Seorang lelaki dihukum penjara 24 bulan dan didenda RM4,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini selepas mengaku bersalah membuat dakwaan palsu dengan mengisytiharkan diri sendiri sebagai Imam Mahdi.
Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain menjatuhkan hukuman itu terhadap Mat Alimin Abdullah, 36, mengikut Seksyen 6 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.
Mahkamah turut memerintahkan Mat Alimin dipenjara enam bulan lagi sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Sebelum menjatuhkan hukuman, Mohd Amran berkata pegangan akidah merupakan satu daripada perkara dalam teras keimanan umat Islam dan tidak boleh dicampur aduk dengan perkara-perkara lain yang membolehkan timbul keraguan dalam seseorang individu.
"Mahkamah berpuas hati dengan rayuan yang dikemukakan oleh tertuduh untuk tujuan meringankan hukuman dan hujahan pendakwaan untuk pemberatan hukuman. Sehubungan dengan itu, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM4,900 dan penjara 24 bulan," kata hakim.
Mat Alimin didakwa melakukan kesalahan tersebut dengan melafazkan "Sekiranya saya benar, siapa yang mempermainkan saya, mendustai saya, saya serah kepada Allah, sebab orang yang bercakap pada hari ini Muhammad Al-Mahdi utusan Allah.
"Sekiranya benar saya utusan Allah siapa yang mempermainkan saya akan dilaknat oleh Allah. Ini janji Nabi Muhammad akhir zaman nanti akan keluar umatku namanya seperti namaku, berasal dari keturunanku, nama bapanya seperti nama bapaku dan keluar dari arah Timur."
Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di dalam bilik mesyuarat Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Tingkat 10, Menara Pusat Islam, Jalan Perdana, di sini, antara pukul 3 petang hingga 3.30 petang, semalam (26 April).
Terdahulu dalam rayuannya, Mat Alimin yang tidak diwakili peguam, merayu kepada mahkamah agar hanya mengenakan hukuman denda yang ringan kerana perlu menanggung dua anaknya yang masih bersekolah dan kini hanya bekerja sendiri.
Ketika hakim bertanya mengenai latar belakang, sejarah kesihatan dan tahap pendidikan, tertuduh berkata dia berpendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan tidak pernah mendapat rawatan psikiatri dari mana-mana pusat perubatan.
Pegawai Pendakwa dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Zainol Rashid Hasin, berhujah tertuduh dalam keadaan kesihatan yang baik dan waras ketika melakukan kesalahan dan wajar mendapat hukuman berbentuk pemenjaraan.
Bernama
Wed Apr 27 2016

Mat Alimin didakwa melakukan kesalahan tersebut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada Selasa.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.

Pekerja di Kompleks Bersepadu Pengerang ditahan berhubung dakwaan palsu
Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan membuat penilaian sebelum membuat apa-apa sumbangan atau derma.

Saman fitnah Hsien Loong: Defendan tidak akan jadi saksi
Kedua-dua pihak masing-masing akan mengemukakan penghujahan bertulis mereka dan mahkamah akan bersidang semula pada 30 Nov.

Salleh bidas kecenderungan WSJ petik sumber tidak dinamakan
"Tidak pernah walau sekali pun satu nama disebut bagi kesemua sumber ini. Jika mereka benar-benar wujud, kenapa WSJ tidak memaklumkan kepada rakyat Malaysia siapakah mereka ini?"

Lelaki dipenjara 24 bulan, denda kerana isytihar diri Imam Mahdi
Mat Alimin Abdullah, 36, didakwa melakukan kesalahan tersebut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada Selasa.