KAMPAR: Seorang lelaki terpaksa menahan sakit lebih 40 minit apabila cedera dihempap sebatang pokok di kebunnya di Kampung Pasir, Kuala Dipang di sini.
Difahamkan lelaki berusia 36 tahun itu cedera di bahagian pinggang selepas dihempap pokok ketika melakukan kerja-kerja memotong pokok.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, ketika kejadian mangsa berada di atas pokok berketinggian dua meter dengan pokok menghempap badannya.
Katanya, bomba menerima panggilan berhubung insiden itu pada pukul 1.28 tengah hari.
"Setibanya jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kampar di lokasi mendapati sebatang pokok telah menggelongsor dan menghempap badan mangsa.
"Didapati mangsa dalam keadaan sedar dan mengalami kecederaan di bahagian pinggang.
"Kerja-kerja memotong dan mengalihkan dahan pokok menggunakan gergaji, lebih kurang 10 minit," katanya.
Kata jurucakap itu lagi, anggota bomba kemudiannya membuat kerja-kerja menyelamat dan mengalihkan pokok sehingga mangsa berjaya diturunkan.
Mangsa kemudiannya mendapat rawatan awal daripada petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), seterusnya dibawa ke Hospital Kampar untuk tindakan susulan.
Aida Aziz
Mon Jan 31 2022

Ketika kejadian mangsa berada di atas pokok berketinggian dua meter. - Gambar ihsan bomba

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Lelaki cedera, rumah musnah dijilat api
Seorang lelaki cedera apabila rumahnya di Taman Rancha-Rancha Fasa 1 musnah dijilat api dalam kejadian awal pagi tadi.

Lelaki cedera kereta dihempap pokok di puncak Gunung Jerai
Seorang lelaki mengalami cedera ringan setelah kenderaan dinaiki dihempap pokok dalam kejadian di puncak Gunung Jerai kira-kira jam 6.55 petang Isnin.

Lelaki cedera, kereta jatuh gaung di laluan CSR
Kejadian terbabit menyebabkan mangsa, yang memandu SUV jenis Mitsubishi, cedera patah paha kanan.

Lelaki cedera selepas bergelut dengan orang awam - Polis
Lelaki itu mengalami kecederaan selepas bergelut dengan orang awam semasa dia cuba mencuri motosikal di Jalan Patani, George Town.

Lelaki cedera dihempap pokok di kebun
Lelaki berusia 36 tahun itu cedera di bahagian pinggang selepas dihempap pokok ketika melakukan kerja-kerja memotong pokok.

Lelaki cedera dihempap pokok ketika ziarah kubur anak
Seorang lelaki cedera selepas dihempap sebatang pokok ketika menziarahi kubur anaknya di tanah perkuburan di Jalan Parit 1, Pekan Chenderong Balai, malam ini.