KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki warga tempatan kerana dipercayai melarikan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang ditinggalkan di bahu jalan oleh penjaga valet sebuah pusat beli-belah di Jalan P Ramlee di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata dalam kejadian kira-kira 12.48 tengah hari itu, pemilik SUV berusia 31 tahun menyerahkan keretanya kepada penjaga valet di kawasan parkir sebelum kenderaan itu dialihkan sementara di tepi jalan laluan keluar utama.
"Lebih kurang 10 minit kemudian semasa hendak mengalihkan semula kereta berkenaan didapati SUV itu sudah tiada dipercayai dicuri namun kunci masih ada dengan penjaga valet berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Noor Dellhan berkata pemilik kereta yang bekerja sebagai jurureka hiasan dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan ketika keluar dari pusat beli-belah terbabit pada 1.20 tengah hari dan terus membuat laporan polis.
"Mangsa kemudian menghubungi Pusat Kawalan Dang Wangi untuk melaporkan kehilangan keretanya dan pihak polis membuat hebahan kepada semua elemen penugasan di lapangan bagi mengesan kenderaan berkenaan," katanya.
Beliau berkata pada 2.35 petang hari yang sama, SUV berkenaan ditemukan di USJ 1 Avenue, Subang Jaya, Selangor oleh anggota kenderaan peronda polis (MPV) dan suspek yang memandu kereta itu enggan bekerja sama serta cuba melarikan diri namun berjaya diberkas.
"Permohonan reman ke atas suspek berusia 58 tahun dan mempunyai dua rekod kesalahan dadah itu akan dibuat hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan," katanya.
Terdahulu, tular di media sosial yang dimuat naik seorang pengguna mendakwa keretanya hilang selepas diserahkan kepada valet di sebuah di pusat beli-belah dan SUV itu dikesan sekitar Subang Jaya berdasarkan maklumat peranti sistem kedudukan sejagat (GPS) pada kenderaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 08 2024

Noor Dellhan berkata pemilik kereta yang bekerja sebagai jurureka hiasan dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan ketika keluar dari pusat beli-belah terbabit pada 1.20 tengah hari dan terus membuat laporan polis. - Gambar fail/Bernama
Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aliran trafik lancar 30 peratus tanpa kenderaan berat
Larangan pergerakan kenderaan berat di beberapa jajaran lebuh raya terpilih sekitar Lembah Klang menyaksikan aliran trafik lancar sehingga 30 peratus pada waktu puncak.

Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Waktu sekolah seperti biasa sepanjang Ramadan - KPM
Sekolah sesi petang di Semenanjung akan tamat pada pukul 5.30 petang, manakala 5 petang di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sepanjang Ramadan ini.

Sasaran tiga pingat bagi Kejohanan Berbasikal Trek Asia - Harnizam
Skuad Malaysia meletakkan sasaran sederhana tiga pingat untuk Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025 yang akan berlangsung di Velodrom Nasional di sini bermula 21-27 Feb ini.

Pengguna media sosial diingatkan berpada-pada komen isu libat kaum - Fahmi
Pengguna media sosial diingatkan berpada-pada dalam mengemukakan pendapat melibatkan kaum di media sosial, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Polis kesan pemandu pecuan empat roda sengaja rempuh kereta di Teluk Intan
Polis sedang mengesan seorang pemandu pacuan empat roda berwarna kelabu yang disyaki dengan sengaja merempuh sebuah kereta dalam kejadian di Taman Manggis, Teluk Intan, pada Jumaat.

Lapan individu dipanggil bantu siasatan kandungan palsu, jelik kait Institusi Diraja - MCMC
Kandungan tersebut didakwa boleh menimbulkan kekeliruan serta kebencian terhadap Institusi Diraja.

PN, FMM bincang cara pertingkat daya saing, cipta faedah ekonomi mampan
Perbincangan bagi membantu komuniti perniagaan mewujudkan persekitaran perniagaan yang proaktif dan menjamin dasar mesra perniagaan.

Tindakan segera diperlukan di Indonesia, pastikan ruang digital selamat untuk kanak-kanak
Kandungan yang merangkumi keganasan fizikal dan lisan, unsur seksual, maklumat yang mengelirukan dan ucapan kebencian adalah berbahaya.

Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah, universiti awam
Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian akan dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah dan universiti awam di seluruh negara.

Sembilan ditahan dipercayai terbabit penipuan pekerjaan antarabangsa
Polis Melaka menahan sembilan individu termasuk tiga warga China yang dipercayai terlibat dalam sindiket penipuan pekerjaan antarabangsa.

Waspada terhadap pautan, akaun media sosial palsu Bank Islam
Bank Islam mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap pautan serta akaun media sosial palsu yang menyalahgunakan jenama dan gambar Bank Islam bagi tujuan penipuan.