KUALA LUMPUR: Legenda badminton negara Datuk Fook Kok Keong hari ini menzahirkan rasa syukur apabila dianugerahkan Panglima Jasa Negara (PJN) oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang membawa gelaran 'Datuk'.
Jaguh badminton era 90-an itu berkata sebagai ahli sukan beliau amat gembira dan berbesar hati atas pengurniaan anugerah tersebut sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
"Saya berasa amat gembira kerana selepas sekian lama sebagai ahli sukan, saya dianugerahkan gelaran ini," katanya kepada wartawan selepas istiadat penganugerahan di Istana Negara hari ini.
Foo, 59, turut menasihatkan para pemain yang bercita-cita tinggi supaya bekerja keras kerana pemain dari negara lain semakin menandingi mereka selain standard sukan tersebut juga kian meningkat.
Beliau kini aktif melatih bakat muda daripada golongan B40 menerusi penglibatan dalam pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Kelab Rotary Rahman Putra.
"Setakat ini ada enam pemain, dua sudah dilatih Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan bakat yang saya cari serta latih dalam lingkungan umur 15 hingga 16 tahun," katanya.
Antara pencapaian beliau sepanjang penglibatan dalam badminton termasuk pingat emas Sukan SEA Manila pada 1991, Piala Thomas di Kuala Lumpur pada 1993 dan pingat gangsa Piala Dunia di Guangzhou pada tahun sama.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 06 2022

Jaguh badminton era 90-an itu berkata sebagai ahli sukan beliau amat gembira dan berbesar hati atas pengurniaan anugerah tersebut sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong. - Facebook Faizal Azumu
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Legenda badminton negara Foo Kok Keong dianugerah gelaran 'Datuk'
"Saya berasa amat gembira kerana selepas sekian lama sebagai ahli sukan, saya dianugerahkan gelaran ini."