JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki dan merampas 21 kotak rokok dipercayai diseludup bernilai RM84,000, dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Johor Jaya di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata individu berusia 46 tahun itu ditahan sepasukan polis Gerakan Am Batalion 5 Simpang Renggam pada 4.05 petang.
"Lelaki terbabit ditahan kerana memiliki pelbagai rokok tidak bercukai dan hasil tangkapan kita menemui 18 kotak rokok jenama John JDB, dua kotak Canyon Premium Merah dan sekotak Manchester Merah," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Beliau berkata turut dirampas sebuah motosikal dan kereta Proton Saga dengan keseluruhan rampasan termasuk rokok berjumlah RM108,000.
Bagaimanapun, Mohd Sohaimi berkata pihaknya masih menyiasat bagi mengetahui peranan lelaki itu dan dari mana rokok seludup terbabit diperoleh.
Menurutnya lelaki tersebut yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau, direman 14 hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 05 2023
Polis menahan seorang lelaki dan merampas 21 kotak rokok dipercayai diseludup bernilai RM84,000, dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Johor Jaya semalam. -Bernama
Masih banyak jalan raya di Johor perlu dinaik taraf - Onn Hafiz
Masih banyak jalan raya di Johor perlu diperbaik dan dinaik taraf dengan segera kerana keadaan itu sangat membahayakan keselamatan.
Kereta dipandu warga emas rempuh kedai
Siasatan awal mendapati seorang wanita warga emas yang memandu kereta parkir di hadapan kedai Ekonomic Market tanpa mematikan enjin.
Gempa bumi 7.6 skala Richter dilapor berhampiran Pulau Cayman
Gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter direkodkan berhampiran Pulau Cayman, dengan amaran tsunami masih berkuat kuasa.
Setia City Mall beroperasi semula selepas insiden tembakan
Keselamatan dan kesejahteraan pengunjung, penyewa dan pekerja mereka adalah keutamaan pihaknya.
Duo Antarabangsa 2025: Muay Thai lonjak populariti, tarik minat generasi muda
Muay Thai terus mengukuhkan kedudukannya sebagai sukan tempur pilihan apabila semakin ramai anak muda menunjukkan minat terhadap sukan itu.
Polis cari individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh
Semakan mendapati himpunan berkenaan diadakan jam 8.10 pagi.
Kumpulan pendatang Protes dasar imigresen Trump
Kumpulan penunjuk perasaan berkumpul di luar Kelab Golf Antarabangsa Trump pada Sabtu bagi membantah dasar imigresen Presiden Donald Trump.
Pelancongan: Indonesia catat pertumbuhan ketara pada 2024
Indonesia menerima ketibaan 13.9 juta pelancong asing pada 2024, mencatat peningkatan ketara berbanding 11.68 juta pelawat pada 2023.
Gegar Vaganza 11: Siapa bakal julang gelaran juara?
Malam ini bakal jadi penentu siapa yang bakal menjulang gelaran juara Gegar Vaganza 11.
Dua pelumba muda Malaysia cipta nama di Qatar
Saidatul Zakirah Zairin dan Johann Zharfan Zahren mengharumkan nama Malaysia di pentas perlumbaan motosikal antarabangsa dengan pencapaian luar biasa di Qatar.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
JKDM rampas rokok putih seludup bernilai RM5.84 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 4.5 juta batang rokok putih disyaki rokok seludup bernilai RM5.84 juta termasuk cukai yang disembunyikan dalam sebuah kontena berisi pakaian terpakai.
Kes penyeludupan bernilai RM10.87 juta di Selangor lumpuh
Rampasan sekitar Selangor itu membabitkan tembakau sedut, rokok putih dan kretek, e-waste serta beras bermula Julai hingga November lalu.
Kastam rampas rokok seludup RM6.38 juta dalam enam kontena
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 8.39 juta batang rokok putih pelbagai jenama bernilai RM6.38 juta disyaki diseludup dalam satu operasi di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang.
APMM Kelantan gagalkan cubaan seludup rokok putih bernilai lebih RM200,000
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menumpaskan cubaan menyeludup 790,000 batang rokok putih dianggarkan bernilai RM280,000 di Tumpat dan Kota Bharu.
Kastam Kelantan rampas rokok seludup bernilai hampir RM4.2 juta
Jabatan Kastam Kelantan merampas lebih 6.2 juta batang rokok putih bernilai hampir RM4.2 juta dalam dua lokasi berasingan minggu lepas.
Polis rampas rokok bernilai lebih RM300,000 di sempadan Malaysia-Thailand
Rokok berkenaan dipercayai diseludup dari Thailand, untuk pasaran tempatan di kawasan kampung dan ladang yang ramai pekerja warga asing.
JKDM Pahang gagalkan cubaan edar rokok seludup, minuman keras lebih RM2.6 juta
JKDM Pahang menggagalkan cubaan pengedaran rokok seludup dan minuman keras berjumlah lebih RM2.6 juta termasuk cukai serta duti selepas menyerbu dua gudang di Lukut, Negeri Sembilan bulan lepas.
Kastam rampas 1.06 juta rokok seludup dalam kilang terbiar
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak berjaya merampas 1.06 juta batang rokok putih pelbagai jenama disyaki rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM808,562.
PGA rampas rokok seludup bernilai lebih RM200,000 di Tumpat
Pasukan Gerakan Am Briged Tenggara menumpaskan sindiket penyeludupan rokok dan merampas 200,000 batang rokok bernilai RM264,000 dalam dua operasi berasingan di Tumpat, semalam.