BAGAN SERAI: Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menceroboh dan melakukan khianat di kawasan Tanah Perkuburan Kampung Jaya Semanggol, dekat sini, pada pagi Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Kerian,Superintendan Mazuki Mat berkata pihaknya menerima laporan pada Rabu berkaitan satu video tular yang memaparkan kejadian berkenaan.
“Hasil siasatan dan semakan terhadap video tular yang berdurasi 1.21 minit itu mendapati suspek adalah seorang lelaki yang tinggal berdekatan di kawasan tersebut.
“Berdasarkan maklumat orang awam pada 9 Jun, jam lebih kurang 9 pagi, tangkapan telah berjaya dilakukan sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian dengan dibantu oleh anggota Balai Polis Semanggol,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Menurutnya lagi, polis masih menjalankan siasatan lanjut terhadap suspek berusia 36 tahun itu bagi mengenal pasti motif tindakan.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 297 Kanun Keseksaan iaitu pencerobohan di tempat-tempat perkuburan.
Terdahulu tular di media sosial memaparkan kejadian beberapa kubur di kawasan berkenaan dirosakkan dengan batu nisan dan 'kepok' dicabut.
Amirrul Rabbani
Mon Jun 13 2022
![Lelaki ceroboh, buat khianat di kawasan perkuburan ditahan polis Lelaki ceroboh, buat khianat di kawasan perkuburan ditahan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71655090386_CerobohKubur.jpg)
Paparan imej video tular terdapat seorang lelaki menceroboh dan lakukan khianat di kawasan tanah perkuburan Kampung Jaya Semanggol. Gambar kecil: Mazuki. -Foto Sinar Harian
Lebih 18,000 pelarian kembali ke Afghanistan
Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air dari negara jiran, Pakistan, bulan lepas, lapor Xinhua yang memetik media tempatan, Tolo, pada Sabtu.
Latvia henti kebergantungan grid elektrik Rusia
Latvia antara tiga negara baltik yang terbaharu mengambil keputusan dramatik memutuskan hubungan serta kebergantungan dengan grid kuasa elektrik dengan Rusia pada Sabtu. Pelan itu adalah sebagai sebahagian dari rancangan Latvia untuk memacu keselamatan dan mengintegrasikan hubungan dengan negara-negara dibawah Kesatuan Eropah (EU).
![Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739031607_TembakSetiaCityM.jpg)
Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.
[TERKINI] Polis sahkan kejadian tembakan di pusat membeli belah
Ratusan pengunjung yang sedang berada di dalam sebuah pusat beli-belah di Shah Alam berada dalam keadan cemas apabila dipercayai berlaku satu insiden tembak-menembak di lokasi berkenaan.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 8 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera
Dalam tempoh 48 jam lepas sahaja, 26 lagi rakyat Palestin dilaporkan terbunuh, termasuk 22 mayat yang ditemukan daripada runtuhan.
Tumpuan Ahad – 9 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (8 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Parti pimpinan Modi dijangka takluk New Delhi
Parti Perdana Menteri India Narendra Modi Bharatiya Janata Party (BJP), dijangka memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya dewan perundangan tempatan di Delhi. Trend pengiraan undi pada Sabtu menunjukkan BJP memenangi lebih daripada 45 kerusi dalam dewan perundangan 70 anggota, mengatasi Aam Aadmi Party (AAP) yang dipimpin bekas Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal.
![Lelaki ceroboh, buat khianat di kawasan perkuburan ditahan polis Lelaki ceroboh, buat khianat di kawasan perkuburan ditahan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71655090386_CerobohKubur.jpg)
Lelaki ceroboh, buat khianat di kawasan perkuburan ditahan polis
Polis masih menjalankan siasatan lanjut terhadap suspek berusia 36 tahun itu bagi mengenal pasti motif tindakan.
![Padah kejar kekasih curang, dua beranak cedera rempuh kereta di persimpangan lampu isyarat Padah kejar kekasih curang, dua beranak cedera rempuh kereta di persimpangan lampu isyarat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51642714463_langgarlampumerah.jpg)
Padah kejar kekasih curang, dua beranak cedera rempuh kereta di persimpangan lampu isyarat
Pelanggaran itu menyebabkan penunggang dan pembonceng mengalami luka di kaki dan badan.
![Polis akan rakam percakapan dua lelaki bergaduh depan kedai Polis akan rakam percakapan dua lelaki bergaduh depan kedai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51630964077_dualelakibergaduh.jpg)
Polis akan rakam percakapan dua lelaki bergaduh depan kedai
Kedua-dua lelaki itu dipanggil selepas pihaknya mendapat perintah untuk menyiasat (OTI) daripada pendakwa raya.