KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki yang tular di media sosial pada Ahad lepas kerana disyaki memberi anaknya yang berusia dua tahun setengah menghisap vape.
Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Arifai Tarawe berkata, lelaki berusia 23 tahun itu ditahan di Setapak semalam.
Beliau berkata, pada 4.50 petang semalam, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan polis pergi ke sebuah rumah Kampung Baru Air Panas, di sini untuk menyelamatkan kanak-kanak itu bersama ibunya.
"Kedua-dua mereka (ibu dan anak) dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan perubatan dan mereka dimasukkan ke wad di hospital itu.
"Siasatan awal mendapat kejadian berlaku pada Ahad di Taman Sahabat Jaya, Batu Caves, di sini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Arifai berkata, lelaki terbabit direman tujuh hari mulai esok hingga Selasa untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Baru-baru ini tular di media sosial, video seorang kanak-kanak lelaki menghisap vape yang disuapkan kepadanya dan perkara itu banyak menerima kecaman netizen. - BERNAMA
Bernama
Wed May 05 2021
Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Arifai Tarawe berkata, lelaki berusia 23 tahun itu ditahan di Setapak, Kuala Lumpur pada Selasa. - Gambar BERNAMA
Kerajaan peruntuk hampir RM13 bilion untuk STR, SARA
Kerajaan memperuntukkan hampir RM13 bilion bagi inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam usaha membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup.
KESUMA sedang rangka mekanisme yang mampu lindungi pekerja 24 jam
KESUMA sedang merangka mekanisme yang mampu memberi perlindungan komprehensif untuk tempoh 24 jam bagi melindungi pekerja yang mengalami kemalangan di luar waktu pekerjaan menerusi SKBBK. #AWANInews
SKBBK: KESUMA cakna perubahan landskap peralihan waktu kerja masa kini
Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) merupakan inisiatif ke arah pembaharuan kerana jaringan keselamatan sosial perlu kekal relevan seiring peredaran masa. #AWANInews
Gaza bukan hadiah untuk direbut, MAPIM kecam cadangan Donald Trump
Kenyataan Presiden AS untuk ambil alih Gaza dianggap biadap dan serangan langsung terhadap kedaulatan Palestin.
Rancangan Trump untuk Amerika ambil alih Gaza disifatkan ‘gila’ - Penganalisis
Cara Trump itu adalah melakukan pembersihan etnik tanpa menggunakan senjata dan diiringi buah mulut yang manis.
Trump kembali kenakan 'tekanan maksimum' ke atas Iran
Langkah itu dibuat menjelang pertemuan Trump dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di White House.
Sasaran keseluruhan pingat hala tuju yang baik, dapat rujukan pakar
Sasaran jumlah keseluruhan pingat berbanding warna pingat akan memberikan hala tuju yang lebih jelas kepada kontinjen negara dan kurang memberikan tekanan kepada atlit. #AWANInews
Sasaran pingat Sukan SEA 2025 adalah jumlah keseluruhan, bukan warna
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata penetapan sasaran pingat pada Sukan SEA 2025 adalah kepada jumlah keseluruhan pingat dan bukannya mengikut warna pingat. #AWANInews
Tiada normalisasi dengan Israel jika tiada negara Palestin merdeka - Arab Saudi
Pendirian Arab Saudi sangat teguh dan tidak akan berubah.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun kepada 5,747 orang berbanding 6,160 malam tadi, sementara di Sabah kekal 137 daripada 40 keluarga.
Lelaki disyaki beri anak vape tular di media sosial ditahan
Lelaki terbabit direman tujuh hari mulai esok hingga Selasa untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.