KUALA TERENGGANU: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 36 tahun dan 40 sebatan ke atas seorang lelaki atas kesalahan merogol dan melakukan amang seksual terhadap anak saudaranya berusia 14 tahun.
Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli menjatuhkan hukuman itu terhadap lelaki berusia 44 tahun itu selepas dia mengaku bersalah atas semua lima pertuduhan.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi satu pertuduhan merogol manakala masing-masing penjara lapan tahun bagi tiga lagi pertuduhan merogol berserta sebatan berjumlah 40 kali dan penjara dua tahun dengan dua tahun pengawasan polis bagi kesalahan amang seksual.
Hakim itu memerintahkan semua hukuman penjara berjalan berasingan dan menetapkan tertuduh dikenakan sebatan maksimum 24 kali untuk keseluruhan pertuduhan mengikut Kanun Prosedur Jenayah.
Beliau berkata hukuman itu adalah selepas mengambil kira kejadian berlaku banyak kali, hubungan tertuduh dengan mangsa dan pengakuan bersalah tertuduh yang menjimatkan masa mahkamah.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 14 tahun sebanyak empat kali iaitu pada Januari, Februari, Mac dan Mei 2023 antara pukul 8 hingga 9 malam di dua lokasi berasingan iaitu di sebuah kedai makan dan di sebuah rumah di Losong, di sini.
Bapa kepada dua orang anak itu didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan tidak kurang 10 sebatan.
Dia juga dituduh melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudara perempuannya itu di rumah sama pada 10 malam, Disember tahun lepas mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat.
Timbalan Pendakwa Raya Intan Nor Hilwani Mat Rifin memohon tertuduh dikenakan hukuman berat sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang ramai memandangkan kesalahan itu adalah serius selain kesalahan seksual kini semakin berleluasa.
"Pohon mahkamah untuk mengambil kira dalam kes ini tertuduh adalah bapa saudara mangsa yang mana sebagai orang dewasa sepatutnya memberi perlindungan kepada mangsa," katanya.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya berkata dia telah menyesal atas kesalahan dilakukannya dan memohon hukuman ringan kerana ingin berbakti kepada ibunya yang sudah tua.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 08 2024

Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli menjatuhkan hukuman itu terhadap lelaki berusia 44 tahun itu selepas dia mengaku bersalah atas semua lima pertuduhan. -Gambar hiasan

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.

Warga emas dipenjara enam tahun, tiga sebatan lakukan amang seksual terhadap anak saudara
Seorang warga emas dijatuhkan hukuman penjara dan tiga sebatan selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak saudaranya.

'Bomoh' muda mengaku salah lakukan amang seksual
Seorang 'bomoh' muda mengaku bersalah atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Februari 2025.

OKU mental tidak mengaku amang seksual remaja lelaki 16 tahun
Dia yang juga jurulatih badminton didakwa menyentuh mangsa dengan cara menyentuh kemaluan, mencium pipi dan meraba bahagian badan mangsa.

Guru didakwa amang seksual murid, simpan 180 gambar aniaya kanak-kanak
Seorang guru kaunseling dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak muridnya.

Guru didakwa lakukan amang seksual terhadap pelajar lelaki
Seorang guru didakwa lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua pelajar lelakinya pada tahun 2023.

Guru lelaki didakwa cabul dua murid dalam rumah hantu sekolah
Mohd Azhar mengaku tidak bersalah sejurus dua pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Pekerja pembersihan didakwa lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan
Tertuduh didakwa membuka zip hadapan seluarnya supaya dilihat oleh mangsa bagi tujuan seksual di tepi tangga sebuah PPR di Cheras pada 11.30 pagi, 25 Dis lalu.

Amang seksual fizikal: PU Azman dipenjara enam tahun, satu sebatan
Hakim Rasyihah Ghazali memerintahkan Azman Syah, 43, atau lebih dikenali sebagai PU Azman itu menjalani hukuman di Penjara Kajang bermula hari ini.

Pengetua mengaku tidak bersalah amang seksual pelajar perempuan 16 tahun
Seorang pengetua sekolah mengaku tidak bersalah berkomunikasi secara seksual dan amang seksual bukan fizikal terhadap pelajar perempuan berusia 16 tahun pada 2 Julai lalu.