JOHOR BAHRU: Lelaki yang videonya tular di media sosial kerana menunggang motosikal sambil membuat aksi ‘wheelie’ bersama seorang kanak-kanak perempuan yang memboncengnya telah ditahan polis pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Wahid berkata, penahanan itu dibuat berdasarkan video aksi berdurasi 36 saat melibatkan lelaki berusia lingkungan 20-an berkenaan pada jam 3 petang.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati aksi menunggang motosikal secara berbahaya itu telah dibuat di Jalan Bukit Impian 1, Taman Impian Emas di sini dengan menggunakan telefon bimbit milik lelaki tersebut.
“Kita menerima video memaparkan suspek menunggang sebuah motosikal jenis Honda EX5 bersama seorang kanak-kanak perempuan yang membonceng di bahagian hadapan motosikal dengan membuat aksi 'wheelie' iaitu mengangkat tayar hadapan.
“Tujuan aksi tersebut adalah untuk meraih perhatian warga net dan telah dimuat naik ke dalam akaun Facebooknya peribadinya pada 15 Februari kira-kira jam 7 petang,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Rupiah berkata, sebanyak tiga saman telah dikeluarkan melibatkan kesalahan nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikuti spesifikasi, tidak memakai topi keledar dan cukai jalan tamat tempoh.
“Suspek ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang mana jika sabit kesalahan seseorang itu boleh dipenjara tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi RM15,000.
“Sekiranya ini adalah sabitan kedua, suspek juga boleh dikenali hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak melebihi RM20,000,” katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Feb 17 2022

Tular di media sosial suspek menunggang motosikal dengan membuat aksi wheelie bersama seorang kanak-kanak perempuan. -Foto Sinar Harian

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.

Penunggang motosikal maut rempuh belakang lori di laluan kecemasan
Kemalangan berlaku apabila seorang lelaki berusia 30 tahun itu terlanggar bahagian belakang sebuah lori yang berada di lorong kecemasan.

Dua remaja langgar lari wanita warga emas
Hasil siasatan mendapati remaja lelaki berusia 15 tahun yang menunggang motosikal itu tidak mempunyai lesen.

Lima rumah, empat motosikal musnah dijilat api di Manjoi
Sebanyak lima buah rumah hangus dijilat api dalam kejadian kebakaran di Jalan Budiman, Kampung Tengku Hussein Baru.

Remaja lelaki dikhuatiri lemas motosikal jatuh sungai
Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas motosikal ditungganginya terjatuh ke dalam sungai Padang Terap di Chegar petang ini.

Sebuah MPV, motosikal musnah dalam kebakaran rumah teres dua tingkat di Klang
Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire dan motosikal Honda Dash musnah dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Tengku Badrishah di Taman Klang Ria, Klang, petang semalam.

MPV rempuh lima kenderaan, seorang penunggang motosikal maut
Siasatan awal mendapati semasa kejadian sebuah kenderaan telah masuk ke laluan bertentangan dan merempuh kelima-lima kenderaan.

Sebuah rumah, tujuh kenderaan musnah dalam kebakaran di Hulu Besut
Sebuah rumah dan tujuh kenderaan termasuk lima motosikal musnah dalam kebakaran di Kampung Gong Duek di Hulu Besut.

73 motosikal disita, ubai suai tidak mengikut spesifikasi
Sebanyak 1,500 kenderaan diperiksa dalam sekatan jalan raya di Jalan Loke Yew, Jalan Kuching, dan Jalan Tun Razak.

Suspek ragut wanita warga emas diberkas
Polis berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki meragut beg tangan seorang wanita warga emas di Jalan Mutiara, Taman Mutiara, di sini pada 20 Jan lepas.