KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki yang dicekup mencuri pakaian dalam pelajar wanita sebuah universiti awam di Kuala Nerus dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu di sini pada Khamis.
Tertuduh Abu Arif Atemin, 38, yang berdepan dua pertuduhan didakwa di hadapan Majistret Nordiana Abd Aziz dan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.
Bagaimanapun tertuduh yang juga orang kurang upaya (OKU) kategori pekak dan bisu itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di mahkamah berasingan.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri sembilan helai seluar dalam dan tiga helai baju dalam milik tiga pelajar wanita.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 24 Januari lalu di kolej kediaman sebuah universiti awam di Kuala Nerus pada jam 8.37 malam.
Bagi pertuduhan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Manakala di Mahkamah Majistret berasingan, tertuduh didakwa menceroboh dengan memasuki kawasan universiti berkenaan jam 6 petang pada hari yang sama.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duannya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 2 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi lantikan juru bahasa khas.
Nor Diana dan Noor Mazrinie masing-masing membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 bagi setiap pertuduhan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hanis Nabihah Hizamul-din dan Iffah Nabihah Mohd Ishak manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu media melaporkan seorang lelaki OKU ditahan selepas disyaki mencuri pakaian dalam pelajar perempuan di sebuah universiti awam di Kuala Nerus.
Astro Awani
Thu Jan 27 2022

Tertuduh didakwa mencuri sembilan helai seluar dalam dan tiga helai baju dalam milik tiga pelajar wanita. - Foto Astro AWANI
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kes bunuh, bakar empat sekeluarga: Mahkamah Tinggi ketepi pembebasan lelaki OKU
Mahkamah Rayuan mengetepikan perintah pembebasan seorang lelaki OKU daripada tuduhan bunuh dan bakar empat sekeluarga di Tanjung Sepat, Kuala Langat.

Lelaki OKU tak mengaku rompak guna pistol tiruan
Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) didakwa atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan bersenjatakan pistol tiruan.

OKU didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja lelaki
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 17 tahun di masjid berkenaan pada 2.30 petang, 15 Mac lepas.

Perselisihan faham lama punca OKU disimbah air panas - Polis
Perselisihan faham lama dipercayai punca seorang wanita menyimbah seorang lelaki OKU dengan air panas dalam kejadian di dalam sebuah lif di Bayan Lepas.

Identiti lelaki rentung terbakar di Merbok sudah dikenal pasti
Mangsa yang berusia 60-an merupakan lelaki tempatan dan OKU hasil pengesahan ahli keluarganya.

Lelaki OKU direman tujuh hari dipercayai bunuh bapa
Seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan reman selama tujuh hari bermula Isnin bagi membantu siasatan kes seorang warga emas berusia 64 tahun yang ditemui mati di sebuah flat.

Lelaki OKU dipercayai cederakan individu tak bayar gaji, ditahan
Mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori dan kini dirawat di HSA Johor Bahru kerana mengalami kecederaan di bahagian tangan, muka dan telinga.

Lelaki OKU mangsa pemerdagangan di Myanmar rayu diselamatkan
Pemuda OKU yang dikenali sebagai Ah Choong itu merayu kepada kerajaan agar diselamatkan dengan segera.

Lelaki OKU hilang ditemukan selamat
Mangsa yang berusia lewat 40-an tahun itu ditemukan kira-kira jam 7.30 pagi oleh orang awam di kawasan Felda terbabit.

Penantian 25 tahun lelaki OKU miliki MyKad berakhir hari ini
Hazbillah hanya ada Sijil Beranak kerana dahulu keluarganya tidak mempunyai kenderaan untuk membawanya mendaftar kad pengenalan di JPN.