SUBANG JAYA: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki memukul dan menikam adik iparnya di sebuah rumah di Puchong Utama di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, lelaki berusia 29 tahun itu ditahan pada jam 3.50 petang Selasa.
"Sebelum itu, kita menahan dua lelaki yang juga rakan kepada suspek utama kira-kira jam 11.30 malam pada hari kejadian," katanya pada Rabu.
Abd Khalid berkata, dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, berlaku perselisihan faham dan pertengkaran antara mangsa dengan isterinya di rumah itu.
"Abang ipar mangsa kemudian datang ke rumah berkenaan dan masuk campur dalam pertengkaran tersebut," katanya.
Beliau berkata, suspek tiba-tiba menarik mangsa berusia 25 tahun itu keluar dari rumah dan menikam belakang badannya dengan sebilah pisau.
"Kemudian berlaku pergelutan antara mangsa dengan suspek, dua lagi rakan suspek yang menunggu di luar rumah turut memukul mangsa.
"Mangsa telah mengalami luka di badan dan kaki sebelah kiri," katanya.
Abd Khalid berkata, pihaknya turut merampas sebilah pisau sepanjang 18 sentimeter yang disyaki digunakan suspek dalam insiden itu.
"Suspek utama telah ditahan reman selama tiga hari hingga Jumaat.
"Manakala dua lagi rakannya ditahan reman empat hari hingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Wed Apr 28 2021

Suspek tiba-tiba menarik mangsa berusia 25 tahun itu keluar dari rumah dan menikam belakang badannya dengan sebilah pisau.

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Dera anak 7 tahun hingga mati hanya kerana minta wang saku
Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan pada bahagian ginjal kanan akibat dipukul dengan benda tumpul.

Lelaki dikurung, ditekap seterika selepas didakwa hamilkan teman wanita
Pihak polis sedang menjalankan siasatan bagi mengesahkan dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

Lelaki dipenjara 9 tahun cederakan anak saudara
Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati menyebabkan cedera parah ke atas anak saudaranya berusia 14 tahun.

Ejen insurans cedera diserang gelandangan
Semasa kejadian orang ramai berjaya menghalang lelaki gelandangan daripada terus memukul mangsa.

Dipukul pengiring VIP: Pemandu e-hailing OKU dirakam keterangan
Peguam Lawyer For Liberty terdiri daripada N Surendran dan Latheefa Koya yang mewakili mangsa turut hadir.

Tiga ditahan disyaki larikan, pukul lelaki
Polis menahan tiga lelaki dipercayai melarikan dan mencederakan seorang mangsa lelaki berusia 30-an menggunakan senjata tumpul Jumaat lepas.

Empat warga Pakistan ditahan kerana pukul pemandu kereta
Tiada kecederaan serius dialami pemandu kereta terbabit melainkan luka di bahagian kepala.

Polis kesan lelaki pukul pemandu e-hailing
Dalam kejadian jam 6.20 pagi itu, mangsa mendapat tempahan untuk mengambil suspek yang juga pelanggan e-hailing bersama dua lagi wanita.

Remaja, budak 5 tahun jadi mangsa dera pasangan suami isteri
Siasatan lanjut terhadap kedua-dua mangsa mendapati beberapa siri kejadian penderaan dilakukan sejak 24 Mac lalu.

Pengadil cedera dipukul tiga lelaki dalam perlawanan bola sepak
Mangsa yang berusia 27 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian pinggang dan kaki akibat ditendang tiga lelaki berkenaan.