SIBU: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berkaitan video tular menerusi laman sosial memaparkan seorang lelaki membawa sebilah 'kwantao' di sebuah kawasan lapang di Jalan Wong King Huo di sini semalam.
Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di rumahnya pada 12.20 tengah malam selepas polis menerima laporang daripada seorang lelaki berusia 31 tahun pada 11.48 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili dalam kenyataan berkata siasatan awal mendapati kejadian yang dipaparkan dalam video berdurasi satu minit 38 saat itu berlaku lebih kurang 5 petang semalam.
"Suspek berang apabila dihubungi oleh anak lelakinya yang memberitahu ada sekumpulan remaja lelaki mahu memukul anaknya itu. Suspek bergegas ke tempat kejadian dari rumahnya sambil membawa bersama sebilah 'kwantao'," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Zulkipli berkata lelaki terbabit yang tidak memiliki rekod jenayah lampau dan negatif terhadap dadah kini direman hingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
Beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang komen menerusi media sosial berkaitan video tular itu hingga boleh menimbulkan kegusaran kepada masyarakat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 23 2024

Zulkipli berkata siasatan awal mendapati kejadian yang dipaparkan dalam video berdurasi satu minit 38 saat itu berlaku lebih kurang 5 petang semalam. - Gambar hiasan/Unsplash

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

Mekanik ditahan kes video tular pukul anjing peliharaan guna tukul besi
Seorang mekanik ditahan kerana disyaki memukul seekor anjing peliharaannya menggunakan tukul besi di sebuah taman perumahan di Taman Ria, di sini.

Anak menteri kahwin di negara jiran, sorok daripada keluarga - KPN
Polis mengesahkan sijil nikah anak seorang menteri Kabinet adalah sah selepas mereka berkahwin di negara jiran pada September lalu.

Suri rumah rugi RM130,000 selepas terperdaya tawaran kerja dalam talian
Seorang suri rumah berusia 50-an kerugian RM130,000 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan dalam talian di sini pada awal November lepas.

Polis tahan lelaki terlibat kemalangan kereta yang tular di laman sosial
Seorang lelaki disyaki terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kereta di Taman Sungkai Perdana, Sungkai, yang tular di laman sosial baru-baru ini telah ditahan polis hari ini.

Garis badai bawa ribut petir, hujan lebat punca banjir di KL - MetMalaysia
Banjir kilat di sekitar ibu negara pagi ini berpunca daripada pergerakan garis badai yang membawa bersama ribut petir dan hujan lebat.

Pempengaruh perlu jadi pembayar cukai, tunjuk contoh kepada masyarakat - LHDN
Pempengaruh (influencer) masih perlu menjadi pembayar cukai walaupun tidak menerima bayaran secara berkala seperti individu yang menerima pendapatan tetap setiap bulan.

Program larian disertai pelancong berpakaian tidak sopan bukan anjuran kerajaan Johor
Program larian yang didakwa disertai pelancong asing berpakaian kurang sopan dan mempromosi budaya songsang lesbian, gay, biseksual serta transgender (LGBT) bukan anjuran kerajaan negeri.

Lelaki rugi RM124,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Lelaki warga tempatan kerugian RM124,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi laman sosial.

Hina Agong: Iswardy Morni diperintah bela diri
Mahkamah Sesyen memerintahkan seorang aktivis membela diri atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan menerusi laman sosial Facebook miliknya yang berbaur hasutan dan menghina Agong.

Umat Islam diajak hayati sambutan Maulidur Rasul, perbanyak selawat
Ahmad Zahid mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul 1446 Hijrah kepada semua umat Islam dan mengajak mereka menghayati nilai-nilai murni yang telah ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW.