KOTA KINABALU: Seramai 21 individu termasuk tujuh wanita ditahan ketika sedang leka berhibur menyambut hari jadi di sebuah pusat hiburan di Kompleks Asia City, di sini.
Kesemua mereka ditahan dalam Operasi Khas Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, malam tadi.
Operasi kira-kira jam 10 malam itu hasil pemantauan Pasukan Pematuhan Khas daripada Cawangan Jenayah, Narkotik dan Jenayah Pemerdagangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, ketika serbuan dijalankan, semua suspek sedang leka berhibur di sebuah bilik dengan bunyi muzik yang kuat.
"Daripada luar kita dengar bunyi muzik ini, mereka sedang berhibur di salah satu bilik di pusat hiburan ini tetapi kita ada sedikit halangan untuk masuk kerana mereka telah mengunci pintu daripada dalam dan ada kemudahan CCTV.
"Tetapi kita berjaya memecah pintu dan masuk dan menangkap mereka. Hasil pemeriksaan kita dapati seramai 21 orang iaitu 14 lelaki dan tujuh wanita sedang berhibur di satu bilik di tingkat empat," katanya.
Mohd Zaidi berkata, kesemua mereka berusia 21 hingga 35 tahun ditahan termasuk pemilik pusat hiburan berkenaan dan dikenakan kompaun kerana melanggar SOP PKP 3.0.
"Kita telah mengambil tindakan kompaun ke atas pemilik premis kerana melanggar SOP beroperasi dalam tempoh PKP, kompaun berjumlah RM10,000, manakala 17 lagi telah dikompaun kerana melanggar SOP iaitu berada di tempat hiburan dalam tempoh PKP, denda RM1,500 setiap seorang.
"Tiga lagi warganegara asing kita telah tangkap dibawa Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan cuai yang mungkin boleh menyebabkan jangkitan penyakit merbahaya kepada awam, yang boleh dipenjara selama enam tahun atau di denda atau kedua-duaanya," katanya.
Menurutnya, hasil ujian air kencing juga mendapati empat lelaki dan empat wanita positif dadah dan mereka dibawa ke IPD Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut.
Jelasnya, lesen pusat hiburan ini juga telah tamat pada 2018 dan tindakan akan diambil atas kesalahan tersebut.
Sehubungan itu, beliau memberi amaran tegas kepada semua pemilik pusat hiburan di daerah ini untuk mematuhi SOP PKP 3.0 dan tidak beroperasi dalam tempoh PKP ini.
Katanya, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil ke atas mana mana pemilik pusat hiburan yang cuba curi-curi beroperasi sebagai satu pengajaran kepada mereka.
Junaidi Ladjana
Sun Jun 06 2021

ketika serbuan dijalankan, semua suspek sedang leka berhibur di sebuah bilik dengan bunyi muzik yang kuat. - Astro AWANI
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Polis tumpaskan sindiket rekrut 'programmer' judi dalam talian
Polis menumpaskan sindiket perjudian yang merekrut individu berkemahiran dalam bidang pengatur cara perisian atau 'programmer' di Kuala Lumpur.

Bekas Presiden UMANY gagal batal pertuduhan ingkar arahan polis
Mahkamah Majistret menolak permohonan bekas presiden Persatuan Belia Baharu Universiti Malaya (UMANY) Wong Yan Ke untuk membatalkan tuduhan mengingkari arahan polis yang dihadapinya.

8 mengaku tidak bersalah urus kondo jadi pusat judi dalam talian
Seorang wanita dan tujuh lelaki termasuk seorang warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret 1, di sini pada Rabu atas pertuduhan menguruskan sebuah rumah sebagai pusat perjudian dalam talian.

Polis tahan 4 keldai akaun sindiket penipuan babit kerugian lebih RM100,000
Polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita disyaki menjadi 'keldai akaun' kepada beberapa sindiket penipuan di Pulau Pinang.

Wartawan India minta perlindungan mahkamah tertinggi selepas serbuan polis
Beratus-ratus wartawan dan kumpulan masyarakat sivil mengadakan tunjuk perasaan di New Delhi pada Rabu membantah serbuan sehari sebelumnya.

Dua pusat panggilan judi sasar mangsa dari Bangladesh diserbu
Dua premis yang dijadikan pusat panggilan untuk mempromosikan perjudian dalam talian dengan menyasarkan mangsa dari Bangladesh, diserbu polis dalam operasi di Lembah Klang, Jumaat lepas.

Sindiket judi dalam talian: 11 lelaki warga asing diberkas
Taktik sindiket perjudian dalam talian yang berselindung di sebalik sebuah kondominium mewah di Salak Selatan, Cheras dekat sini terbongkar selepas 11 lelaki warga asing diberkas polis pada Khamis.

Polis tahan 27 individu jadikan empat unit rumah tempat edar dadah
Polis menahan 27 individu disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah yang menjadikan empat unit rumah di sebuah pangsapuri di Jinjang Baru, Sentul, di sini sebagai tempat kegiatan jenayah mereka

Sindiket dadah tumpas, empat individu diberkas polis
Sindiket pengedaran dadah jenis heroin dan ganja di Pulau Pinang tumpas selepas polis menahan empat individu dalam tiga serbuan di Jawi dan Butterworth pada Jumaat lepas.

Polis Kelantan rampas 97,780 liter diesel bernilai RM210,227
Polis merampas sebanyak 97,780 liter minyak diesel bernilai RM210,227 dalam dua serbuan berasingan di Tanah Merah dan Machang awal pagi Ahad.