MELAKA: Seorang lelaki warga tempatan ditahan semalam kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti khianat dengan membaling bom petrol di Melaka dan Perak awal bulan ini.
Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata suspek berusia 25 tahun itu ditahan kira-kira 9 pagi di hadapan sebuah rumah di Taman Kok Liang, Kuala Lumpur, kerana disyaki mempunyai kaitan dengan sindiket pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau along dari negara jiran.
"Tangkapan itu dibuat berikutan laporan polis oleh seorang wanita berusia 38 tahun di Masjid Tanah, Alor Gajah selepas mangsa mendapati kenderaan yang diparkir di hadapan rumahnya terbakar akibat dibaling bom petrol.
"Siasatan awal mendapati suspek berkenaan bekerja dengan sebuah syarikat pinjaman wang dari negara jiran sejak sebulan lepas dan dipercayai turut terlibat dengan satu aktiviti khianat di Sitiawan, Perak," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zainol berkata polis juga merampas sebuah kereta jenis Toyota Unser, sebuah telefon bimbit dan sepasang pakaian dalam tangkapan tersebut.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 13 2024

Zainol berkata kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan. - Gambar fail
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Pemindahan IPD Melaka Tengah ke bangunan sementara bukan dihalau
Zainol berkata dakwaan dibuat individu tidak bertanggungjawab itu adalah fitnah bertujuan mencemarkan imej PDRM dan kerajaan negeri Melaka.

Lelaki ambil upah baling bom petrol di Melaka ditahan
Suspek berusia 25 tahun itu ditahan kira-kira 9 pagi di hadapan sebuah rumah di Taman Kok Liang, Kuala Lumpur.

Tiga ahli Geng Bacin direman tujuh hari bantu siasatan samun tiga kedai
Tiga anggota Geng Bacin direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan tiga kes rompakan sekitar Melaka Tengah pada Isnin dan Selasa lepas.

23 lelaki termasuk 19 pelajar sekolah ditahan merusuh di Pantai Puteri
Seramai 23 lelaki termasuk 19 pelajar sekolah menengah ditahan kerana merusuh dalam kejadian di Pantai Puteri, Tanjung Kling pada 29 Mac lepas.

Wanita Kemboja kata 'Melayu malas', polis terima 14 laporan
Polis Melaka menerima 14 laporan polis berhubung seorang wanita Kemboja yang mengeluarkan kata-kata menyentuh sensitiviti masyarakat Melayu.

Indeks jenayah di Melaka catat peningkatan - Zainol
Daripada jumlah itu, jenayah samun berkawan tanpa senjata api merekodkan peningkatan paling ketara iaitu 64 kes atau 113.3 peratus.

Lima individu disyaki curi kabel TM ditahan
Polis menahan tiga lelaki dan dua wanita selepas disyaki mencuri kabel milik TM dianggarkan bernilai RM8,500 di Sungai Rambai, Jasin.

Remaja dirogol dua lelaki Rohingya sebelum ditinggalkan di taman permainan
Kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 14 dan 27 tahun direman selama tujuh hari bermula 21 September.

Kenal 11 hari, wanita rugi lebih RM1 juta akibat pelaburan tidak wujud
Mangsa menyerahkan wang berkenaan kepada seorang lelaki yang dikenalinya di laman Instagram kononnya bagi tujuan pelaburan.

Pengajar kelas renang bakal berdepan 32 pertuduhan rogol anak tiri
Suspek berusia 36 tahun akan berdepan 32 pertuduhan termasuk merogol, melakukan amang seksual fizikal dan seks menggunakan objek.