantar makanan.
"Mangsa dikatakan ada melihat sekali imbas sebuah kereta disyaki Honda City warna tidak pasti kerana gelap dan nombor pendaftaran juga tidak pasti.
"Penyerang dipercayai lebih dari dua orang. Mangsa melihat suspek keluar dari belakang kenderaan dua orang dan satu lagi dari depan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis serah tugas kepada bekas Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Mohd Khairi Khairudin yang dilantik sebagai Ketua Polis Terengganu berkuat kuasa hari ini.
Pelantikan Mohd Khairi itu bagi menggantikan Datuk Mazli Mazlan yang bertukar ke agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu dengan menyandang jawatan lama Mohd Khairi.
Mengulas lanjut Azli berkata siasatan lanjut berhubung kes itu masih dijalankan dan pihaknya turut meningkatkan pemantauan dan rondaan di kawasan kediaman pemain berkenaan.
Justeru orang ramai juga diminta tidak membuat spekulasi berhubung kes itu dan kepada mereka yang mempuyai maklumat diminta tampil ke balai polis bagi membantu siasatan.
Terdahulu Akhyar mengalami kerugian hampir RM5,000 selepas dipukul dan disamun individu yang tidak dikenalinya dalam kejadian di hadapan sebuah kondominium di Kuala Terengganu.
Susulan kejadian itu pemain berusia 25 tahun berkenaan telah menerima empat jahitan di bahagian kepala, dua jahitan di bahagian kaki kiri dan bengkak di bahagian lengan kiri.
Nur Fazlizai Ali
Sun May 05 2024

Azli berkata siasatan lanjut berhubung kes itu masih dijalankan dan pihaknya turut meningkatkan pemantauan dan rondaan di kawasan kediaman pemain berkenaan. - Foto BERNAMA

Ketua Suruhanjaya AU desar penghentian segera permusuhan di Selatan Sudan
Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Afrika (AU), Moussa Faki Mahamat, menggesa penghentian segera permusuhan di Selatan Sudan, lapor Xinhua.

Operasi LRA Bukit Pinang dihenti, 65,000 di Kota Setar, Kubang Pasu terjejas
Kira-kira 65,000 akaun pengguna Syarikat Air Darul Aman (SADA) mengalami gangguan bekalan air selepas operasi Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Pinang Fasa 1, 2, dan 3 dihentikan.
AWANI Ringkas: Pemimpin, ahli UMNO yang tinggalkan parti diseru kembali
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Jalan terputus hubungan akibat banjir dan cerun runtuh di Sabah
Beberapa jalan di daerah Beaufort, Tenom, dan Keningau terputus hubungan hari ini akibat banjir serta cerun runtuh berikutan hujan lebat berterusan yang melanda kawasan tersebut.

KPT pantau rapi keadaan pelajar kemalangan di Jordan
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang memantau rapi keadaan empat pelajar yang terlibat dalam kemalangan di Jordan, kata Menterinya Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Polis tahan lelaki cetus kekecohan di rumah ibadat
Polis menahan seorang lelaki tempatan dipercayai mempunyai masalah mental kerana mengamuk di Gereja St Joseph, di sini, semalam.

Air jagung Gopi 'laku keras', terjual lebih 150 bungkus setiap hari
Air jagung Gopi yang dijual bekas pemain bola sepak kebangsaan Mohammad Gopi, di hadapan rumahnya di Kampung Api-Api sempena Ramadan ini 'laku keras' selepas terjual lebih 150 bungkus setiap hari.

Cabang PKR Sabah sokong jawatan Presiden, Timbalan Presiden tidak dipertandingkan
Cabang-cabang PKR Sabah dalam mesyuarat sehingga semalam menyokong usul supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti pada Mei ini.

Pelajar perempuan Afghanistan dinafikan pendidikan mungkin lebih 4 juta menjelang 2030 - UNESCO
Sekatan yang dikenakan oleh Taliban terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan di Afghanistan telah menjejaskan kira-kira satu setengah juta pelajar.
The Future Is Female: IWD2025 — RYTHM Foundation: Building a Better Future
On this episode of #TheFutureIsFemale Melisa Idris speaks with Datin Seri Umayal Eswaran, Chairperson of RYTHM Foundation, the corporate social responsibility arm of QI Group, about its work which focuses on education, empowerment, and the environment.

Liga Super: Terengganu, Sabah sama liat kongsi satu mata
Terengganu FC sekadar kutip satu mata selepas seri 2-2 dengan Sabah FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam tadi.

Permohonon diperkenan, Akhyar Rashid ucap terima kasih kepada TMJ
Akhyar Rashid, meluahkan penghargaan tak terhingga kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, atas peluang dan kesempatan yang diberikan kepadanya.

Akhyar Rashid sah milik TFC
Berita itu dikongsikan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menerusi laman sosial Facebook rasmi TFC.

Terima kasih atas segalanya, selamat maju jaya - Akhyar Rashid
Tonggak Terengganu, Akhyar, dalam satu ciapan X, berterima kasih kepada Pau Marti atas jasanya mengemudi Harimau Malaya.

Akhyar, Eyka Farhana ikat tali pertunangan
PEMAIN sayap Harimau Malaya, Muhammad Akhyar Rashid telah mengikat tali pertunangan dengan pelakon, Eyka Farhana.

Akhyar Rashid muncul wira, pastikan TFC kutip tiga mata
Tuan rumah terdahulu dikejutkan dengan gol pertama pelawat menerusi pemain import dari Sepanyol, Mika Junco.

Akhyar Rashid kembali jalani latihan ringan di padang
Pemain berusia 25 tahun itu mula menjalani latihan ringan setelah berehat selama dua minggu akibat kecederaan dialaminya.

Liga Super: Solat hajat untuk Akhyar, Faisal sebelum TFC jumpa Perak FC
Majlis doa selamat dan solat hajat akan diadakan di pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus pada jam 7.30 malam.

Kes serangan Akhyar, Faisal tiada kaitan - Polis
Polis berkata, tidak ada hubung kait antara kes samun Akhyar dan Faisal Halim yang disimbah asid.

Polis nafi serangan terhadap Faisal, Akhyar berkait 'bookie'
Polis menafikan dakwaan kononnya kes serangan terhadap dua pemain bola sepak negara mempunyai kaitan dengan pengendali pertaruhan (bookie).