GOPENG: Seorang lelaki yang bertindak agresif dengan menghayunkan parang dan sabit di atas sebuah kereta peronda polis di hadapan Balai Polis Gopeng di Kampar dekat sini, pada Rabu disahkan positif dadah dan mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata hasil ujian saringan awal air kencing ke atas lelaki yang berusia lingkungan 61 tahun itu dikesan positif dadah jenis methamphetamine dan heroin.
Katanya suspek juga didapati mempunyai 16 rekod lampau membabitkan pelbagai jenis kesalahan jenayah dan narkotik.
Mengulas tentang kejadian berkenaan yang tular menerusi satu rakaman video, Mior Faridalathrash berkata lelaki berkenaan telah memasuki kawasan Balai Polis Gopeng dengan menaiki sebuah motosikal dan membawa parang dan sabit bersamanya pada jam kira-kira 8 pagi.
Ujarnya selepas suspek dilihat melibaskan parang dan sabit berkenaan di hadapan pintu masuk balai, pegawai polis yang bertugas telah bertindak menenangkan suspek selain menghubungi bantuan untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.
“Berdasarkan maklumat awal, suspek telah mengamuk serta merampas motosikal milik orang awam di kawasan Pasar Awam Lawan Kuda. Kemudian suspek telah menuju ke Kawasan Perumahan Kopisan sebelum bertindak masuk ke Balai Polis Gopeng.
“Suspek telah bertindak keluar dari kawasan balai dan menuju ke Jalan Ipoh-Kuala Lumpur namun telah disekat oleh pihak polis di hadapan pagar balai polis tersebut.
“Sebuah kereta Peronda Polis Gopeng telah diletakkan di tengah jalan sebelum itu bagi tujuan menghalang daripada orang ramai melalui kawasan terbabit.
“Suspek kemudiannya meluru ke arah kenderaan tersebut dan memanjat bumbung kenderaan serta melibaskan parang dan sabit yang dibawa bagi mengelakkan dirinya didekati oleh pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Mior Faridalathrash memberitahu pada jam 8.30 pagi sepasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Gopeng telah tiba bagi membantu pihak polis dan suspek berjaya ditahan selepas pihak bomba menyemburkan air ke arah suspek yang kemudiannya jatuh ke atas jalan raya.
Turut dirampas sebilah parang, sebilah sabit panjang sebuah motosikal dan empat anak kunci selain memaklumkan tiada kecederaan yang dialami anggota unit keselamatan semasa tangkapan dibuat.
Katanya lagi kes telah disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis 1967, Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Dan Letupan Dan Senjata Berbahaya 1958 serta Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Dalam pada itu Mior Faridalathrash menasihatkan agar orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu bagi mengelakkan kekeliruan dan kegusaran masyarakat .
Amirrul Rabbani
Wed Sep 08 2021

Menurut Ketua Polis Perak, suspek didapati mempunyai 16 rekod lampau membabitkan pelbagai jenis kesalahan jenayah dan narkotik. - Foto Astro AWANI

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Lelaki amuk hayun sabit positif dadah, ada rekod jenayah lampau
Hasil ujian saringan awal air kencing ke atas lelaki yang berusia lingkungan 61 tahun itu dikesan positif dadah jenis methamphetamine dan heroin.