IPOH: Seorang lelaki ditemukan maut dalam keadaan berbogel dengan kesan tikaman di Laluan Perusahaan Klebang 1 di sini tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam kira-kira pukul 12.20 tengah malam mengenai satu kejadian pergaduhan sehingga menyebabkan kematian.
"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati seorang lelaki ditemukan dalam keadaan bogel di tepi jalan dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri.
"Pemeriksaan lanjut terhadap badan mangsa terdapat kesan luka pada bahagian dada, telinga dan juga kaki. Mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini dan telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Abang Zainal Abidin berkata kes diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek yang terlibat sedang giat dijalankan.
"Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini diminta tampil memberi keterangan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kes ASP Norshaharah Marzuki melalui talian 010-3790508 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 10 2024

Kes diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek yang terlibat sedang giat dijalankan. - Gambar hiasan

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

Rangka manusia ditemui dalam loji kumbahan
Satu rangka manusia termasuk tengkorak ditemui dalam loji kumbahan di Taman Seri Penawar, Bandar Penawar, di sini.

Mayat warga emas ditemukan dalam paya
Mayat seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun ditemukan di dalam paya di sebuah kebun di Kampung Beta Hulu, Nilam Puri, Ketereh dekat sini, kira-kira 10 pagi tadi.

Kes saman ibu model Belanda Ivana: Kerajaan cadang penyelesaian mediasi
Kerajaan Malaysia mencadangkan penyelesaian secara mediasi dalam saman yang difailkan ibu kepada model Belanda, mendiang Ivana Esther Robert Smit terhadap polis, KDN dan kerajaan.

Kes bapa, anak OKU mati di rumah tiada unsur jenayah - Polis
Kes mayat bapa dan anak orang kurang upaya (OKU) yang ditemui mati di sebuah rumah di Sungai Abong di sini, pada Jumaat, tidak mempunyai unsur jenayah.

Tiada bau busuk, penjaga kebun tidak sangka ada rangka manusia
Penjaga dan juga pekerja kebun durian di lokasi penemuan rangka dipercayai milik remaja yang dilaporkan hilang sebelum ini, tidak menyangka terdapatnya rangka di situ.

Lelaki bogel ditemukan maut dengan kesan tikaman
Seorang lelaki ditemukan maut dalam keadaan berbogel dengan kesan tikaman di Laluan Perusahaan Klebang 1 Hadapan Kilang Warisan Impian Maju 2 di sini tengah malam tadi.

Penemuan mayat lelaki di sungai, polis klasifikasi kes bunuh
Polis mengklasifikasikan kes penemuan mayat lelaki dipercayai warga asing di sungai berdekatan dengan sebuah stesen minyak di Paroi, di sini pada Sabtu lepas sebagai kes bunuh.

Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.

Mayat ditemui dalam keadaan ngeri, sebahagian tubuh dimakan biawak
Satu mayat ditemui dalam keadaan tidak sempurna dengan sebahagian tubuh dimakan biawak di sebatang sungai dekat Batu 3 Jalan Maharajalela di Teluk Intan.

Mayat reput ditemukan terdampar di pantai di Kota Bharu
Satu mayat reput ditemukan terdampar di Pantai Kuda Pulau Dolah di sini, semalam.